Saya Pemenang Blogger Contest Fernleaf UHT 100% Mmmmm - Grand Prize Ke NEW ZEALAND !!!!

By Friday, February 15, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semasa artikel ini ditulis, saya masih lagi tidak percaya bahawa berita yang saya terima pagi semalam adalah fakta dan bukannya auta.

Syukur saya hanya kepada ALLAH SWT kerana diberi peluang untuk menikmati perasaan yang berbunga riang rasa nak melompat happy sampai ke atap rumah. 😂

Tidaklah saya sangka tapi agak mengharap sedikit untuk menang walaupun dapat hadiah saguhati saja. Tup..tup..dapat email semalam bagitahu yang saya merupakan salah seorang dari pemenang GRAND PRIZE.



Contest dari Fernleaf Malaysia ini dianjurkan pada hujung bulan September tahun lalu. Baru sekarang mereka umumkan pemenang. Lama sungguh kan nak tau sapa pemenang-pemenangnya.

Iyalah..bila saya tengok balik semua gambar di IG/FB dan blog dari blogger yang lain memang kreatif, padu dan menarik. Walaupun masa tuh, saya dah cuba bagi yang TERBAIK. Sakit juga kepala perah otak nak bagi kreatif dan cuba buat lain dari yang lain.

Bila compare hasil penulisan kita dan gambar-gambar ataupun video yang saya buat dengan blogger lain. Saya terus jadi redha jer and tak nak mengharap sangat. Pfttttt~~~

Tapi,

Kalau sudah ditakdirkan itu rezeki saya selepas saya berusaha sedaya yang mampu. Maka, saya terima dengan hati yang gembira.

Terima kasih juga buat anak-anak saya : Hannah, Umair dan Uwais kerana mereka lah banyak menjadi model dan pelakon bidan terjun mama. Agak terkilan juga sebab tak dapat angkut budak-budak ni sekali tengok ladang lembu kat sana.

Nanti InshaALLAH, mama akan tapau seguni cekelat dan bergelen-gelen susu segar dari ladang.

Saya kongsikan entri yang pernah saya tulis pada tahun lepas pada sesiapa yang ingin membaca :

http://www.nanyfadhly.com/2018/10/5-sebab-kenapa-anda-perlu-minum-susu.html

Untuk blogger lain yang menyertai peraduan ini. Tahniah juga saya ucapkan. Semua pun hebat-hebat menulis.  Jangan putus asa yer..nanti kalau ada contest lain silalah cuba masuk lagi.

Sebagai seorang part time blogger, saya rasa ini adalah pencapaian yang ultimate  pernah saya kecapi. Semoga menjadi semangat untuk mereka yang baru berjinak-jinak ingin berblog. Jangan takut-takut nak mencuba yer.

Siapa sangka kan?

Rezeki dapat ke New Zealand secara percuma dengan hanya mencuba memasuki peraduan untuk blogger.

Finally, doakan nanti perjalanan pergi dan pulang saya dipermudahkan. Selamat pergi dan balik. InshaALLAH.


You Might Also Like

2 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.