Jom Berbuka Puasa Di Citarasa Warisan @ Legar Putra, PWTC

By Thursday, March 07, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sesiapa yang suka berbuka puasa di luar tuh mesti dah start survey kan di mana tempat-tempat best dan sesuai.

Apa kriteria best dan sesuai untuk korang eh? Kalau saya sudah semestinya ada beberapa perkara yang akan saya beri penuh perhatian.

Antaranya adalah :

1) Lokasi dan parking

Actually kan, lokasinya agak lah jauh dari rumah saya di Puchong ni. Namun demikian, jika anda menggunakan khidmat LRT sepenuhnya. Maka masalah InshaALLAH akan selesai. Tiada lagi keserabutan untuk mengharungi traffic jam yang agak teruk. Ditambah lagi dengan masalah parking. Tadipun, kami tak dapat parking yang proper memandangkan ada event lain juga di PWTC tadi.

Gaya pegang lemang dah macam pegang trofi
Buat pengetahuan korang semua, kadar parking pada bulan Ramadan nanti adalah tetap dan bernilai RM5.00 bermula jam 6.00 petang.  Means, korang parking la kereta dari pukul 6.00 petang nanti sampai la Citarasa Warisan tu tutup. Harganya maintain RM5.00. Menarik kan?

2) Surau

Okey..ni paling penting. Saya punya style kalau boleh, lepas jer masuk azan teguk air dulu. Ambul wudhu' sesiap. Then, pergi solat maghrib terus. Sebabnya tak suka bersesak-sesak dan lepas tuh boleh menikmati makanan dan minuman dengan lebih tenang dan senang. Gitu!

Sebab dah kenyang sangat. Tak sempat nak rasa.

Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Tarawih berjemaah bersama Imam di Surai Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu.

Kuih cara berlauk

One of my favourite
Makan kuih ni macam layan perasaan. Koyak selapis-selapis
3) Harga

Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75.00 seorang.
Saya suka sate dia. Sangat sedap secukup rasa. Cukuplah telan 2 batang sate.

Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas.

4) Menu

Menu istimewa pada tahun ini adalah bertemakan masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ialah Ayam Kampung Kerisik dan betik muda, Ayam gulai minang dan daun salam, kambing masak kari utara, Ikan pari asam pedas syur jeruk, Ikan patin tempoyak dan timun tua, Ayam brastagi, ikan tenggiri masak kari hijau dangn terung telunjuk, siput sedut masak lemak kuning, pegaga daun kaduk serta daging dan paru kari kawah.

Siput sedut masak lemak kuning
Ikan pari asam pedas
Ini meja orang sebelah. Sebab dia ada amik ikan tenggiri masak kari hijau tuh..haruslah ku snap gambarnya.
Nampak sangatlah menyelerakan
Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas lain seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelabagi lagi.

Kerabu daun selom
Kerabu daun pegaga
Kerabu pucuk paku pakis
Kerabu taugeh bersama kerang. Yeay!!! my favourite!!!!
Ini pinggan saya makan tadi. Kekonon mengamalkan konsep suku-separuh-separuh.  Kerabu taugeh dengan kerang tuh saya recommend sangat. Kerang dia lembut tak keras sebab saya pernah makan kerabu yang ada kerangnya tapi keras dan liat.
Ini pun sedap juga. Sesiapa yang suka makan organ dalaman haiwan..boleh la cuba nanti. Lembut jer daging and paru dia.
Ikan masin

Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka agar-agar, mousse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan pelbagai lagi.

Menyesal tadi tak amik. Bila upload gambar sendiri terliur. HAHAH~~~~
Puding roti. Hannah ada try ni tadi..lupa nak tanya sedap ke idak. Tapi nampak dia makan macam sedap jer.

Okey..saya suka ni tapi bila ada hirisan buah pala tuh rasa macam kacau pulak jadinya. Frankly, saya suka yang basic saja. Walaubagaimanapun, presentation nya mampu membuatkan saya sendiri tertarik untuk mencuba.
Macam-macam donut yang comel. Sekali masuk mulut dah settle.
Sedap juga yang ni. Ada rasa masam, berkrim dan manis.

Yang perisa coklat pun saya rasa juga tapi saya lebih suka yang warna kuning tuh.
Deretan dan tingkatan dessert. Mana satu pilihan hati korang?
Puding roti yang nampak sungguh lazat.
Terdapat juga warung minuman air sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air bali, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.

Tapi semalam saya cuma mampu teguk air teh ais saja. Yang lain-lain tak boleh muat dah tangki ni ha...😂

Musim panas ni kalau dapat teguk air-air ni memang  lega tekak dibuatnya
Peminat ABC -  jangan lupa untuk cuba rasa yer! Kalau tak nanti terkenang-kenang sebelum tidur.
 Istimewanya pada setiao bufet Ramadan di PWTC, terdapat 'Carving Station' yang akan menyediakan kambing panggang setiap har. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu mebuka selera ramai.

Nampak tak betapa juicy nya daging kambing ni?


Hannah ambil sampai 2 kali kot sebab katanya sedap dan lembut. Saya pun rasa sedap daging dia cuma pada saya sos dia agak masin. Tak berkenan sanagat yang tuh. Hehe..
Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar 'Early Bird' di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan iaitu sehingga 3 Jun 2019.

Untuk sebarang tenpahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoren Riverside di talian 03-26146701 / 6702. Baucar dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Face dan 11Street.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. lapar la tgk menu2nya..kalau bln puasa mmg rambang la mata kan..mn 1 nk mkn hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh macam macam jenis menu ada ni, memang best lah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Nanny oiiii.... yg tak tahan tu ada bunga ros carrot dlm sayur lemak tu hihi ....
    Tahun ni nampaknya tak bolehlah makan ikut sedap takut dare naik wei hahaha....Lagi pun rasa mcm kedekut pulak nak bayar mahal hihi

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.