PETROSAINS 20th Anniversary Celebration! Is happening now~~

By Wednesday, March 27, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua, semalam saya bawa anak-anak  ke PETROSAINS sempena sambutan anniversary mereka yang 20 tahun. Waaa!!! dah lama dah rupanya kewujudan Petrosains ni kan?

Untuk makluman semua, mereka ada buat offer harga tiket kemasukan tau. Tiket kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun hanya berharga RM6 dan dewasa pula RM16. Syaratnya nanti korang kena tunjukkan satu sahaja Mykad sebagai syarat. Kalau tak tunjuk Mykad, takut nanti harga jadi mahal. Hehehe~

Petrosains ini terletak di dalam SURIA KLCC di tingkat 4. Silalah datang seawal 9:30 am ataupun 10:00am untuk mengelakkan kesesakan dan nak parking pun senang. Semalam kami tiba pada awal pagi dan Alhamdulillah..parking pun banyak yang kosong. Saya parked di P1 dan di kawasan khas untuk ladies.

Tapi sebab dah lama kan tak sampai KLCC ni, jadi macam blur dibuatnya. Salah masuk lorong la, tak jumpa jalan masuk parking la. Bersebelahan jalan Tun Razak tuh sedang dibina MRT station. Agak sesak di situ especially keluar dari lebuhraya MEX.

Sempena hari ulangtahun mereka yang ke-20 jadi ada pelbagai extra aktiviti yang diadakan. Nanti bila masuk dalam tuh, jangan lupa ambil pamphlet yang disediakan. Takpun boleh check di FB / IG mereka yer.

Saja bawa Khaira ( bff Hannah masa kat sekolah lama dia ) yang kebetulan rumah nenek nya di kawasan perumahan kami juga. Kalau drive tuh dalam lima minit dah sampai. Khaira first time datang ke PETROSAINS. Seronok sangat tengok derang happy semalam.
Atas kiri : Kekonon derang ni atas Planet Jupiter. Rasa lah angin sejuk ribut topan rasa nak melayang. HAHAHAH~~~Atas kanan : Melihat bagaimana pergerakan matahari dan bumi. Bawah sekali adalah mengkaji hasil tindak balas haba dengan pergerakan syiling yang diletakkan di atas muncung botol
Atas kiri : Berada semasa kewujudan hidupan dinosaurs. Atas kanan : Bermain dengan permainan komputer yang menguji kecekapan minda. Bawah sekali : Car control yang kena bawa bola and cuba bawa bola tersebut menggunakan panel / tombol yang disediakan.
Dalam ni ada studio juga tapi khas untuk anak-anak yang berusia 10 tahun ke atas sebab nak kena mahir guna laptop. Hannah and Khaira cuba belajar buat 3D printing. Ada software dia actually. Saya tengok takda la susah mana, cuma mungkin mereka tak biasa kan dengan software ni. Jadi, ambil sedikit masa untuk mereka siapkan. Bila dah siap, nak kena print pula. Printing memang ambil masa. Semalam, mereka habis buat dalam pukul 12 :00 ++ tapi, bila tanya katanya pukul 3:00 petang baru siap. Huwaaa~ tak koser nak menunggu. Jadi, mak ambil no staff kat situ. Nanti bebila datang semula ( confirm tak tahu bila ) akan call and nanti dia pass kan.
Gambar atas tuh bila semua dah kebuluran. Kami ke cafe dalam tuh jugak. Hurmm..makanan tak banyak sangat pilihan - nasi goreng kampung, bihun goreng, mee goreng. Pelbagai roti / danish / croissant/ air jus / air kopi Hang Tuah . Cupcakes tuh dapat FREE sebab saya beli lebih dari RM20. Nasi semalam agak keras, tak habis budak-budak ni makan. Oh yer! kalau datang ke cafe ni, korang jangan lupa cuba Ais Krim Sang Kaya kat situ. Serius sedap tau! Lepas tuh ada promotion yang kalau beli dua (kon) akan dapat free satu ais krim (kon) juga. Kitaorg try perisa teh tarik , chocolate and gula merah. Paling sedap adalah gula merah tuh.
Jangan lupa untuk ambil gambar di photo booth yang telah disediakan. Don't worry sebab nanti akan ada staff yang jaga and tugasnya adalah untuk mengambil gambar korang semua. Hulurkan ajer phone korang tu and nanti dia akan snap sebanyak mana yang korang mahu!
Last sebelum keluar dari PETROSAINS.
Sempatkan lagi untuk wefie dan selfie sebab nak masuk contest punya pasal. Saya dan contest berpisah tiada! AHAHAH~~~ Jangan lupa upload gambar korang di FB page mereka. Set kan kepada PUBLIC , check-in di PETROSAINS dan letak hashtag #Petrosainsturns20. Setiap hari, mereka akan memilih 5 pemenang dan ada hadiah misteri menanti anda!
Sebelum pulang ke pangkal jalan. Hannah request nak pergi cuci mata di Smiggle. Amboihhhhh~~~ cuci mata jer naaaakkk~~~ Now Smiggle ada produk terbaru. Boleh bertukar-tukar warna kalau dipegang. Dah macam sesumpah pulak saya rasa. HAHAHAH~. Gambar bawah tuh melawat ke Cold Storage. Terkejut bila tengok rupa Cold Storage yang baru. Dah lama sangat saya tak ke sini agaknya. Masa kerja dulu, memang la hari-hari ke sini. Gambar atas kiri tuh, boleh pulak terserempak dengan ex-colleagues ku 😂. Sempat selfie tapi tak sempat nak borak lama-lama. Rindu korang semua!
So, korang semua apa tunggu lagi. Kot-kot buntu tak tau pergi mana, silalah beramai-ramai berkunjung ke PETROSAINS sepanjang cuti sekolah ini yer.

Boleh check latest update di FB : https://www.facebook.com/petrosains/

That's All and Thank you guys for reading!

You Might Also Like

0 comments