Reunion Program Back To Maktab - ANSARA Balik Pulau

By Monday, March 18, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tertunai juga hasrat saya untuk join program 'Back To Maktab' yang telah diadakan pada hari Sabtu lepas, 16hn Mac 2019. Tempatnya haruslah di Maktab juga. Kali ini memang nekad nak pergi walaupun clashed dengan Sports Day The Boys. Mujur ada suami yang bertindak sebagai 'mama jadian' di hari itu. HAHAHAH~~~ Kalau husband takdak memang tak pi lah reunion ni.

Namanya program Amal sebab memang sumbangan yang diberi tu nanti akan digunakan untuk kebaikan MRSM Balik Pulau. Untunglah batch adik-adik / bakal anak cucu kami nanti. Dapat parents and ex-students yang supportive kan~~

Saya pergi bersama Atirah, kawan baik saua semasa kami sama-sama bergelar pelajar di MRSM Balik Pulau dahulu. Memandangkan masing-masing kemalasan untuk drive dari KL. Jadi kami ambil keputusan untuk menaiki ETS (KTM). Perasan masa tu excited lah jugak sebab tak pernah lagi guna ETS ni tau.

Jadi kami pun berpakat nak naik dari KL Sentral dengan dua orang lagi guru MRSM kami. Ni kiranya rombongan guru bersama anak-anak murid. Ramai juga yang kepelikan sebab kami pi dengan cikgu. Kawan-kawan cikgu pun kepelikan sebab pi dengan anak murid. Elok lah..sama-sama kepelikan. HAHAH~

Train ETS kami dijadualkan bertolak pada pukul 9:50pm. Tiket pergi balik berharga dalam RM120.00 sorang. Kalau ikutkan lagi mahal dari naik flight. Tapi lebih kurang sama juga, kos nak ke airport, masa nak menunggu, kos nak ke MRSM. Lagipun sebab fikir nak bawa anak-anak naik ETS juga. Jadi, mak kenalah mencuba dahulu kan. Hehehe...
Masa ni nak berlepas masuk menuju ke platform. Yang di belakang saya tu adalah Cikgu Harlina. Bekas guru di MRSM Balik Pulau. Beliau mengajar subjek fizik tapi bukan ajar kelas saya lah. Sempoi jer cikgu ni..dah jadi macam akak-adik pulak. eh!!!
Cikgu Jue dan Cikgu Har. Seat derang ni melawan arus. Saya dah pesan awal-awal pada Atirah masa nak beli tiket hari tuh. Make sure tiket tuh bukan lawan arus. Kalau tak nanti saya pening. Adoi..stress! HAHAHAH
Tipsnya, kena beli di kaunter dan beli awal yer. Sebab kalau last minute takut dah habis. Actually nak beli online pun boleh tapi macams saya cakap la tadi sebab kami both tak pernah naik ETS lagi. Takut tak jelas pula arahan dan nak secure seat yang BEST.

Dalam ETS ini juga disediakan kaunter jualan minuman dan makanan. Takder la banyak pilihan pun. Kalau air tuh..semuanya 3 in 1. Ada air nescafe, milo, kopi O dan teh tarik. Ni saja jer nak try minum air kopi O dalam ETS. Heheheh~~~

Perjalanan selama 4 jam di dalam ETS menuju ke Butterworth sangat smooth dan selesa. Seriously, saya recommend sangat ETS ni untuk sesiapa yang first time ingin mencuba. Not bad tau uols!. Nak lawan shinkansen macam kat Jepun tuh memang tak lah. Tapi pada saya dah cukup baik dan saya bangga sebab Malaysia ada public transport macam ni.

 Charger smartphone / gadget juga ada disediakn di bawah kerusi yer. Hehehe~~

Toilet pun just nice and  taderla kotor ke apa sebab sentiasa akan ada pekerja yang akan bersihkan. Saya memang bawa tisu toilet ke mana-mana. Senang nak lap toilet bowl kalau basah .Kalau tak geli geleman juga nak duduk atas tuh. Cuma bab lantai basah tuh tetap ada sikit-sikit. Toilet bowl ni ala-ala macam dlm flight gitu yer.

Kami sampai di Butterworth lebih kurang jam 2:00am. Kami sewa kereta Myvi yang sehari harganya adalah RM120.00 sehari tapi sebab ada diskaun 10%. Maka dapatlah kami harganya RM108.00 sehari. Ok lah sebab kereta dia bersih dan dalam keadaan yang baik. Kalau sesiapa nak mencari kereta sewa di area Butterworth yang tak kisah boleh hantar sampai pukul 2 pagi. Silalah contact number di sini : +60 13-373 4477. Tapi ada delivery charge RM20 yer.

Gambar paling atas adalah ketika sampai di stesen ETS Butterworth. Gambar ke dua adalah bersama Teacher Rosnah tempat kami berehat dan tidur sementara nak menunggu waktu subuh. Terima kasih banyak-banyak Teacher Rosnah sebab sudi tumpangkan kami sekejap. Dapatlah merehatkan badan dan mata. Dan gambar paling bawah adalah ketika breakfast di kedai Az Azlan Tomyam. Sedap tau korang! saya makan bihun goreng dengan teh ais. Dok rasa sambal paru dia...fuh!!! sempurna rasanya. HAHAH~
Sedap woooo bihun ni. Hampa kena try kalau mai sini. Rasa udang dia manih habaq hang! lagipun dia guna udang kecik-kecik tuh. Senang hampa nak ngap!!!!
Selepas breakfast, saya dan Atirah menjejaki semula setiap sudut / celah di kawasan maktab. Rasa baru sahaja kami meninggalkan maktab. Tapi sebenarnya dah 21 tahun. Memang banyak sangat perubahan yang berlaku. Dalam asrama dah ada wiFi and laju pulak tuh. Maklumlah kalau guna line telco kami ni masing-masing semput. Kiri kanan,depan belakang pun keliling bukit bukau. Saya rindukan suasana tenang dan hijau di sini.

Saya anggap ni rumah pertama saya selepas keluar dari Asrama harian ketika saya berada di sana dari tingkatan 1- 3. Tempat saya menyambung kehidupan dengan rakan-rakan yang lain.

Dewan Seri Gemilang yang banyak menyimpan pelbagai memori
Suasana awal pagi yang mendamaikan
                                                  Ini laluan khas kami ke blok asrama
Check in di blik Dorm Samudera Blok C. Masa saya jadi DC ( Dorm Captain ) dulu..saya jaga blok C tapi Dorm Suria di bahagian atas.
Dapatlah kami malam tuh jadi student balik sebab menginap di dalam asrama. Yeayyyy~~~ memang mengimbas kenangan sangat ok?
Nowadays, asrama sudah ada kemudahan wiFi dan pelajar dibernarkan menggunakan smartphone tetapi hanya di dalam asrama dan tidak boleh dibawa ke dalam kelas. Di dalam bilik air juga sudah ada rak yang disediakan khas untuk para pelajar meletakkan barang keperluan mandian mereka. Dulu kami buh dalam baldi lepas tuh tolak masuk bawah katil ja. HAHAH~~~
Jalan-jalan ambil angin mencuci mata melihat kehijauan di sekitar maktab. Kerusi meja batu ini masih ada dan mungkin dengan sumbangan dari program kami ini akan membantu mereka untuk mendapatkan yang baru.
                    Ini wakil batch SPM98 yang hadir untuk program reunion back to Maktab.
Dengan adik-adik form 3 kena kacau masa prep. Lama betui depa ni prep dari pagi sampai pukul 12:30pm. Lepas tuh, waktu prep kena asing laki dengan perempuan. Depa tak leh dok sekelas.
Ini pula kelas saya yang lama . Kelas 5B dan sekarang nama kelas ini jadi kelas Farabi. Semakin cantik dan interaktif. Sesuai dengan konsep pembelaran berkonsepkan IB MYP itu.


Lepas round kelas masing-masing, kami pun singgah posing dalam PSP ( Pusat Sumber Pembelajaran ). Serius wehh..lawo sangat library nya. Ceria dan memang tak bosan langsung. Sebab dulu kalau masuk sini confirm nak tidoq. HAHAH! yerla ..sebab dah le sejuk beraircond.
Dalam pukul 12:30pm, kami pun sama-sama menuju ke D.S iaitu Dewan Selera. Semakin cantik dan ceria keadaan D.S sekarang. Makanan di MRSM BP ni tak pernah mengecewakan saya dan rakan-rakan. Zaman 97-98 dulu, kami makan 5 kali sehari. Sarapan, kudapan, lunch, minum petang dan dinner. Mana la badan masa tuh nak naik. Balik kampung jer ramai tegur cakap makin berisi. Yerla, hati senang maaaa~~~

Menu paling best yang saya ingat adalah ketam goreng cili ok! Kat rumah sendiri pun susah nak dapat makan ketam. Jarang-jarang sangat...Kudapan air susu botol Dutch Lady. Masa first time dapat tuh rasa macam WOW! sangat dengan menu derang ni.

Semalam kami makan nasi ayam dan saja nak guna tray. Mengimbas zaman kenangan jadi pelajar dulu-dulu kekdahnya.Nasi ayam pun lazat sungguh! hahaha~ kami siap tambah ayam lagi yer.

Selepas makan,kami berehat di bilik masing-masing. Actually, ada aktiviti bacaan yassin selepas solat zohor sempena memperingati sahabat-sahabat dan juga guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah. Saya hanya berehat di bilik memandangkan saya uzur di hari tu dan nak lelap sekejap sebabnya tak cukup tidur malam sebelumnya.

Dalam pukul 3:00 petang macam tuh. Saya dan kawan-kawan buat aktiviti sendiri iaitu jalan jalan cari makan. Nasib ade kawan yang familiar di kawasan sekitar Pondok Upeh / Balik Pulau.

JJCM kami yang pertama adalah di gerai Laksa Janggus. Kawan saya siap call dulu sebab nak beli pisang goreng punya pasal. Jadi tak perlulah nak beratur panjang nanti. Memang sampai-sampai jer, pisang goreng pun dah ready.


Pisang goreng yang seriusly rangup cuma for me, salutan dia agak masin. Hehehe....

Haha~~ masing-masing makan pisang goreng dengan penuh khusyuk. Sedar-sedar dah habis licin. Laksa nya pun sedap. ABC also not bad sebab kemungkinan cuaca yang panas menyebabkan semuanya sedap dingin masuk ke dalam tekak.


Habis makan Laksa Janggus, kami meneruskan JJCM ke Mee Udang Kak Ani. Nak cari kedai ni Kak Ani ni memang susah sikit. Tapi turn on kan ajer google map or waze. Jangan panik kalau korang masuk dalam jalan kampung yang satu lane tuh jer. Sebab situ memang jalan yang benar.
                                                                  Ni cucuq udang~~
Zaman sekarang semua pun berebut nak amik gamabq makanan. HAHAH! Boleh la satgi share dengan kawan-kawan and family tempat ni wajib try.
Mee udang Kak Ani yang umph. Disebabkan tangki perut dah ada laksa, rojak buah dan ABC. Jadi, saya makanlah sekor udang dan sesudu mee nya. Ya ampunn...pun sedap juga. Kuah dia tak pekat pun..tapi rasa udang tuh memang sebati dan udang pun memang segar since kedai ni betul-betul berhampiran dengan kawasan nelayan pulang petang.
Kekonon posing la sket lepas makan mee udang Kak Ani. Walaupun takdak kaitan...haha~
Habis posing, kami pun pulang ke maktab sebab malamnya ada dinner pulak. Apa? dinner? Huwaaa..makan lagi dan lagi dan lagiiiiiii~~
 Apapun, kami kena posing dulu ramai-ramai.
Lawa haaa stage dia. Hiasan ala-ala ada majlis perkahwinan gitu.




Makanan memang ada macam-macam juga yer. Semuanya sedap menjilat jari. Cendol and laksa pun ada. Malam tuh nothing much aktiviti. Cuma ada ucapan dari pengetua MRSM Balik Pulau, Ketua Ansara BP untuk program back to maktab and pertadingan nyayian dari students dan-ex students.

 Candid photo with Cikgu Fatini and Cikgu Zabedah
Bersama cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami pada tahun 1997-1998

Bersama Encik Ichwan , selaku ketua program back to Maktab. Tahniah! sebab target nak mencapai RM50K akhirnya tercapai.
Esoknya, hari Ahad kami bergerak seawal 7:15am ke ETS Tasik Gelugor. Tapi sebelum tuh, haruslah posing untuk kali terakhir yer dak? bila lagi nak datang ke sini pun tak tahu la kan....

 My alma mater...Ada rezeki dan panjang umur InshaALLAH..akan kujejaki lagi .
 Sempat breakfast dengan makanan yang dibeli dalam ETS ni jer.
 Thank you Atirah for being my partner. Till we meet again tau~~~

Satu pengalaman yang indah dapat kembali semula ke MRSM. Walaupun tak lama tapi dapatlah melepaskan rindu pada guru-guru dan suasana di maktab. Terima kasih juga buat suami ku yang memberi keizinan dan jadi Mr. Mama untuk The Boys sebab derang ada Sports Day di Stadium UKM pagi Sabtu tuh. Heheh~~

 Ini bukan di Tokyo. Tapi di Tasik Gelugor. HAHAHA~~~~

You Might Also Like

2 comments

  1. dasat. dasat mesti seronok bebenoler yer.. pi sekolah lama naik train lagi .. rasa zaman dulu2 yer.... jumpa kawan lama lagi dapat jumpa cikgu lagi.... wah memang sangat best yer.... ..
    nanny bertambah cantik blog awak... nanti bolehler jadi tutor cho zila....

    ReplyDelete