Belajar Untuk Redha

By Thursday, April 04, 2019 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sengaja saya berkongsi lebih lanjut tentang portfolio anak-anak - Umair dan Uwais di sekolah tempat mereka belajar.

kali ini saya cuma terkesan dengan bagaimana saya mengawal diri dan emosi saya untuk terus membiarkan Umair membuat tugasan portfolio nya dengan se minimum pertolongan dari saya.

Ikutkan hati, saya mahukan dia membuat semuanya 100%. Tapi, saya rasa ianya sesuatu yang mustahil untuk kanak-kanak seusia dia.

Dalam pada itu, saya juga bertanya kepada diri saya sendiri. Adakah saya merupakan ibu yang terlalu protective? "helicopter parenting".

Atau dalam kategori ibu yang 'kejam' ataupun 'pertengahan'. Saya kenal anak-anak saya. Yang kalau dibiarkan tanpa bimbingan, memang mereka tidak mampu melakukannya berseorangan.

Untuk tugasan portfolio bahasa arab tahun 3. Para pelajar hendaklah mengenal nama-nama pekerjaan yang terdapat di dalam buku teks bahasa arab mereka. Hanya perlu mencari 10 pekerjaan sahaja. Menariknya tentang bahasa Arab ini adalah. Mereka ada nama yang lain untuk 'female' dan 'male'.


Contohnya jikalau guru lelaki dipanggil - Mu'allim. Manakala, guru perempuan dipanggil -Mu'allimah.

Senang dan dapat mempercepatkan kerja saya kerana pekerjaan guru sahaja sudah ada dua kerjaya.
Tapi saya ni pula jenis nak 'berlebih' sikit. Kekonon nak explain dan ajar Umair lebih dari kata nama tersebut.

Jadi, saya tambahkan perkataan 'ha-za' dan 'ha-zi-hi' untuk jenis pekerjaan-pekerjaan tersebut. Kerja mencari gambar-gambar di internet  dan print adalah tugasan mama. Bab gunting, gam dan menulis saya serahkan kepada Umair untuk melakukannya.

Bila tengok tulisan dia yang tak seperti apa yang kita mahukan. Memang rasa macam geram jer and nak tuliskan semula cantik-cantik.

Tapi , saya fikir itu takkan membantu Umair untuk rasa bertanggungjawab serta faham apa yang dia sedang lakukan. Maka saya biarkan sahaja dan cuba redha dan tersenyum sambil mengatakan " Ok..good abang. Abang fahamkan? bila nak guna 'ha-za' dan 'ha-zi-hi'? 

Apa yang penting untuk tugasan homework adalah penglibatan ibu-bapa sebab syllabus sekarang lagi susah kalau nak dibandingkan dengan zaman kita dahulu. Kadang-kadang, mungkin cikgu pun tak sempat nak ajar details kepada anak murid.

Seterusnya, tahanlah diri untuk kita melakukan sepenuhnya homework mereka. Cuba untuk guide dan bantu apabila diperlukan. Anak-anak perlu dilatih dan didik supaya ada rasa ownership dan perasaan mahu lakukan yang TERBAIK.
Bilangan minimum muka surat adalah tiga helai sahaja termasuk muka hadapan. Jadi, cukuplah yang ni.

Untuk di bawah ni pula, adalah portfolio BI. Tugasannya adalah menulis maklumat tentang Type of Tenses. Semua pun tulis tangan kecuali muka hadapan sebab dah ada standard format yang diberikan oleh gurunya.

Saya gunakan internet dan juga buku-buku yang ada di rumah bagi membantu Umair dalam memahamkan konsep Past, Present dan future tense. Rasanya saya cuma terangkan secara surface sahaja. Tidaklah terlalu mendalam.

Kesemua portfolio ini perlu dihantar pada 30 hb April 2019. Selepas habis mid term exam. Doakan mereka semua dapat keputusan yang baik nanti yer.

That's All for now and thanks for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. CT rasa normal kot untuk parents ada rasa macam tu.. i tak rasa overprotective tapi maybe expectation tu tinggi dari sepatutnya. my parents pun kalau dulu tulisan teruk comot memang kena ketuk tangan. because diorang cikgu n diorang tahu kalo tulisan ni memang mempengaruhi mood cg.

    slowly but surely =)

    ReplyDelete
  2. Peranan ibu bapa sebagai pembimbing dan mempastikan anak2 kita membuat tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
  3. ibu bapa mmg perlu sama2 mainkan peranan kn kak... kalau dana pun kita msti nk bantu anak kita utk kerja sekolah dia, walaupun sikit... atleast dia tahu kita amik tahu psl pelajaran dia

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.