Peraduan Create, Snap, Yeay! dari Jordan Malaysia

By Tuesday, April 30, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Memandangkan harini merupakan tarikh tamat tempoh peraduan dari syarikat jenama Jordan. Maka, saya ingin kongsikan hasil seni yang telah kami lakukan bersama-sama tempoh harini.

Dalam peraduan ini, anak-anak perlulah menghasilkan makanan kegemaran mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula. Actually nak lukis pun boleh, tapi pada saya lukis tuh dah rare sangat. Jadi, jom kita hasilkan sesuatu yang agak luar biasa.

Selepas hasil di Google. Kami bersetuju untuk membuat fettucine dan pizza. Perlu juga disertakan dengan resit pembelian barangan Jordan. Kemudian, baru boleh download borang dari laman web mereka di sini : http://www.findingjordanpicasso.com/index.php . Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama Jordan menganjurkan pertandingan seperti ini. Cuma kelainan nya, tahun-tahun sebelumnya memang pertandingan mewarna semata-mata.

Saya dapat tahu tentang pertandingan ini melalui Hannah. Di sekolah tempatnya belajar sedang mengadakan kempen kebersihan gigi bersama Jordan. Jadi, banyaklah pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang sekolah jalankan.

Oklah, berbalik kepada hasil seni kami tadi. Saya kongsikan di sini ya. Mana tahu, nanti-nanti ada yang mencari idea yang sama. Bolehlah rujuk sama.

Projek kami yang pertama adalah Fettucini Meatball.

Cantik tak?
Kalau nak buat Fettucine ini senang ajer. Firstly, cari felt dan ukur lebar dalam 1.5cm. Kemudian, amik pembaris dan buat garisan lurus. Kemudian, cari gunting dan suruh anak-anak gunting.

Untuk meatball pula, saya gunakan aluminium foil dan renyukkan menjdai bentuk bola. Kemudian, saya guna warna merah arcylic dan warna coklat buncho untuk menghasilkan warna seakan-akan meatball.


                                              Hasil akhir selepas diwarnakan
Bila dah siap sepenuhnya diwarnakan. Saya semburkan dengan cat spray untuk menghasilkan shiny effect gitu! HAHAHAH~ bersungguh betul kan?

Untuk hirisan tomato, daun salad dan taburan daun warna hijau tuh, saya cuma gunakan kertas warna sahaja. Simply just draw what you want and decorate it nicely.

Ini pula Hawaiian chicken pizza yang dibuat daripada kertas berwarna. Paling senang tapi paling renyah nak buat disebabkan banyak kertas nak digunting lepas tuh kena make sure kipas dipadamkan. Kalau tak, beterbangan ke sana ke mari.

Doa-doakanlah kalau ada rezeki menang kan? sangkut hadiah saguhati pun kira ok dah . Hehehehe~~~

You Might Also Like

2 comments