1001 Kegunaan Susu Fernleaf Yang Penuh Khasiat

By Wednesday, May 22, 2019


Kali ini saya nak berkongsi kepada para pembaca semua tentang kegunaan susu Fernleaf yang bukan sahaja penuh khasiat dan lazat. Malah, banyak kegunaan lain yang dapat kita perolehi dengan susu Fernleaf.


Untuk siapa- siapa yang tak tahu tu, Fernleaf ini bukan hanya adalah bentuk susu tepung je tao. Fernleaf sekarang pun available dalam bentuk UHT sedia untuk diminum. Jadi, bolehlah kita menikmati susu Fernleaf ini di mana-mana kita berada dan pada bila- bila masa. And yang bestnya, pek UHT tu ada Full Cream, Low Fat and also Coklat. Sedappp sangat.

Jangan tak tahu, susu Fernleaf dalam bentuk tepung ini dapat kita gunakan sebagai bahan untuk memasak makanan kegemaran anak-anak atau pun suami dan orang-orang yang kita sayang.

1)    Sebagai bahan utama / sampingan dalam masakan
Sesekali tukarkan santan atau bahan lain yang digunakan dengan susu UHT atau susu tepung Fernleaf. Yelah, santan kan agak mahal. Pastu susah pulak tu nak beli. Tambah- tambah time nak raya. Cepat je habis. Lagipun bila dah gantikan santan dengan susu, barulah lebih sihat.

Saya sudah lakukannya. Anda bila lagi? Kuih donut yang disaluti sos coklat menggunakan susu Fernleaf UHT yang Full Cream tu.


Disamping itu, tekstur donut akan lebih lemak dan lembut jika susu tepung Fernleaf Full Cream dicampurkan ke dalam bahan-bahan untuk membuat donut. Sedap tau uols bila makan kuih donut ni bersama susu Fernleaf UHT. Kombinasi yang sempurna gitu!

Menu-menu lain yang saya sarankan untuk dicuba jika menggunakan susu Fernleaf UHT pula adalah seperti, lempeng, kek mentega dan quiche. (lempeng yang sedap dimakan bersama sambal ikan bilis, gulai ataupun kuah asam pedas ataupun susu pekat manis. Kalau korang suka makan dengan apa?)



(Kek mentega yang menggunakan susu Fernleaf UHT menjadikan kek lebih gebu)
    
(Sesekali daripada dessert kita bertukar angin ke savoury style pula. Ini adalah chicken quiche yang juga menggunakan susu Fernleaf UHT. Walaupun resepi asalnya mengguna cooking cream. Tapi, saya mengolah nya dengan menukarkan kepada susu dan rasanya masih lazat dan digemari ramai)

2) Sebagai bekal Iftar / Moreh
Ada kalanya jika kami ingin memulakan perjalanan pulang ke kampung. Saya akan pastikan ada sedikit bekal yang dibawa untuk dijadikan juadah berbuka ketika di dalam kereta nanti. Maklumlah, kadang tu azan maghrib kami masih lagi dalam perjalanan. Selepas makan ala kadar, baru kami berhenti di tempat yang sesuai untuk bersolat dan makan malam. 

Kuih-muih ini antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Air susu Fernleaf UHT tetap menjadi pilihan.
3) Membantu Untuk Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti
 

Kajian ada menunjukkan bahawa dengan meminum susu sebelum tidur, dapat mempercepatkan kita untuk tidur dan menjamin tidur yang berkualiti.


Lepas solat sunat tarawikh, anak-anak memang kebiasaannya akan berasa dahaga dan lapar. Susu Fernleaf UHT tetap menjadi pilihan. Jangan lupa cuba jadikan ianya sebagai rutin setiap malam sebelum anak-anak masuk tidur. 

4) Sebagai minuman semasa sahur



Oh ya! Hidangan air susu Fernleaf juga dapat dinikmati ketika bersahur or before tidur. Anak-anak lebih gembira  jika mereka sendiri yang dapat membancuh air susu kegemaran. Sebelum bulan Ramadan lagi, anak-anak saya akan minum susu tepung Fernleaf sebelum pergi ke sekolah and sebelum tidur. Jadi, kena ubah sikit rutin minum susu ketika bersahur. Baru nanti bertenaga sepanjang hari.

5) Sesuai untuk seisi keluarga
Bukan anak-anak kecil sahaja yang perlukan susu di dalam tubuh mereka. Tetapi, kita sebagai orang dewasa, remaja, pra-remaja dan warga emas juga perlu memastikan pengambilan susu pada setiap hari. Ini bagi memastikan kita mendapat zat kalsium yang mencukupi.

Ramuan susu tepung Full Cream Fernleaf telah diformulasikan dengan kandungan protein yang tinggi, kalsium, magnesium, Vitamin A, B2 dan B12 yang mana ianya sangat sesuai untuk seisi keluarga. Paling penting adalah TIADA GULA TAMBAHAN di dalam susu tepung Full Cream Fernleaf.

Terbukti kini bahawa semua rangkaian susu Fernleaf banyak memberikan manfaat kepada semua. Tidak kira usia dan di mana sahaja kita berada. Jangan lupa dapatkan susu Fernleaf di pasaran hari ini!



You Might Also Like

1 comments

  1. Banyak betul kegunaannya. tak pernah terpikir nak letak dalam donut tu. tqq sis

    ReplyDelete