Braces Story Updated Part 7!

By Saturday, May 18, 2019

Assalammualaikum semua!

Ayuh kita sambung cerita tentang braces yer. Setelah hampir 10 bulan memakai braces ( oh my! sekejap nyer rasa ) hari ini adalah hari yang paling mendebarkan.

Nak tau sebab apa?

Sebabnya adalah , sebatang skru telah ditanam didalam gusi ku ini. Yes! they put screws in my mouth!. Can you believe it?

Ala..terspeaking English pulak dah. 😄

Apabila diingat kembali perbualan di antara saya dengan doktor pada 10 bulan yang lalu. Memang doktor ada cakap bab skru-skru ini. Dalam hatiku berkata-kata " bior betui kena letak skru" . Serius tak leh lagi nak bayangkan rupa bentuknya bagaimana.

Everytime buat follow up, doktor memang akan check samada keadaan braces saya ni dah bersedia atau belum untuk dipasangkan skru. Ingatkan segala penderitaan memakai braces ni dah tamat. Tapi ada lagi rupanya. Ko jugak kan yang nak pakai? ha...apa lagi. Sila lah hadap nyer Nany. HAHAH~

Korang yang tengah dok baca ni, janganlah seram or ngilu sangat. Kot-kot ada yang baca ni sampai berkerut-kerut dahi, kening semua. Tapi memang hakikatnya mengerikan. Cheh! tak membantu langsung kan? 😂

Nah, saya belanja satu gambar skru yang bentuknya lebih kurang sama dengan yang doktor pasang dalam gusi saya ni.

Sumber gambar dari google image

Meh nak story sikit camane proses yang terlibat ketika pemasangan skru dilakukan. Ahak!

1) Doktor akan sapu ubat bius di kiri dan kanan gusi sebelah atas - Tahap kesakitan : Tiada

2) Lepas tuh, beliau akan inject gusi dengan ubat bius tapi dosnya tidak sebanyak dos untuk cabut gigi. - Tahap kesakitan : Macam kena gigit semut.

3) Doktor suruh kumur and tunggu kejap sebelum proses memasukkan skru sebab nak bagi ubat tuh meresap di seluruh pelusuk gusi yang terlibat.

4) Doktor minta izin nak 'mark' kat gusi bahagian yang terlibat. Ini ibarat, amik pen tanda tapi tak tau dia guna tools apa. Yang pasti batang dia macam pen and last sekali macam jarum cangkuk mata kail. - Tahap kesakitan : Tiada ( akibat kesan dari ubat kebas )

5) Kemudian, doktor pun amik skru and alatan dia yang mcm screwdriver jugak untuk pasang pada gusi. Doktor pesan siap-siap, kalau rasa sakit tiba-tiba bagitau kerana kemungkinan skru terkena akar gigi. Wah..wah..wah..pesanan apakah ini doktor? I is nervous you know? Maka tidak henti hentilah daku berzikir di dalam hati. Walaupun tak nampak how the doctor put that screw using his 'screwdriver' but my mind can imagine how the process involved. It tightened by clockwise rotation. Dan bila dah siap, doktor akan check kedudukan skru tuh. And let's say if dia tak puas hati. Then, dia akan betulkan. Maybe dia loose kan balik by rotate the screw to the left.  Masa yang diambil untuk memasang skru pada kedua-dua belah gusi adalam lebih kurang 20minit. - Tahap kesakitan : Tiada


Sebelum pulang, doktor tanya ada lagi tak panadol kat rumah? kalau sakit katanya boleh makan panadol.

Sebenarnya, banyak kali tanya doktor. Sakit tak? Doktor jawab, sakit lebih kurang macam cabut gigi. Then, saya tanya balik. LEBIH atau KURANG dok? hahaha~

Doktor hanya mampu sengih-sengih jer dengar soalan aku dan jawab benda yang sama. Dan selepas 30 minit proses memakai skru tuh. Maka, datanglah sakit yang lebih sakit dari cabut gigi. 😰

Berdenyut-denyut rasa. Nak buat apa pun tak boleh. Jadi, nak tak nak saya pun amik painkiller dan kerat sebelah. Memandangkan saya memang tak boleh nak puasa ( Ini juga reason saya pilih date untuk pasang skru adalah time keuzuran ) jadi saya pun selamat telan ubat painkiller. That's it. Lepas tuh berlalulah kesakitan itu.

Maka, bolehlah saya melakukan kerja-kerja rumah dan rutin seperti biasa. Saya makan painkiller tuh sekali tu jer. Lepas tuh tak makan dah sebab rasa boleh jer tahan sakit yang sket tuh.

Malam tuh saya gosok gigi sebelum tidur. Masa tengah berus gigi tuh, terkena pulak batang berus gigi pada skru tuh. Berair jugak lah mata menahan sakit.

Selepas 2-3 hari, tempat yang ada skru tuh ada rasa sengal-sengal sket. Tapi sebab tak guna untuk mengunyah. So, OK jer lah. Boleh abaikan. Bab kena berhati-hati masa nak berus gigi. Takut terkena lagi.

Inilah rupa sebenar keadaan skru yang siap dipasang pada gusi. Nanti doktor akan pasang getah and connectkan ke gigi.
Next appointment sepatutnya lagi 2 minggu. Tapi, sengaja ku minta tangguh after raya. Nanti hilang mood pula nak beraya. So far, doktor kata OK jer. Hehehe~ Lega sikit dengar.

Oklah korang, itu sahaja update tentang braces ku. Next episode akan diceritakan pemasangan getah pulak yer. Tunggu~~~

You Might Also Like

0 comments