Review Buku Pelukis Jalanan

By Thursday, May 16, 2019

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya, saya dah terlalu lama teringin sangat nak baca buku yang ditulis oleh saudara Teme Abdullah ini. Ahad lepas, saya beli juga di Popular Bookstore di IOI Mall Puchong sebab dah tak dapat nak tahan diri dah. Nak baca sangat-sangat.

Actually, hajat ke Popular Bookshop sebab nak beli buku cerita anak-anak - Geronimo Stilton series. Then, mama pun cuci mata sekali. Cuci sampai bersih ...sampai jelas nampak apa nak dibeli.

Muka hadapan buku Pelukis Jalanan.

Kisah hidup Teme Abdullah yang berkongsi pahit dan manis ketika menetap di UK untuk menyambung pelajaran beliau di dalam bidak architecture. Pada saya ianya bidang yang sangat demanding dan kos untuk membeli peralatan untuk pembelajarannya juga agak mahal.

Walaupun saya bukanlah dahulu pelajar dalam bidang arkitek, tetapi saya sendiri melihat roommate saya yang sangat sibuk kehidupannya. Sentiasa berada di studio untuk menyiapkan segala lakaran dan projeknya. Saya jarang sangat bertemu dengan dia. Hanya pulang ke bilik jika ingin membasuh baju. Masa tu, memang saya rasa macam saya takde roommate pun. Hehehe..

Ringkasan perjalanan cerita hidup Teme Abdullah yang ditulis dalam buku ini.

Teme Abdullah ini seorang pelajar yang pintar. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibunya sebagai seorang guru dan bapanya pula bekerja sendiri. Tak silap saya, seorang peniaga kecil-kecilan. Selepas keputusan SPM yang cemerlang, beliau menduduki kursus A-Level sebagai persediaan untuk ke luar negara.

Dalam masa dua tahun, beliau banyak melakukan aktiviti yang beliau sangat sukakan. Iaitu, berniaga!. Apatah lagi, dengan bakat semulajadi yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepadanya. Teme sangat berbakat dalam seni melukis. Beliau pernah menghasilkan design-design tshirt yang cantik. Pada usia yang baru nak masuk 20 tahun, beliau sudah mempunyai wang simpanan sendiri yang lebih kurang 5 angka nilainya! 

Di waktu itu, Teme berfikir bahawa ilmu kimia seperti pembentukan air memerlukan 2 hidrogen dan 1 oksigen tidak  diguna pakai ketika bekerja. Begitu juga dengan limu-ilmu yang lain. Pada beliau, ketika itu adalah keseronokan mengumpul harta benda. Biasalah kan? darah muda gitu. Suatu kejayaan kot bilamana kau boleh kumpul duit sebanyak itu tanpa pertolongan parents.

Sehingga tinggal 2 minggu lagi dari tarikh peperiksaan A-Level beliau, barulah Teme menumpukan 200% terhadap pembelajarannya. Secara tiba-tiba teringat pada ibunya yang penuh mengharap kepada Teme. Namun, keputusan peperiksaannya tidak melayakkan Teme untuk menyambung pelajarannya ke oversea. Kalau nak pun, kesemua perbelanjaan perlu dibiyaai sendiri. Menangislah dia bersungguh-sungguh kerana telah menghampakan harapan ibunya.

Tapi, semangat Teme sangat kental. Beliau tetap mahu menyambung pelajaran ke luar negara. Lantas semuanya dilakukan seorang diri. Setibanya di UK, bermula lah satu kehidupan yang baru buat Teme. Ini bukan kali pertama Teme berjauhan dari keluarga kerana beliau bersekolah di asrama penuh. Cuma kali ini, agak berlainan kerana berada di bumi yang sangat asing baginya.

Pelbagai cabaran, kisah suka dan duka dan bagaimana Teme bermonolog seorang diri ditulis dengan begitu baik. Gaya penceritaan nya menyebabkan saya seolah-olah berada di tempat beliau ketika itu.

Paling terkesan adalah bab "AYAM GORENG". Bukan sebab saya baca ni pada bulan Ramadan. Tak teliur pun...hakikatnya adalah bagaimana Teme begitu mengiginkan ayam goreng setelah selama beberapa bulan hanya makan nasi dengan telur mata yang disimbah dengan garam sahaja. Dan akhir sekali, beliau dengan rela hati nya memberikan ayam goreng tersebut kepada seorang homeless ketika sedang menunggu bas dalam keadaan hujan dan sejuk nya sehingga sakit jari jemari. Ini saya pernah rasakan ketika tinggal di negara 4 musim suatu ketika dahulu.

Korang kena baca buku ini. Tak kisahla pelajar ke..mak pelajar ke..apa sahaja kerjaya korang. Especially yang pernah gagal dalam sesuatu perkara dalam hidup ini and nak bangkit semula mencari kekuatan.


Di dalam bukuitu juga ada disertakan lukisan-lukisan hasil karya Teme sendiri. Dengan menjadi pelukis jalanan ini, Teme mengumpul wang sedikit demi sedikit. Kalau dahulu asyik makan telur ayam jer ataupun berpuasa. Kali ini, Teme sudah mampu untuk membeli seekor ayam seminggu.

Apabila saya melihat lukisan Teme ini, memang cantik sangat rupa kejadiannya. Tetapi, ada mesej penting yang disampaikan.

Well, ini pesanannya :

Bagus kan? apa pun di dunia ini adalah milik ALLAH SWT. Jadi, ingatlah kepada pencipta KITA.

Akhir kata, kalau korang macam rasa nak membeli buku lepas tuh tak tau nak beli buku apa. Jadi, saya cadangkan..beli lah buku ini. Memang banyak syiok! Tak menyesal beli.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.