Salam Ramadan 1440H

By Sunday, May 05, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Dah jadi tradisi kami, setiap kali menyambut Ramadan untuk melaksanakan projek art kecil-kecilan bersama anak-anak. Ingatkan derang dah lupa..rupa-rupanya mama tersilap. Si Umair lah, yang paling awal tanya.

" Bila kita nak buat deko-deko mama macam tahun lepas?" 

Since anak dah tanya. Tak sanggup pulak nak say no. Sibuk camana pun, mama tetap cuba usahakan untuk buat juga. Sekarang ni semenjak ambil online class on CELT-P ( Certificate in English Teaching-Primary) under Cambridge English Progamme and dalam masa yang sama mengajar juga. Jadi agak sibuk dengan segala macam preparation yang berkaitan dengan kelas.

Tahun ini, deco memang tak buat langsung. Saya tukar buat 'Ramadan's Challenge' untuk setiap seorang. Tetiba jer dapat ilham nak buat macam ni.

Saya minta mereka fikir apa yang mereka cuba untuk improve diri sendiri. Lebih kepada untuk mencabar diri buat perkara yang belum pernah atau jarang-jarang dilakukan.

Sebenarnya, mama punya cadangan untuk kurangkan masa mereka menonton youtube . Tapi semua pun tak setuju. Haishhh la anak. Kalau nak tahu, itulah cabaran namanya.

Last-last, masing-masing keluar dengan idea yang berlainan. Saya pesan, jangan buat banyak sangat. Cukup lah kalau buat 5 perkara dulu. Let's wait and see.

By Umair
By Hannah
By Uwais - ( mata duitan sket dia nih..hahaha)




 Selain dari 'Ramadan Challenge' ni, saya juga ada print jadual bulan Ramadan. Ini paling senang nak buat. Sebab search jer 'kids activity during Ramadan'. Memang banyak sangat kat internet. Sila pilih mana yang berkenan.

Actually, mama pun ada Ramadan challenges yang tersendiri. Tapi belum sempat nak buat properly. Antaranya :

1) Kurangkan melihat social media
2) Consistently listen to any tafsir video
3) Consistently doing solat-solat sunnah
4) Trying to read Al-Mathurat everyday
5) Attended tadaruss session without fail.

Harapnya dipermudahkan lah urusan ku ini Ya ALLAH.

Finally, Selamat menyambut Ramadan buat semua pembaca blog Nanyfadhly. Selamat mengejar pahala dan semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.

Kisah Art and Craft kami pada tahun 2017 : http://www.nanyfadhly.com/2017/05/diy-project-for-ramadhan-1438h-2017.html

You Might Also Like

4 comments

  1. alahai cute je yang mata duitanan tu..hehe business minded tu..bytheway good luck nany for hafal surah tu..im trying too :)salam ramadhan buat nany dan anak2 ya..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kak wani!

    ReplyDelete
  3. Salaam Ramadhan kak Nanny. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita ;)

    ReplyDelete