Resepi agar-agar pandan menggunakan fresh milk. Jadi ke?

By Monday, June 24, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Good morning semua. Hari ini cubaan berpuasa qada' yang ke-4 dan puasa sunat Syawal anakanda Umair.

Semalam saya beraya ke rumah adik ipar di Rawang. Last pergi rumah dia ni tiga tahun lepas ok? adoii lah .... teruk sungguh perangai. Tapi kami jumpa jer kalau balik kampung di Kelantan. Agak jauh juga perjalanan dari Puchong ke Rawang. Walaupun semalam masa kami bertolak keadaan lalu lintas langsung tidak sesak. Itupun makan masa almost sejam. Sama macam nak pergi rumah Ayom and abang di Banting.

Nak buat camana, syukur lah kan kita ada siblings. Dan ALLAH SWT beri kesihatan yang baik, umur masih ada untuk bersilaturrahim. InshaALLAH, pahala untuk tetamu dan tuan rumah tetap akan ada.

Saya terfikir nak bawak buah tangan apa la kan gi rumah orang. Masa ini, akan teringat kat mak di kampung. Sebab mak tak pernah gagal membawa buah tangan jika berkunjung ke rumah anak-anak nya. 

Tak semestinnya makanan yang dimasak. Ada kala, mak hanya memetik apa sahaja di sekitar rumahnya di kampung. Dan itulah yang dijadikan buah tangan buat kami adik beradik. Seperti dua minggu lepas, mak datang menziarahi paman di Klang dan abang di Banting.

Mak bawakan  pelbagai dedaunan. Ada daun kesum, daun kunyit, serai, buah limau purut, limau kasturi dan ayam kampung masak kicap. Huhuhu..thanks mak! semalam baru guna daun kesum tuh untuk masak pari asam pedas.

Untuk buah tangan ke rumah adik ipar semalam. Saya buatkan agar-agar santan. Actually kan, masa first time saya buat agar-agar ni, saya gunakan susu segar. Hasilnya ?

Tidak seperti yang saya harapkan. Rasanya masih boleh dinikmati. Masih sedap. Sejuk lalu tekak. Tapi tekstur yang nak jadikan dia dua lapis tuh lah tak menjadi.

Akhirnya, saya ganti dengan santan. Dan hasilnya?

Perfect!

Saya takder pisau yang beralun tuh. Mak saya kat kampung ada lah. Mak selalu buat lengkong (agar-agar ) sirap. Yang paling senang lah tu kan? Kadang mak bawak ke surau jika ada sebarang majlis di sana. Potluck lah ni maksudnya.
Lagi satu kan, saya tak suka kalau agar-agar tu keras. Tak der nikmat nak makan. Lembut sangat pun saya tak suka. Walaupun sedap dah macam dadih...tapi nak potong tuh ler. Memang akan jadi susah. Kalau gitu, saya fikir..Baik sudukan ajer masa nak menyuap tuh. 😁

Ini resepi yang saya pun google kat merata tempat.

Bahan-bahan :

1) 10 gram agar-agar tali warna putih biasa tuh. Saya beli ajer yang 20, 25, 30 gram tuh sebab tak der jual kot 10gram punya. Balik rumah, saya timbang semula untuk dapatkan berat 10 gram tuh.

2) 1 liter air - Ni saya dah buat test and error. So far, saya puas hati dengan jumlah air sebanyak 1 liter untuk 10 gram agar-agar tali.

3) 1 cawan gula pasir - kalau korang tak suka manis and jaga kesihatan, boleh kurangkan sukatan gula tu ok? . Ini sis dan seisi keluarga dah setuju tekak masing-masing dengan rasa manis agar-agar tuh. Sedap ok? for me, just nice jer.

4) Sehelai daun pandan disimpul untuk dimasak bersama agar-agar, air dan gula

5) 4 helai daun pandan yang dikisar halus dengan 1 cawan air. Tapiskan dan ambil jus nya sahaja. Buang hampas daun pandan tuh yer. Penting tau sukat dengan 1 cawan air tuh sebab nak jaga sukatan air. Kalau tak nanti , korang tak dapat agar-agar yang just nice jer tekstur nya. Tak keras and tak lembik.

6) Santan kotak - saya guna brand Kara dan pernah juga cuba Harmony. Lagi pekat santan tuh, lagi baguih and cantik lah kejadian dia. Guna yang kecil tuh jer and guna kesemuanya. Kasi licin yer kawan-kawan.

7) Telur ayam - 1 bij

8) Bekas  / loyang yang bersesuaian

9) Pewarna makanan ( hijau ) - optional

Cara-cara memasak :

Step pertama - korang kena masak dulu la agar-agar tuh dalam periuk dengan sehelai daun pandan yang dikoyak dua ataupun disimpul. Saya gunting dulu agar-agar tali tuh bagi pendek sikit. Masak sehingga agar-agar tuh jadi hancur yer. Then, masukkan secawan gula pula.Masak sehingga gula pula hancur dan larut.

Step kedua - Masukkan perahan air daun pandan ke dalam periuk agar-agar.

Step ketiga -  Matikan api dahulu. Sementara tuh, pecahkan telur dan masukkan ke dalam santan. Gunakan garfu atau hand whisk atau sudu atau apa sahaja peralatan yang korang rasa sesuai untuk bagi santan dan telur tuh bersatu.

Step keempat - Masukkan santan yang ada telur tuh ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar. Hidupkan api semula dan kacau-kacau. Masak dengan api yang besar. Tunggu sampai mendidih dan ada nampak berbintil-bintil. Bintilan tuh la yang akan buat agar-agar jadi dua lapisan.

Step kelima - Bila dah menggelegak. Boleh lah matikan api dan tuang ke dalam loyang ataupun bekas yang bersesuaian.  Sejukkan di luar sekejap, then baru masukkan dalam peti sejuk.

Haa..amacam? mudah jer sebenarnya nak buat agar-agar santan ni. Pada saya yang mencabar adalah part nak jaga kuantiti air tuh.

Senang kira, saya amalkan konsep macam ni. Untuk 10 gram agar-agar ni, total campuran cecair - termasuk santan, air, telur - hendaklah berada di antara 1200 - 1400ml. Kalau kurang, nanti akan keras kejung macam halwa. HAHAH!

Dan kalau terlebih, baik korang buat dadih jer . Haa..gitu ler. Faham yer semua?

So, jangan lupa pesanan penaja ni. Bolehlah nanti kalau nak buat pencuci mulut, kita buat kan agar-agar santan. Sedap uolls! laju jer tangan ni amik masuk mulut. Tak sedar dah makan 10 ketul.


That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. walaupun tgk resepi tu mcm mudah nk didapati semua bahan2 tu... tp sbb pernah cuba bt agar2 tp terlembik, sekali tu jelah cuba... takut tak jd bila buat lg...
    dana kalau bab yg kene timbang2 ni mmg fail hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak Nany! Lama tak buat agar agar pandan ni.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.