Renew Passport Anak-Anak di UTC Pudu, Kuala Lumpur.

By Thursday, July 11, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Selesai sudah urusan hari ini. Dari pejabat imigresen di Putrajaya kami ke UTC Pudu. Inilah akibatnya kalau  tak buat survey / research dahulu. Adoiiihhh...habis satu hari dengan urusan passport ni. Sebenarnya, ini pertama kali anak-anak renew passport mereka. Dan dengan penuh yakinnya, kami hanya berbekalkan Mykid mereka sahaja.

Pagi tadi, sampai-sampai sahaja di pejabat imigresen Putrajaya orang dah pun ramai. Tiba di kaunter untuk mengambil no. giliran. Rupa-rupanya Cik Pegawai kaunter tuh tanya "ada bawa surat beranak anak-anak tak?"  Lantas ku menjawab "taaak, tapi kami bawa Mykid. Tak boleh ke?" 

"Tak boleh. Kena ada surat beranak"

Aduiihh..jadi suami pun ambil nombor giliran dia dahulu. Anak-anak tak boleh ambil lagi sebab kena ada dokumen surat beranak. Jadi, saya pun patah balik ke rumah ambil surat beranak budak-budak. Pergi balik ambil masa sejam juga. Dah sampai ke Putrajaya, Cik Pegawai Kaunter cakap lagi.

"kena photostate  yer surat beranak nyer"

Pulak dah! apsal la ko tak tak bagitahu awal-awal. Seketul-seketul dia habaq. Last-last, husband cakap..."kita buat kat UTC jer la, macam tak sempat jer ni". Rupa-rupanya dalam masa sejam perjalanan saya Putrajaya-Puchong-Putrajaya, no giliran dia tak sampai lagi. Maybe sebab ramai orang kot . Tu yang jadi lama, walhal pergi time weekdays.

Sampai di rumah, kami buat salinan surat beranak anak-anak dan salinan kad pengenalan kami. Lepas tu pi lunch dulu sebab dah tiba waktu lunch. Budak-budak kelaparan.

Untuk memudahkan urusan perjalanan ke UTC. Kami makan di My Own Bake Cafe dan parking di situ. Berjalan kaki dari My Own Bake Cafe ke stesen LRT Kinrara, BK5. Ambil satu train sahaja menuju ke Sri Petaling. UTC Pudu terletak di stesen LRT Plaza Rakyat. Perjalanan ambil masa dalam 40-45 minit.

Pada saya, sangat praktikal sebab tak payah fikir parking kat sana nanti. Tak payah nak guna Waze atau Google Map . Tak payah meredah bad traffic waktu balik sebab kami agak urusan habis dalam pukul 4 lebih. Masa tuh, peak hour orang balik dari kerja.

Ini sebenarnya, kali ke-2 saya ke UTC Pudu. Pertama kali saya datang sini adalah untuk renew passport saya sahaja. Masa nak pergi NZ baru-baru ini. Masa saya pergi hari tuh, weekdays tapi sebelah pagi. Aman damai sebab tak terlalu ramai compare di Putrajaya. Dan petang tadi pun tak seramai di Putrajaya.

Kami ambil no. giliran dalam pukul 2:30 petang dan urusan habis sampai dapat passport dalam pukul 4:15 petang. Dalam dua jam jer la sebenarnya. Paling lama rasanya masa nak dipanggil untuk diambil gambar. Paling cepat adalah semasa proses akhir selepas bayaran di kaunter 9 untuk mengambil passport.


Berikut adalah dokumen yang korang perlu ada sebelum pergi ke mana-mana pejabat Imigresen untuk permohonan renew passport anak-anak bawah 12 tahun.

1) Surat beranak asal anak-anak
2) Salinan surat beranak anak-anak setiap seorang
3) Passport lama anak-anak
4) Salinan kad pengenalan ibu atau bapa untuk tujuan menanda tangan di borang. Depends on berapa orang anak yang korang nak renew passport derang.

Incase, kalau korang tak tak sempat nak photostate. Jangan risau sebab mereka ada sediakan perkhidmatan photostate juga. Dalam tu juga yer. Jadi, tak perlu nak keluar melilau cari kedai photostate, naik turun lif.


Kami tadi tak tau pulak kena photostate sampai 3 salinan IC penjaga.  Nasib lah ada tempat photostate ni. Senang keje.

Lepas ambil no. giliran, jangan lupa ukur ketinggian anak-anak yer. Sebab nanti pegawai nak isi dalam borang. Maklumat ketinggian ni ada dalam passport.



Masing-masing pun excited nak mengukur ketinggian. Layankan ajer la yer~~~

Lepas tuh, tunggu la sampai no. giliran korang kena panggil. Oh yer! pesanan lain, pakaikan anak-anak dengan baju / tudung gelap. Macam Uwais and Hannah dah OK. Tapi tadi, Umair kena pakaikan jaket pulak. Sarung jer la jaket org dewasa tuh kejap.

Sudah canggih. Tak perlu bawa gambar dari rimah. Selesaikan sahaja di sini. Heheh

Sebab bajunya warna terang. Jadi, sarungkan ajer la jaket tuh kejap yer bang. Heheh!

Excited dok turunkan cap jari tangan atas borang.

Adik punya giliran pula
Kadar bayaran harga untuk permohonan / renew passport
Kami tunggu dalam 20-30 minit untuk no giliran dipanggil bagi membuat bayaran. Ada dua cara nak buat bayaran. Korang boleh bayar cash ataupun guna kad kredit / debit. Tapi tadi, pegawai cakap untuk bayaran secara kad, tadi ada masalah. So, better lah korang sediakan cash yang mencukupi. Kalau terlupa nak withdraw duit. Jangan bimbang, sebab kat level G ada ATM machine.


Simpan resit ini masa nak collect passport di kaunter 11 /12
Korang kena simpan no. giliran tuh sampai proses siap. Dari nak ambil gambar, buat bayaran dan ambil passport.

Proses akhir sebelum dapat passport baru
Yeayyyy~~~ Alhamdulillah. Dah siap passport kami.
Waktu rehat rasanya takde. Sebab masa kami sampai tuh nampak semua jer sedang bekerja. Rasanya yang dalam website tuh kalau hari Jumaat jer kot.
Kesimpulannya, kami lebih suka ke UTC Pudu untuk urusan buat passport ni. Antaranya, senang sebab naik LRT jer and jalan kaki sket then, sampai. Lepas tuh, pegawai-pegawai di sini nampak lebih berpengalaman dan mesra alam.

Sekian perkongsian dari saya. Semoga memberi manfaat buat semua yer.


You Might Also Like

5 comments

  1. dana setuju, buat kt utc lebih mudah dan cepat...
    agak2nya kalau akak bt kt imegreesen putrajaya tuh kul bape lah settel yek?

    ReplyDelete
  2. UTC memang best. Syaza buat SSM gi kat dia je sekejap je dah siap :) Oo baru tau nak renew kena bawak surat beranak anak. Sekarang Syaza tengah fikir kat mana surat beranak anak hahaha. Ingat MyKid je penting >.< LOL

    ReplyDelete
  3. Ada tempat photostat tu bagus.. patut semua office ada gini.. ini tak... ada tempat takde, dah kena menapak plak cari kedai buku

    ReplyDelete
  4. bagus utc ni kan, semua ada kat situ.

    ReplyDelete
  5. Senang bila buat dekat UTC sebab boleh siap cepat!

    ReplyDelete