Resepi ayam goreng rempah sedap~

By Friday, July 05, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Pernah  tertanya-tanya sebelum ni camana laaaaa nak dapatkan ayam goreng rempah yang ada serbuk-serbuk serai panjang-panjang tuh.

Macam-macam juga resepi cuba. Tapi masih belum terjumpa yang berkenan di hati. Apa pun, ayam yang digoreng dengan minyak yang banyak memang sedap aja. HAHAH~~Walaupun guna kunyit dengan garam pun dah sedap dah.  Baik korang semua setuju!

Suatu hari, ada kawan share dlm whatsApp resepi ayam goreng berempah dengan menggunakan serai. Tips nya mudah ajer korang. Pastikan serai tuh korang potong berukuran lebih kurang 1 ruas ibu jari. Then, tumbuk dengan lesung batu. Nak blender tak pasti kejadian dia camana.

Kalau buat banyak, jenuh juga nak menumbuk kan? mungkin korang kena import anak-anak atau suami. Kerah tenaga derang nak tumbuk serai tuh. HAHAH~ alaa...bukan kena tumbuk smpi hancur pun. Selain dari dapat memupuk semangat kerjasama, dapat juga menguatkan otot2 di jari dan pegelangan tangan.

Jadi, inilah rupa serai yang sudah ditumbuk menggunakan lesung batu.
Bahan-bahan :

- Beberapa batang serai. Ikutlah kuantiti ayam korang nak guna tu banyak mana.
- Beberapa ulas bawang putih
- Seinci halia
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Garam
- Daun kari

Oh ya! resepi ni pantang larang nye tak leh guna bawang merah. Kalau korang nak guna gak and tapi nanti tak sedap jangan salahkan daku yer. Keh keh keh~

Try la ikut resepi ni sama 100%. InshaALLAH takkan mengecewakan uols semua.


Cara-cara :

- Tumbuk serai.
- Tumbuk atau blend bawang dan halia
- Gaul-gaul dengan penuh kasih dan sayang
- Perap sermua bahan-bahan tersebut dengan ayam. Lagi lama korang perap lagi bagus sebab nak bagi semua bahan tu meresap masuk ke dalam ayam dengan sempurna.
 - Lepas tuh ready untuk digoreng. Macam biasa lah, goreng sampai ayam masak. Kalau nak sihat, korang gunakan air fryer or oven. Yang ni saya belum try lagi.

Rupa ayam yang sedang diperap.

Rupa kejadian ayam goreng rempah yang sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba ya kawan-kawan!

That's All and Thank you for reading~

You Might Also Like

4 comments

  1. mak aiii sedapnya, owh mcm ni cara buat dia. n nak try

    ReplyDelete
  2. Oo samalah Syaza pun baru tau panjang-panjang dia dari serai rupanya ya. 😂

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa kak Nany, next time nak try buatlah guna resepi akak ni

    ReplyDelete