Idea Lauk Pengantin Untuk Beginners

By Wednesday, August 21, 2019 , , , ,

Assalammualaikum semua!

Kembali bersiaran selepas lama bercuti. Minggu cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga pulang ke Kelantan bagi meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan adik ipar saya. Beliau merupakan anak ke -4 dari  6 adik beradik.

Seminggu sebelum majlis berlangsung, ibu mertua ku menelefon dan menyatakan hasratnya untuk menyediakan makanan pengantin tetapi orang kuat yang selalu beraksi di dapur untuk makanan pengantin sedang berada di Mekah kerana menunaikan fardu haji.

Jeng..jeng..jeng..

Makanya, sayalah orang bertuah yang telah terpilih untuk menjadi bidan yang tak berapa terjun pada hari yang penuh bermakna itu nanti. HAHAH~~~~

Mujurlah, mak dan kakak sepupu dari Perak nak datang. Jadilah mereka pembantu setiaku di dapur. Kebetulan kakak sepupu tuh memang power kot memasak. Pernah masuk rancangan memasak "Jaguh Kampung" dan juara mengalahkan kumpulan memasak Mak Jemah dari Kampung Durian Sebatang. Siap masuk TV okeh!  

Zasss~~ daku pun berfikir lah apa jenis menu-menu yang perlu disajikan kepada merpati dua sejoli nanti. Walaupun mereka digelar merpati, tetapi mereka adalah homo sapien ya~ bukannya spesies burung yang comel. Kalau burung senang dah, daku tabur dedak ajer nanti. 😂

Kegigihan bermula dengan menggoogle dan bertanya kepada rakan-rakan yang biasa masak untuk pengantin. Bab yang saya tak leh nak brain adalah penyediaan "udang panjat nenas". Yerla kan, selama ni tak pernah sibuk pun nak tengok orang kat dapur time masak untuk pengantin. Kalau ada pun , pastinya berpuluh tahun yang lepas. Mana nak ingat daaaa~~~

Apa pun , kalau korang sama kes macam saya. Iaitu, bidan terjun chef masakan makanan pengantin ataupun makan beradap. Boleh la nak tiru menu saya ni. Simple sajer, ikut kemampuan wang , tenaga dan kepakaran ok?

Yang pasti, jangan panik. Keep calm and let's cook! haaa..gitu ayat penyejuk hati. 

1) Udang panjat nenas bersama telur burung puyuh
2) Daging masak hitam
3) Ikan siakap 3 rasa
4) Sayur goreng campur
5) Buah-buahan
6) Ayam masak merah - ( Ambil jer lauk untuk tetamu tuh dalam 2 pinggan)
7) Gulai daging - ( Ini pun sama, cedok ajer 2 mangkuk dari periuk )
8) Air sirap
9) Nasi putih

1) Udang Panjat Nenas


Tips nak cari nenas yang sesuai dijadikan tapak untuk menyucuk udang-udang ini adalah, pastikan jambulnya masih kelihatan cantik. Yer, seperti yang korang semua lihat dalam gambar tuh. Nenas pulak, cari lah yang kuning yang dah masak sebab lepas tuh, korang booleh potong dan ngap beramai-ramai. Saya suka kalau nenas yang sudah dipotong-potong tuh dimakan bersama kicap. Sedap bak hang!

Nenas yang sudah siap dipotong. Satu biji lagi tuh, untuk letak telur burung puyuh and buat carrot yang berbentuk kepingan bunga. Motifnya untuk nampak cantik di atas meja. Aduihh~
Haa...ini pun penting tau. Udang tak perlu disiang , buang kepala, ekor, kulit semua tuh. Cuma perlu dibasuh sahaja. Lepas tuh, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudain ambil lidi sate dan cucuk udang dari bahagian ekor tembus sampai ke kepala. Satu lidi tuh buat 2 ekor. So, masa nak pilih beli udang, korang cari la saiz yang agak-agak muat udang ni untuk dicucuk dalam satu lidi secara duo. Ahaks! Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.
Apabila dah siap, korang pun bolehlah cucuk-cucuk udang ni pada nenas tadi. Yang ni, pandai-pandai lah korang nak adjust bagi cantik dan nampak seimbang . Bahagian atas jambul nenas tuh, korang ambil tomato cherry dan beberapa telur burung puyuh dan cucuk pada lidi sate. Kemudian cucuk-cucuk kat atas tuh pulak yer. Lidi sate tuh kalau panjang, korang kasi lah pendek sket.

2) Daging Masak Hitam

Ini senang kacang goreng. A piece of cake . Easy peasy lemon squeezy. Resepi saya gunakan sama seperti saya pernah kongsikan untuk memasak kambing masak hitam. Senang , sedap dan mendapat pujian dari seluruh penduduk kampung. Kah kah kah!

Nak bagi nampak presentable, korang hias lah dengan cili yang digubah menjadi bunga dan timun seperti crown. HAHAHA! taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Siap!

3) Siakap 3 Rasa

Ini pun senang juga nak buat. Cuma, masa nak buat kuah ikan ni kan. Cili kisar semua dah habis sebab orang kampung guna untuk masak ayam masak merah untuk jamu tetamu yang hadir nanti.

Lepas ikan dibersihkan, lumur dulu dengan kunyit dan garam. Patutnya lumur sekali dengan tepung jagung. Tapi last minute cari tak jumpa sampai sudah. Aaaaaa~~ hantam saja la labuuuu~

Yang tinggal cuma sos cili, sos tomato dan itu pun level nak habis dah. Hujung-hujung bawah botol yang kalau nak guna kena letak air sket dalam tuh lepas tuh goncang sekuat hati. HAHAH~

Jadi, apa yang saya buat masa tuh ternampak serbuk cili. Fuhhh..dia punya perasaan lega tuh tuhan jer yang tahu. Bukan apa, bila tak cukup bahan ni takut warna pun tak naik and tak berseri la pulak. Tapi akhirnya, siakap 3 rasa ini pun habis dibaham oleh anak-anak saya dan anak-anak buah yang lain.

Tak percaya ke? haaa..tengok gambar kat bawah ni :





Haaa kan??? sungguh berselera mereka menikmati lauk pengantin. HAHAH!
4) Sayur Campur Goreng

Bahan-bahan sayur campur.



Standard biasa saya masak untuk suami dan anak-anak. Lebur jer la semua dalam kuali yer dak? hehehe...

5) Buah-Buahan

Antara buah-buahan yang digunakan adalah ; anggur tanpa biji, tembikai, orange sunkist dan kiwi. Yang pastinya, semua pun manis-manis and boleh ditelan sampai licin. Eat clean sangat!







Alhamdulillah...walaupun tugas bidan terjun chef masakan pengantin penat. Tetap berpuas hati dengan hasil air tangan sendiri. Dah ada pengalaman, nanti InshALLAH kalau sihat tubuh badan, boleh la buat lagi. Congrats Abe and Fida di atas pernikahan anda berdua. Kak doakan semoga kekal hubungan suami isteri ke syurga. Amin ya rabbal alamin. 

Nah belanja pictures kawen korang. Photos taken by yours truly :)






 

 

You Might Also Like

3 comments

  1. wah hebat juga walaupun jd bidan terjun...lpr plak tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  2. sedap2 nengok... masakan mcm ni pun nampak dh sedap untuk di makan ...

    ReplyDelete
  3. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete