Review D’ Star Brew Cafe Di I-City Shah Alam Berkonsepkan Laundry & Coffee

By Sunday, October 06, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Jika berkunjung ke I-City Shah Alam di Seksyen 7 jangan lupa singgah di sebuah kafe di level UG. Cafe ini sebenarnya sekali dengan dobi. Takda la besar mana pun dan konsepnya memang terbuka. Ada sebuah bilik kecil yang tertutup dan berhawa dingin. Mungkin untuk mereka yang mahukan privasi.

Tulisan ini di sebelah bahagian atas. Kena dongakkan kepala kalau nak ambil gambar tulisan "D'Star Brew " .

Apa yang menarik tentang cafe ni?

Semestinya kopi latte, cappuchino dan mocha lah yang menjadi pilihan kami.
Simple jer keadaan dalam kedai dia. Tapi pada saya dah OK sangat sebab konsep less is more tuh memang kena dengan citarasa kami.
Kalau korang penggemar kopi dan ada di persekitaran I-City ni, jangan lupa singgah sebentar di Star D'Brew Cafe yer. Sedap lah pada tekak kami berdua ni.
Berkonsepkan Laundry & Coffee. Nak jadi orang dalam bidang perniagaan ini pada saya kena jadi kreatif dan fikir lebih untuk jadi lain dari yang lain. Contohnya, derang buka laundry sekali dengan kafe. Coffee pulak bukan yang biasa-biasa.

Anak-anak order kek sorang sepotong. Dan rasanya juga not bad tau!
Antara desserts yang ada di sini. Donut pun kami pernah cuba juga dahulu. Manis la kan tapi kalau dinikmati dengan kopi latte panas, sedap kot!

 Ini antara menu-menu yang ada. Yang heavy macam pasta, sausages tuh kami belum cuba lagi.


Small room with air-condition for those who likes privacy. Hehehe... Owh anyway! walaupun ada ditulis "Wi-Fi" tapi sebenarnya, tak dapat connect pun. Sebab line communication is too bad due to so many tall buildings around.
 Hannah is enjoying her cake.
Us. We'll definitely come again. InshaALLAH.

Kesimpulannya, kalau nak mendobi yang makan masa almost one hour ( basuh dan kering ) boleh lah duduk kat sini sambil buat kerja or menikmati kopi dan sepotong kek. Cuma, kualiti dobi tuh saya tak dapat nak komen OK ke tak sebab saya belum cuba lagi perkhidmatan dobi di sini.

p/s : Lagi satu cafe ini bukan dalam mall I-City Sentral tu tau, ini memang dalam kawasan apartment I-City tuh.   Boleh refer sini untuk alamat yer :

B-UG-3A UPPER GROUND FLOOR LEVEL I-SUITE CENTRALWALK, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

That's All and Thank you for reading

 

You Might Also Like

1 comments

  1. Bestnya!! Area tempat azwar duduk ini tak ada lagi. Bagus dia buat konsep macam ini ;)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.