Kelebihan Kelas Cambridge English di Akademi Alfan Bandar Kinrara, Puchong.

By Monday, November 18, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Sudah hampir setahun saya buka kelas English Cambridge di Pusat Tusyen Akademi Alfan di Bandar Kinrara, Puchong. Tak sangka, selama ini juga saya bertahan dengan 'kerjaya' baru saya ini. Semenjak pulang dari Jepun 3 tahun lalu, saya banyak mencuba membuat itu dan ini. Menjahit, mengambil gambar dan bergiat aktif dalam blog ( pergi event sana sini) . Tapi nampak gayanya, tiada satu pun yang betul-betul mampu bertahan selama setahun.



Sehingga suatu hari, saya terfikir untuk mengajar English Cambridge di sekolah anak saya belajar. Dipendekkan cerita, akhirnya saya sendiri yang mendapat peluang untuk membuka kelas English Cambridge ini kepada orang awam di sekitar Bandar Kinrara.

Alhamdulillah, ntah bagaimana saya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang nak atau pun tidak, saya terpaksa bertahan tidak quit seperti yang sebelum ini.

Bak kata husband saya, mungkin tiada motivasi ataupun push factor untuk saya istiqamah dalam sesuatu pekerjaan tersebut.

So, mesti ramai parents di luar ini yang mencari enrichment class buat anak-anak mereka. Mungkin ada parents yang pernah buat survey dari segi yuran, kaedah pembelajaran , suasana dan siapakah guru yang mengajar .

Semua perkara-perkara pada saya perlu dititik beratkan. Namun hasil akhirnya adalah kita perlu tanya diri kita sendiri apakah objektif sebenar ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sesuatu tempat pembelajaran tersebut.

Yuran :

Berpatutan sangat jika dibandingkan dengan pusat pembelajaran bahasa yang lain. Monthly, bayaran di antara RM110 - RM120. Dan yuran pendaftaran untuk new enrollment termasuk buku-buku adalah kurang daripada RM300. Kalau existance students hanya perlu bayar buku-buku sahaja. Cuma, semua pelajar diwajibkan untuk menduduki placement test untuk mengetahui 'level of ability'

Buku-buku yang digunakan untuk Starters level
Level of abilities

Semua students akan dibahagikan mengikut level ability msing-masing. Sebab itu, dalam level Starters terdapat students yang berusia 11 tahun. Manakala, di level Movers pula terdapat students yang berusia 8 tahun.

Percayalah, semua kanak-kanak termasuk kita orang dewasa mempunyai tahap pengetahuan ataupun kemahiran dalam sesuatu bidang yang berbeza-beza. Banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi perkara ini. Antaranya, anak-anak yang dalam kategori 'strong learner' mungkin pendedahan mereka terhadap bahasa Inggeriss ini lebih awal dari 'weaker / intermediate learner'. Selain itu, kemungkinan juga ibu-bapa mereka menggunakan OPOL di rumah ( One parent one language ).


During the placement test
Menggunakan CEFR

CEFR is stand for Common European Frame Reference. Satu 'framework' yang telah dibangunkan dan dikeluarkan oleh Council European in 2001. Framework yang digunakan ini membantu untuk menjelaskan tentang sejauh mana kebolehan pelajar  merangkumi aspek-aspek berkut :

1) Menulis
2) Mendengar
3) Bercakap
4) Membaca

Aspek-aspek di atas kemudiannya dikelaskan kepada enam bahagian seperti berikut :


Programme yang saya jalankan sekarang adalah untuk Y.L.E iaitu Young Learner English. Di mana pelajar-pelajar saya 98% adalah terdiri dari pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah menengah pun yang ada berumur 13 tahun. Mereka berada di dalam level movers dan flyers.

Terdapat tiga level untuk Y.L.E - Starters, Movers & Flyers.

A range of exam to meet different needs
Kaedah pembelajaran :

Rasanya ibu-bapa sudah sedia maklum bahawa anak-anak di standard 1-3 telah menggunakan buku text English Cambridge. Di mana ianya menekankan 4 aspek kemahiran yang dititik beratkan. Seperti yang saya beritahu di atas.

Dengan bilangan pelajar yang tidak ramai, aktiviti-aktiviti seperti ini speaking task contohnya, dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sekaligus, saya rasa dapat memberikan sokongan serta galakan kepada para pelajar di dalam kelas.

Saya juga cuba memastikan dalam lesson plan saya ada aktiviti stirrer ( aktiviti yang banyak menggunakan motor skill seperti berlakon, me )  dan settler ( aktiviti seperti menulis, mewarna dan membuat poster.

Seperti minggu lepas, para pelajar saya membuat aktiviti back on board . Mereka menggunakan teknik mime and gestures untuk memberi clue kepada ahli kumpulan mereka bagi meneka apakah perkataan yang saya tulis di papan putih. Memang seronok dan meriah!

Suasana pembelajaran:

Apabila para pelajar berada di dalam level yang "sebenar", mereka akan lebih berkeyakinan dan enjoy dengan aktiviti pembelajaran. Anak-anak tidak dipaksa begitu sahaja  untuk membuat sesuatu perkara yang mereka tidak tahu . Guru-guru punya masa untuk membantu dan memberikan sokongan kepada para pelajar.

Mereka juga akan diberikan ujian megikut unit dan juga skill test selepas habis sahaja setiap unit yang mereka pelajari.

Pada akhir tahun iaitu pada bulan November - December setiap tahun, para pelajar yang berminat akan menduduki Cambridge Exam. Yurannya agak mahal tetapi berbaloi kerana para pelajar akan medapat sijil dari pihak Cambridge sendiri.

Contoh sijil dari Cambridge

Hannah, Umair dan Uwais juga saya hantar mereka ke kelas Cambridge di SRIIPUJ. Alhamdulillah, Uwais yang pada asalnya takut-takut untuk berbahasa Inggeris, namun sekarang dia lebih berkeyakinan. Mungkin persekitaran juga memainkan peranan.

InshaALLAH, beberapa orang students saya dari Akademi Alfan dahn SRIIAC akan menduduki Cambridge Exam pada 24th November nanti. Doakan mereka ya!




You Might Also Like

1 comments