Pertama Kali Kami Ke Pusat Kitar Semula Percint 9, Putrajaya.

By Saturday, November 09, 2019 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Akhirnya 10 liter minyak masak terpakai, sekotak buku-buku yang tidak digunakan lagi telah selamat kami hantar ke pusat kitar semula Persint 9 di Putrajaya. Sudah lama menyimpan hasrat yang terpendam di dalam jiwa ini nak ke sana. Teringin sebenarnya melihat bagaimana keadaan rupa pusat kitar semula ini.

Dari Puchong nak ke sana ambil masa lebih kurang 30 minit juga. Jadi, make sure angkut lah semua barang yang boleh di recycle. Baru lah berbaloi!


Yang disumbat dalam boot kereta

Masa kami sampai sana tuh dalam pukul 3 ptg lebih. Ada jugalah sorang, dua yang tujuannya seperti kami.Staff mereka juga ada yang turut membantu untuk unloading kan barang-barang tuh. Lepas tuh terus diletakkan di atas pemnimbang dan seorang petugas di kaunter mengisi borang dengan butiran yang diperlukan.

Barang-barang perlu ditimbang terlebih dahulu
Jumlah hasil pendapatan pada hari itu adalah sebanyak RM14.89. Yeayy!!
Pusat Kitar Semula di Persint 9 ini beroperasi setiap hari bermula pada pukul 8:30am - 5:30 pm. Waktu rehat adalah dari pukul 1:00 - 2:00 pm. Kalau hari Jumaat rehat pukul 12:30 - 2:30pm. Ianya ditutup pada setiap hari cuti Public Holiday.

Honestly, Ini pertama kali saya menjejaki tempat pusat kitar semula yang kemas dan teratur begini. Mungkin perlu lagi diperbanyakkan di kawasan-kawasan selain Putrajaya.

Yang ini pula khas untuk kain baju .

Kempen 3R
Balik dari persenit 9 saya bawa anak-anak singgah di IOI Mall Putrajaya. Hannah minta belikan pencil case typo sempena dapat exam num 1 baru-baru ini. Oklah, mama pun dah janji nak belikan kalau dia dapat num 1 dalam kelas hari tuh.

Kalau dulu peminat barang Smiggle, sekarang dah beralih arah ke Typo pula. Minat pun agaknya berubah-ubah mengikut usia dan pemikiran kan?

Dah dapat pencil case Typo, kami ke Toast Box pula untuk menikmati roti dan secawan kopi. Kopinya memang terbaik lah! Kalau korang datang sini, jangan lupa ya order kopi panas Toast Box ni. Lainlah rasanya dari kopi Costa, SF mahupun Starbucks. Sebab ini kopi kampung. Hehehe~

Hannah dan pencil case Typo nya. Besar dah Hannah kan?
Itu sahaja cerita hari ini. Semoga dapat meneberikan manfaat kepada semua. Selamat mengitar semula yer kawan-kawan!




You Might Also Like

0 comments