Resepi Homemade Kuah Putih Spaghetti Carbonara

By Saturday, November 23, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Kerajinan melanda diri ini untuk buat sendiri kuah spaghetti carbonara minggu ini. Jujurnya, saya rasakan kuah yang sedia ada dalam tin masin tahap mengaum! 😂😂😂😂 . Kena letak air macam sebaldi kot baru hilang rasa masin tuh. Tapi, kalau letak air banyak nanti cair pula kuahnya kan.

Lagi satu sebab the boys sedang berpantang sunat. Sedaya upaya bagi makanan yang sihat. Istilah berpantang tuh tak ikutlah sangat memandangakan mereka masih lagi kanak-kanak yang memerlukan makanan yang cukup zat untuk tumbesaran. Agak-agak kalau kita bagi derang makan ikan gelama masin tuh, boleh tak tekak nya telan eh? HAHAH~~

Saya terjumpa resepi ini blog orang lain juga iaitu di sini : http://www.enyabdullah.com/2015/06/spaghetti-sos-putih-cendawan-menu.html.

Terima kasih enyabdullah atas perkongsian resepi yang menyihatkan ni. Anak-anak memang suka sangat makan! Bertambah-tambah.

Tanpa banyak membebel, ayuh kita semak bahan-bahan dan cara membuat resepi kuah putih spaghetti carbonara ini yer.

Bahan-bahan :

1/4 cawan butter
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Cairkan butter di dalam kuali. Masukkan tepung gandum dan kacau-kacau hingga adunan masak. Agak-agakjer la yang ni yer. Dalam 5-10min menggunakan api yang sederhana kecil.

Kemudian, masukkan susu segar dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Jangan lupa masukkan garam dan lada hitam.

Setelah adunan menjadi pekat, boleh matikan api.

Bahan-bahan kuah carbonara

3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar holland saiz sederhana - dicincang
Isi ayam - dihiris nipis / dipotong dadu
Sosej ( jika berminat )
Cendawan segar - dihiris nips
Garam
Serbuk thyme / oregano
Minyak zaitun untuk menumis
Cheese secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara 

Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
Masukkan pula isi ayam, sosej dan cendawan
Masukkan sedikit air
Tutup kuali sebentar
Masukkan semua kuah putih tadi
Kacau-kacau sehingga semua sebati
Masukkan air jika kuah masih pekat ( Actually, kuah ni pada suhu bilik akan mengeras. Maksudnya, kena sentiasa panaskan kuah ni kalau nak makan )
Masukkan serbuk thyme / oregano
Masak lagi sehingga kuah mendidih
Matikan api

Dalam periuk yang besar, rebus spaghetti sehingga masak. Saya menggunakan 'vermicelli' type. Lebih lembut dan sedap untuk dikunyah dan ditelan. 😃


Pati kuah putih. Pekat likat.
Ada hirisan ayam, hirisan cendawan dan sosej. Nyums!
Sedap dan sihat. Tiada lagi ngauman masin itteww 😂
Berselera abang makan dan siap bertambah lagi tau. Tak tunggu ke petang, kakak balik sekolah terus licin licau. Memang laku keras menu ni.

Korang nanti silalah cuba di dapur rumah sendiri, mahupun di dapur mak ayah ataupun dapur keluarga mertua. Hehehe...

Sesuai dijadikan sarapan pagi, lunch mahupun dinner. Nak buat potluck kurang setuju sebab kuah dia tuh sedap kalau masih panas sebab kalau dah sejuk nanti die jadi keras mengejung. 😂

Ok korang, that's all for now. Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. menariknya boleh buat sos carbonara sendiri. tq share. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. dana pun selalu guna resepi macam nih, cuma akan tambah 2 slice cheddar cheese... buat sendiri pun sedap jugak kan...

    ReplyDelete