Cara Cash out duit Google Adsense melalui Western Union di money changer.

By Wednesday, December 04, 2019

Assalammualaikum w.b.t

Pertama kali dalam berblog, dapat habuan dari Google Adsense. Makan tahun juga untuk cukupkan certain amount sebelum berjaya di cash out kan.  Blogger lain mungkin ada yang dah berkali-kali terima USD dari Google Adsense. Rezeki masing-masing. Kalau rajin update blog dan pandai main dengan SEO. Lagi cepat kot masyuk duit dari Google Adsense.

Sebelum ni, saya survey ramai yang cash out guna Western Union melalui bank. Kisahnya, minggu lepas saya dan anak-anak ke KLCC atas urusan Hannah ada workshop bersama Petronita. Alang-alang dah ada di sana, saya pun decide untuk cash out kan duit saya tuh di Maybank ataupun CIMB Bank.

Money changer yang terletak di level concourse ( C41B) . Masa urusniaga mereka bermula dari pukul 10:00am.

Malangnya, tiada perkhidmatan Western Union di CIMB Bank. Lantas saya terus ke RHB pula sebab dua buah bank ini memang berjiran. Jalan 10 langkah dah sampai. Tapi, sistem mereka ketika itu down pula.  Pegawai tu pun memberikan cadangan supaya saya ke money changer yang lokasinya juga berdekatan dengan RHB. Bukan yang satu di Utara dan satu di Selatan tu yer.

Tapi sebelum tu, ada few things yang korang kena buat before pergi ke money changer. Boleh follow langkah-langkah di bawah ni ya :

1) Pergi ke akaun Google Adsense dan click "payment"

2
2) Click pada view transaction
Kat situ ada tulis status paid (11/24/2019) Means, dah boleh keluarkan dah duit tuh.
3) Print payment receipt seperti di bawah :
Number MTCN tuh sangat diperlukan. Make sure nama and alamat sama seperti di atas MyKad ya.
4) Sediakan MyKad, and nanti dia minta tulis phone number dan akan tanya apa pekerjaan kita. Saya jawab jer, Blogger. Orang di kaunter tu tak tanya banyak pun. Paling best, form dia isikan. Nanti korang kena sign form tuh. Make sure baca dulu form tuh sebelum korang sign ok!
5) Tunggulah dalam 5 minit macam tuh and lepas tuh nanti dapat lah duit! Yeayyyy~~~

Last sekali, korang akan dapat duit bersama resit ni yer.
Masa dapat duit ini rasa happy sebab first time dapat duit hasil dari menulis di blog. Usaha titik peluh sendiri ( walaupun takder pun berpeluh sebab bukan membajak pun ) HAHAH!

Benda macam ni buatkan saya kembali bermotivasi untuk terus menulis. Bukan apa , kadang tak tahu nak tulis apa and mood pun biasalah kan. Adakalanya, kalau kita dah terlari fokus buat benda lain. Maka, terabailah sekejap blog ni. Huhuhu...

That's All and Thank you for reading



You Might Also Like

0 comments