Kuih Siput Resepi Emak.
Assalammmualaikum w.b.t
Kali ini saya kongsikan resepi dan cara-cara nak buat kuih siput. Balik kampung baru-baru ini, emak saya ada buat stock kuih siput ni satu balang kecil tapi tak sampai sehari jer dah habis kena makan dengan cucu-cucunya. Memang sedap sebab bahan-bahannya asli serta tiada penggunaan bahan pengawet dan semestinya dibuat dengan kasih sayang. Hehehehe!
Bahan-Bahan dan cara membuat :
8 senduk kecil tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari, 1 sudu besar serbuk cili, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil black pepper (optional)
Ambil pula 3 sudu besar udang geragau. Basuh cuci dan toskan. Kemudian, masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk bersama-sama geng bawang.
Sambung tumbuk sehingga lumat. Bila dah sekata, curahkan 1/4 cawan air ke dalam geng bawang dan geragau tadi. Boleh juga letakkan secubit garam dan kacau sehingga menjadi sehati sejiwa.
Inilah rupa keadaan campuran geng bawang + air + geragau bila bersatu.
Langkah seterusnya, panaskan 1/4 cawan minyak. Nak panaskan lebih sket pun boleh tapi masa nak curahkan atas tepung tu nanti, kena agak-agak. Tak boleh terlalu banyak nanti adunan bila goreng jadi kurang rangup. Just nice yer puan-puan~ . Bila minyak dah panas, slowly and carefully...curahkan di atas tepung gandum tadi. Ambil sudu, kacau rata. Then, bila dan agak 'sejuk' sket, dengan menggunakan hujung jari, gaul adunan untuk jadikan ianya seperti bread crumbs. ( Maaf la, gambar tade sebab sibuk uli tepung ) . Then, baru masukkan bancuhan air geng bawang dan geragau tadi. Gaul sebati sehingga terbentukya doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Sekarang, boleh la kita mulakan acara untuk membentuk kuih siput ni. Tekniknya, ambil secubit dan tekankan atas acuan papan khas macam kat dalam gambar tuh. Nak buat saiz besar mana boleh ikut suka la yer. Hehehe..
Boleh juga minta tenaga buruh kecil untuk membantu membentuk kuih siput ni. Kena tekan dulu, gulung dengan jari sambil tolak terus ke depan.
Budak besar ni, memang excited kalau minta tolong buat sekali. Boleh improve derang punya soft motor skill gitu.
Sesuai dengan nama dan rupa kejadian, kuih ini juga sangat slow proses untuk membentuknya. Siput oh siput!
Kemudian, bolehlah kuih siput tadi digoreng dengan menggunakan kaedah 'deep fry'. Emak pesan, api kena sederhana jer and masa mula-mula masuk tuh, jangan kacau-kacau dulu sebab takut gulungan siput tuh terbuka pulak nanti. Tak cantik lah..tak bentuk rupa siput pula.Kang jadi sama macam papan acuan jer nanti.
Bila agak-agak dah nak kekuning kuningan, sila masukkan daun kari ke dalam minyak gorengan ni.
Kacau-kacau dan angkat. Toskan minyak dan biarkan dahulu kuih siput menjadi sejuk. Lepas tuh dah ready to eat dah. Memang tak sedar kalau makan kuih ni, tengok-tengok balng penuh dah tinggal separuh. Budak-budak ni, makan kuih siput macam makan nasi. Lagila kalau makan ramai-ramai. Memang berebut-rebut semuanya.
Ok!
Selamat maju jaya pada yang ingin mencuba.
That's all and thank you for reading!
:)
4 comments
Memang sekejap je kan habis kalaukuih macam ni, sedap buat kudapan masa tengok tv. Ehehe. Boleh try ni nanti tapi kena pi beli udang geragau dulu
ReplyDeleteadoi berbunyi pulak perut. sedap ni buat ngunyah sambil BW. hehehe. thanks share resepi :D
ReplyDeletesedapnya..nnti kalau rajin boleh la UA buat hehe
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeletecuma part nk bentuk siput tu perlu ksabaran nk siapkan
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.