Resepi Apam Susu Versi Bakar
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Pagi ini semangat tau saya buat kuih apam ni. Saje lah buat sebab husband balik rumah minggu ni. Cerita di sebalik kejadian kuih apam ini adalah bila adunan yang berselang seli warna tuh dah dimasukkan dalam loyang. Tapi saya tepuk dahi bila loyang tak muat dalam pengukus.
Pengukus lagi kecik dari loyang! aduhh..camane tuh? Seriously sebab pagi tadi memang nak cepat jer sampai terlupa nak ukur dulu saiz loyang tuh muat ke tidak. Sebelum ni , memang saya ukur dulu kalau nak masak anything dalam pengukus. Kalau kek cokelat ker memang saya pindahkan ajer masukkan loyang lebih kecil. Tapi sebab yang ini usaha tau..selang selikan warna tuh. HAHAHAH!
Cross finger. Dengan Bismillah..daku pun panaskan oven dan masukkan terus dalam tuh. Bakar dengan api atas bawah pada suhu 200 degree celcius. ( Depends pada oven )
Rase memang nervous sangat sebab takut jadi bantat. Sayanglah tepung dan bahan-bahan lain yang digunakan tuh.
Rase 40 minit tuh lama nya lahai. Sempatlah kemas-kemas dapur sediakan bento anak-anak sekali.
Ting!
Bila dah siap, test cucuk apam kat tengah. Fuh...nampak kering jer bila angkat cake tester tuh. Haraplah menjadi. Sementara tunggu kek tu sejuk kita buat kerja lain dulu lah yer.
Alhamdulillah..
lagi 10 minit budak-budak ni nak pergi sekolah, saya pun potong apam bakar saya tuh. Cantik kejadiannya! sungguh ceria dan berwarna-warni. Gembiranya bagai terkena jackpot. HAHAH! main jackpot pun tak pernah.
Resepi apam kukus ni senang ajer nak buat. Meh saya kongsikan kat sini.
Bahan-bahan (A)
2 cawan tepung gandum
1 sdb baking powder
Bahan-bahan (B)
4 biji telur
4 sdb minyak jagung
1 cawan gula castor
1 sdb ovalette
4 sdb susu pekat manis
1 sdb esen vanila
Cara-cara
Bahan A dicampur dan diayak. (Tapi saya tak ayak pun)
Bahan B - Putarkan dahulu telur bersama gula dan ovallete. Putar sampai menjadi gebu dalam lebih kurang 8 - 10 minit. Kemudian masukkan pula minyak jagung dan esen vanila. Akhir sekali masukkan susu pekat manis tadi. Teruskan putar dalam 1-2 minit.
Akhir sekali, ambil pewarna dan bahagikan kepada 4 bahagian. Titiskan warna tersebut di dalam setiap adunan. Kacau rata.
Ambil loyang dan tuang setiap warna berselang seli. Tuang on top of each other. Kalau kurang faham boleh search dalam youtube yer. Cari jer " resepi apam susu"
Selamat mencuba semua! pengajarannya..hidup ni penuh dengan 'surprise'. Selalu diuji dengan benda yang kita tidak tahu apa hasil akhir sesuatu perkara itu.
Konsep tawakkal sangatlah perlu digunapakai. Redha juga kalau-kalau sesuatu yang tidak kita inginkan berlaku kepada kita.
Salam Jumaat yang penuh barakah!
That's All and Thank You for reading!
8 comments
Nampak elok menjadi apam susu kak Nany. Sedapnyaa. Nanti nak try jugaklah buat :)
ReplyDeletensb akak tak tukar ke bks lain, kllu tak rugije dh susun color lawa2..
ReplyDeletemsti lps ni nk bt lg n lagi
Saye siyes tak reti kalau elok camne kek tu, kalau bantat camne. hahhaha
ReplyDeleteCantik nya warna apam tu kak. Anak2 mesti suka. Mesti satu rumah berbau sedap tu kak.
ReplyDeletekalerpuller... cantik
ReplyDeletewah menarik sangat tengok rupa apam ni
ReplyDeleteNasiblah cantik jugak kejadiannya ye Nany walaupun di bakar. Rasanya kalau bakar style yg ada air bawah loyang tu pun ok Nany...
ReplyDeleteAnak anak sure suka ni meriah warna hihi...
kalau zaman belajar org kte gambleeee hehe..alhamdulilah jadi.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.