Resepi Kek Oreo Kukus Cuma Dua Bahan!
Balik dari sekolah hari Khamis lepas, sebelum masuk ke dalam kereta Uwais dari jauh dah tersenyum-senyum.
Masuk jer dalam kereta terus dia bagi sehelai kertas dan di atas kertas tuh tertulis lah satu resepi kek. Katanya , teacher kat tadika dia baru buat and teacher suruh mak buat kat rumah. HAHAHAH!
Kemain tau, Uwais punya cerita cakap kek tuh sedap sangat mama! ada coklat chip kat atas dia. Bila kutelek resepi tuh dalam hati cakap. Eh! 2 resepi jer? biaq betoi. Lantas apa lagi kan..mama pun terus jer google resepi "kek oreo kukus".
Ting! iyer la..memang betul ada dan pernah jadi viral juga kot tapi tak pasti tahun bila. Uwais pun apa lagi kan...suruh terus beli bahan nak buat katanya. Okeylah, kebetulan mama pun puasa hari tuh. Singgahlah 99 Speedmart dekat rumah tuh untuk beli dua bahan ini.
Dua watak utama untuk kek oreo ini terhasil adalah biskut oreo dan air susu perisa coklat. Langkahnya pun sangatlah mudah.
Saya guna 2 peket biskut oreo yang berat kalau satu peket tuh 137gram kalau tak silap. Untuk 2 peket biskut oreo tuh, saya guna 200ml air susu berperisa coklat.
Kisar halus biskut oreo tuh sekali dengan fillings dia. Saya gunakan food processor. Kemudian apabila semua sudah hancur, masukkan pula air susu berperisa coklat tadi. Kisar sekali lagi sampai semua sebati.
Lepas tuh, boleh tuang ke dalam loyang yang sesuai dengan saiz periuk pengukus masing-masing. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu then boleh lah dimakan begitu sahaja. Kalau rajin, boleh jer nak letak topping krim coklat.
Kek oreo cuma 2 bahan sudahpun siap. Senang dan mudah! |
For me rasa dia just nice. Takderla sedap sangat and anak-anak suka jer makan sampai habis licin. Next time maybe saya nak letak topping pulak kot. |
Thanks all for reading!
4 comments
senangnya resepi kek ni :)
ReplyDeleteutk org yg mls mcm dana mmg sukalah kek jenis yg mudah2 ni kak... insyallah ada mood membaking n rajin, nk try jgk la hhhehe...
ReplyDeletemudah sangat tu 2 bahan je, pernah tengok resepi ni tapi tak pernah cuba pun buat
ReplyDeleteSedapnyaaa kak Nany, makan dengan aiskrim vanilla memang ngam. Heheh.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.