Torte By Linda - Kafe Halal Russian Cake / Dessert

By Monday, December 09, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Cafe yang terletak di Bandar Kinrara 5 ini sangatlah mudah untuk dikunjungi. Korang boleh jer naik LRT and turun di Stesen Kinrara BK5. Dari situ, hanya berjalan kaki menggunakan jejantas yang disediakan. Jika yang menaiki kenderaan sendiri boleh waze ataupun google map "Torte By Linda , Eight Kinrara".

Sampai sahaja di sana, boleh parking di dalam parking khas yang disediakan iaitu di dalam bangunan Eight Kinrara residence. Kami kebiasaannya memang parking di bawah bangunan tu.  Kalau nak park di luar juga tiada masalah. Cuma, memang selalu penuh dan payah nak dapat parking kosong.

Apabila sampai, sila naik escalator / lift ke level G. Kafenya tidak terlalu luas tapi suasana dan keadaan di dalamnya sangat sesuai jika hendak menikmati hidangan kek yang disajikan bersama kopi panas.

Di hadapan cafe Torte By Linda
Torte merupakan bahasa Russian dan cara untuk sebutnya adalah "tawt". Torte adalah bermaksud cake / pie.
Antara jenis honey yang dijual. Di sebelah kanan,  dalam balang besar ala-ala dalam cerita Winnie The Pooh tu adalah merupakan hohey juga. Harganya RM150 sebalang.
Menu pada hari tersebut
Kemas tersusun rapi
Russian dolls that keep getting smaller.After I searched from Google, they are also known as Nesting Dolls or Matryoshka.
Muraveinik - Kami ambil one piece dulu untuk try. Takut nanti tak masuk tekak, tak habis. Membazir.
Oreshki yang saya sangkakan seperti kuih Madeleines ( bahulu France ) Hahaha! Tapi memang lain dan tak sama rupanya.
This is Muraveinik. I think 99% made from nuts and the rest are sugar or honey. Tapi rasanya seperti biskut yang lembut dan chewy. Ok juga rasanya not bad!
Rupa dalam isi oreshki . Tesktur luaran oreshki ini tidaklah lembut seperti kuih bahulu ataupun kek. Tetapi, tidak juga terlalu keras seperti biskut. Ianya masih boleh digigit manja oleh sesiapa yang memakai braces. Yang tak pakai braces tuh, bebas nak gigit camane pun. 😂
Filling oreshki tuh of course manis. Tapi, tak boleh nak descibe apa flavour filling tuh selain manis. Saya google resepi, filling tu dibuat dari susu pekat manis dan butter. Tapi, bab warna dia berubah jadi coklat tu...tak berapa nak faham. 😅Yang pasti, habis jugalah empat ketul oreshki tu dinikmati oleh kami 5 orang.

Seterusnya, kami order kek klasik Medovik ataupun honey cake. Sedap ya amat! Rasa kek-kek Russian ni lainla dari kek Secret Recipe tuh. Tak heavy sangat dengan krim mewah. Tapi masih sedap dan kena lah dengan tekak kami anak-beranak ni.
Milky cake. Sama lebih kurang seperti Medovik kek tadi. Rasa sangat 'kesusuannya' kek ini. Pun sedap juga!
Prazdnichniy bermaksud - festival dan yang seangkatan dengannya. Belum lagi sempat nak rasa. Maybe next time pula, InshaALLAH.
This cake also will be putting in our next-time-list.
Because someone is craving for something cold and sweet! Nah~~~ korang kongsi 3 orang yer anak-anak.
And we both orang tua decided to drink capuccino and mocha. Terbukti bahawa memang sesuai kopi pahit and tawar ni dinikmati bersama dengan kek-kek dan kuih-muih Russian tuh.
So, hereby is the total that we've spent at Torte By Linda and please take note that, the total amount is excluding oreshki and muraivenik. Sebab I beli kemudian, after rasa kat perut ini masih ada ruang-ruang kosong untuk disi. HAHAH!

Last but not least, Hereby is the LRT  Kinrara BK5 station. Please use the pedestrian bridge and walk from the station to the cafe.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. terliur tengok kek tuh, sebab cantik je layer per layer tu nipis je...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa nampak kek tu, tapi jauh lah pulak nak pergi

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.