Biarpun musim membuat biskut sempena musim perayaan sudah berlalu, tetapi saya masih memerlukan oven untuk memasak kek roti dan biskut. Saya ambil masa juga 'menyiasat' apakah jenis oven termasuk jenama, harga , saiz dan kualiti.
Oven lama saya sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan dan sudah tiba lah masanya untuk ditukar kepada yang baharu. Dengan oven yang lama, masa yang diperlukan selalunya lebih daripada 1 jam untuk memastikan kek betul-betul masak! memang buang masa sungguh rasanya. Dan ini adalah penyebab utama juga mood untuk memasak kek merudum ke laut dalam.
Setelah saya menilai, melihat review di Shopee, melihat video di Youtube akhirnya saya membuat senarai beberapa oven yang menjadi pilihan di hati.
Kesemua pilihan oven-oven di bawah adalah dalam lingkungan perbelanjaan saya. Kriteria utama adalah, saiz oven itu sendiri. Ini adalah penting kerana ianya sangat membantu dalam menjimatkan masa memasak. Terutama jika saya mahu membuat kek yang berlapis ataupun bertingkat-tingkat.
Senang sangat jika dapat masuk kesemua tiga atau dua baking tray terus. Disamping ianya mampu menjimatkan masa, kek juga akan masak dengan sekata.
1)
|
|
2)
|
|
3)
|
|
5)
|
|
Saya lantas menhubungi kedai RAKAN yang terletak di Seri Kembangan berdekatan dengan Pasar Borong Selangor. Mujur oven idaman ini masih ada dan saya puas hati sebab dapat lihat dan periksa sendiri oven ini sebelum dibeli. Harga di kedai sedikit murah jika dibandingkan di atas talian.
Jika tidak silap, oven ini berharga RM369.
Untuk melihat lebih dekat dan terperinci oven 46 liter yang sudah saya beli, boleh lihat di channel youtube saya di sini ya :
That's all and thank you for reading!

housemate tengah cari oven
ReplyDeleteboleh lah suruh dia rujuk dekat sini
terima kasih atas perkongsian
sama-sama...selamat memburu oven ya! hehe
DeleteBolehlah mengoven makanan dan kuih setiap hari
ReplyDeleteSetiap hari tu tak lalu nak pakcik..haha! Dua minggu sekali OK..
Deletepuas hati bila dapat apa yang di idamkan kan kak... teringat oven buterfly yang guna dengan api gas tu... dana pun pernah try heheheh...
ReplyDeleteWahh oven baru, makin rajin lah kak Nany membaking lepas ni.
ReplyDeleteBole bagi add or contact media/rakan di pasar boring Selangor?
ReplyDeleteKembangan Partner Market - Partner Ent Sdn Bhd
DeleteUnit 1,2,3,4, Lot 49053, Jalan Putra Permai, Taman Putra Permai, 43300 Seri Kambangan, Selangor, Melaysia
Tel: 03-8941 0699 Fax: 03-8941 2399
Macam mana nak menggunakan suhu utk membakar kek.. api atas bawah macam mana logo dia... Haritu saya buat tak jadi kek sy😅😅
ReplyDeleteLogo 'api'. Pusing tombol ke arah logo api atas dan bawah.
DeleteLoyang 8.5' muat berapa?
ReplyDeleteatas satu, bawah satu. Tapi tak cantik kejadian keknya. Tak balance. huhuh..............
DeleteHi sis nak tanya kalau loyang 8" petak muat masuk berapa loyang
ReplyDeleteHi, macam mana nak tahu mana satu api atas bawah ye? Saya first time nak pakai oven heheh terima kasih
ReplyDeleteKlu loyang bulat saiz 6" msuk lbih dr satu loyang cantik x masaknya?
ReplyDelete