Resepi Tauhu Kukus Yang Sedap Dan Sihat

By Saturday, September 26, 2020 ,

 Assalammualaikum 

Kadang saya buntu garu kepala kerana selain digoreng tumis bersama sayur kubis, tauge , kacang panjang ataupun dimasukkan ke dalam masakan lemak. Paling tidak pun, kebiasaannya saya akan membeli seketul sahaja tauhu untuk dijadikan 'bahan sampingan' ke dalam mee goreng ataupun bihun goreng.

Secara tiba-tiba saya teringatkan menu yang sangat sedap di "Chicken Rice Shop" iaitu tauhu kukus yang atasnya ditaburkan dengan ayam cincang bersama sos apa pun saya tidak pasti. Tetapi gabungan tauhu yang lembut juga ayam cincang yang berperisa itu memang buatkan saya teringat-ingat menu yang satu ini.

Gabungan tauhu dan ayam adalah sangat tinggi kandungan protein. 

Menu yang seimbang
Lantas, saya mencuba sendiri di rumah. Jom kita semak bahan-bahan dan cara untuk memasak tauhu kukus yang sedap ini.

Bahan-bahan :

1) 3 - 4 keping tauhu

2) 1 keping dada ayam

3) 2 ulas bawang putih

4 ) Separuh bawang Holland

5) Sos tiram

6) Kicap Mee ( Brand Tamin )

7) Cendawan Shitake 

8) 1 biji cili hijau 

9) Daun bawang / Daun sup - untuk hiasan

Cara-cara memasak :

1) Cincang halus bawang putih dan bawang besar Holland.

2) Hiris halus dada ayam. Cendawan Shitake dibelah empat dan kemudian dihiris halus. 

3) Cili hijau juga dihiris halus.

4) Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih juga bawang besar holland. Apabila sudah naik bau, masukkan pula hirisan ayam. Kacau-kacau sebentar. Masukkan pula hirisan cili hijau.

5) Masukkan 1 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar kicap mee. Kacau-kacau sebentar kemudian, perlahankan api dan tutup periuk.Tidak perlu untuk masukkan air kerana selepas ini akan dimasak sekali lagi bersama tauhu di dalam pengukus. Tunggu sebentar dalam 3 minit. Kemudia, matikan api.

6) Panaskan pengukus dan susun tauhu di dalam pinggan yang sesuai. Taburkan isi ayam yang sudah dimasak ke atas tauhu tersebut. Tutup pengukus dan biar di dalam pengukus dengan api yang sederhana. Masak dalam 20 minit. 

7) Boleh dihidangkan dengan taburan hirisan daun bawang / daun sup. 

Itu sahaja dan selamat mencuba semua!



You Might Also Like

1 comments

  1. menggoda menu tuh, dana apa-apa menu ada tauhu memang peberet

    ReplyDelete