Resepi Udang Masak Kam Heong Yang Sangat Sedap Tidak Mengecewakan.

By Saturday, October 17, 2020 ,

 Assalammualaikum w.b.t

Hilang idea kalau bab udang ini nak dimasak apa. Untuk dimasak lemak, hanya ada beberapa ekor sahaja. Rasa tidak berbaloi. Mahu digoreng kunyitkan, sudah biasa. Begitu juga dengan butter prawn. 

Saya pun mencari di internet menu apa yang boleh dimasak menggunakan udang selain dari menu-menu di atas.

Pencarian saya berakhir apabila menemui resepi di FB bertajuk Udang Masak Kam Heong. Melihat gambar nya sahaja sudah membuatkan saya terliur. 

Bahan-bahan yang digunakan pula tidak lah rumit serta cara memasak pun sangat mudah. Hati melonjak riang , deria rasa di lidah tidak sabar untuk merasa. Lantas, tangan bergerak laju menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Saya kongsikan resepinya yang saya ambil dari FB. Boleh lighat gambar di bawah ya. 

 


Saya tidak menggunakan sebarang cili disebabkan stok cili sudah hampir habis. InshaALLAH,  mungkin boleh digunakan cili di masa hadapan. 

Udang yang disalut dengan tepung jagung dan garam digoreng sehingga kekuning-kuningan. Saya tidak suka masak udang sehingga terlalu masak kerana nanti ianya akan kurang 'juicy' dan agak liat. Lagipun, udang-udang ini akan dimasak sekali lagi.

Kurangkan minyak yang digunakan selepas menggoreng udang tadi. Kemudian, tumis hirisan bawang putih dan merah juga daun kari. Biarkan sehingga kekuning-kuningan sedikit.

kacau serbuk kari, sos tiram, kicap, sos tomato dan sos cili. Saya hanya menggunakan 1 sudu besar untuk setiap bahan tersebut.Kacau sehingga sebati.

Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali bersama hirisan bawang yang ditumis awal tadi. Kacau-kacau sebentar. Jika mahukan sedikit kuah, boleh lah ditambahkan air. Kemudian masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Kacau rata sebentar. Tutup api dan boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Rasanya yang  ada masam, manis dan masin serta unsur kari di situ menyebabkan rasanya yang unik. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 

Saya juga baru tahu bahawa ayam, ikan, sotong dan ketam boleh dimasak Kam Heong juga.

Jadi, kalau asyik ulang masak menu yang sama boleh lah semua mencuba Udang Kam Heong ini.

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.