Wajarkah UPKK 2021 Diteruskan? Turut serta dalam petisyen ini jika anda tidak bersetuju.

By Friday, June 18, 2021 ,

Agak mengejutkan apabila JAKIM tetap mahu melaksanakan peperiksaan UPKK tanpa mengambil kira keupayaan pelajar-pelajar / guru-guru KAFA dan Ibu-bapa untuk membuat ulangkaji dan tugasan yang diberikan. 

Saya juga telah menulis email kepada YB Senator Dato' Dr Hj. Zulkifli dan juga pegawai-pegawai atasan di JAKIM. Email telah dihantar pada hari Isnin lepas, 14hb Jun 2021 tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum menerima balas.

Saya juga menyeru semua ibu-bapa yang anak-anak mereka calon UPKK 2021/ 2020 untuk menurunkan tanda tangan di petisyen ini tanda tidak bersetuju UPKK 2021 dijalankan.

http://chng.it/y4BtSHGhttp://chng.it/y4BtSHGK

http://chng.it/y4BtSHGK

Merujuk kepada Kenyataan Media dari pihak JAKIM bil.21/2021 berkenaan UPKK 2021. Pihak JAKIM sudah memutuskan untuk mahu mengekalkan perancangan asalnya bagi meneruskan penilaian UPKK untuk calon 2020 dan 2021.

Berikut adalah pandangan , persoalan dan cadangan yang saya harapkan agar dapat diberi perhatian dari pihak JAKIM.
 
Sudahkan pihak JAKIM membuat semakan bertanya status kepada guru-guru KAFA sejauh mana subjek amali ini sudah dilaksanakan? Walaupun dimaklumkan sudah bermula dari awal takwim persekolahan 2021 termasuklah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) dan Printah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) .

Tanyalah ibu-bapa sendiri berapa kerap mata pelajaran UPKK diajar dalam talian. Pihak JAKIM juga perlu cakna tentang isu peranti dan internet di rumah. Juga tolong tanya alatan mengajar guru KAFA samada mencukupi ataupun tidak? 
 
Sejauh mana keberkesanan perlaksaan UPKK ini jika diteruskan tetapi mengabaikan isu penting seperti yang saya sebutkan di atas.

Kemudahan asas – internet dan peranti.

Saya tidak pasti bagaimana JAKIM dan Kementerian Pendidikan berkomunikasi / bekerjasama kerana kita semua sedia maklum bahawa pembelajaran dalam talian akan berlangsung sehingga akhir bulan Julai 2021. 
 
Dan selepas itu, ianya bergantung kepada kes Covid-19 pada waktu itu. Persoalan saya, adakah pada waktu ini sudah pasti sekolah dibuka? Sedangkan Menteri Pelajaran sendiri sudah memaklumkan bahawa pembukaan persekolahan masih belum dapat dipastikan lagi.

Adakah kita semua selama ini tidak sedar bahawa penjagaan S.O.P di kalangan para pelajar adalah sesuatu yang mencabar untuk dikawal ? Jangan lah kes baru nak menurun, kembali menjadi serius dek kerana hanya kerana mahu UPKK tetap dijalankan.

Sudahlah calon tahun ini digabungkan dengan tahun lepas. Kesemua peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah sudah dibatalkan.

Kenapa UPKK masih mahu dijalankan ? Mengapa pada tahun lepas kes Covid-19 tidak sebanyak tahun ini dibatalkan, tetapi masih mahu dijalankan ketika kes sangat membimbangkan.


Untuk subjek khat, bagaimana secara efektif pengajaran ini dapat dilakukan oleh guru KAFA secara dalam talian? Anak saya pun belum lagi diajar pengajaran khat ini kerana saya pun tahu bukanlah mudah untuk guru Kafa mengajar secara dalam talian cara menulis menggunakan pensel khat .

Tajuk di bawah Penghayatan Cara Hidup Islam pula, terbahagi kepada empat bahagian. Iaitu – peradaban, ibadah, akidah dan sahsiah. Dukacita dimaklumkan bahawa boleh dikatakan semuanya perlu kepada hafalan semata-semata.
UPKK akan kekal relevan hanya pada waktu persekolahan biasa tetapi bukan lah pada waktu sekarang yang kita sedia maklum bahawa pembelajaran dalam talian tidak akan pernah sama kualitinya dengan pembelajaran secara fizikal. 
 
Janganlah nanti apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, terdapat penyataan tentang penambahbaikan pada peratusan lulus atau cemerlang kerana kita tahu bahawa hakikat sebenar apa yang berlaku.

Silibus UPKK adalah meliputi silibus dari tahun 3 – tahun 5. Bagaimana pihak JAKIM begitu yakin bahawa guru KAFA dan murid-murid dapat menghabiskan semua silibus ini di kala pembelajaran dalam talian pun ada masalah.

Cadangan saya , tolong lihat semula satu persatu bahagian amali tersebut,penghayatan cara hidup islam dan surah-surah hafazan. Mana yang boleh dikurangkan, tolonglah kurangkan. Janganlah membebankan murid-murid atas kepentingan lain.
 
Jika nak batalkan UPKK pada tahun pun lagi bagus. Pihak JAKIM dah boleh fikir apa cara atau jalan lain untuk gantikan UPKK ini bagi membantu pelajar-pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka ke sekolah / kelas aliran agama.

Akhir kata, saya dengan rendah diri memohon jasa baik agar pihak JAKIM mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan isu ini. 
 
Pendidikan agama bukan hanya dinilai di atas kertas ataupun amali yang keputusannya hitam ataupun putih. Ianya lebih dari itu. Mudahkan hal berkaitan penilaian terutamanya subjek agama kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah rendah .


You Might Also Like

0 comments