Ganti stok ayam dengan sayuran

By Thursday, June 30, 2022

Semasa saya 'scroll' laman FB Nutrisi KKM, terlintas resepi untuk membuat stok sayur ini.  

Disebabkan ianya kedengaran sangat mudah, maka saya pun cuba lah membuat Mirepoix ini. Bahan-bahan pun senang nak cari. Saya ikut sahaja cara memasak yang tertulis seperti di poster tersebut.

Untuk menumis, boleh gunakan pilihan minyak zaitun ataupun butter. Kali pertama, saya menggunakan butter sebagai penumis. Hasilnya mestilah lagi sedap kan? apapun, jaga kuantiti butter yang digunakan. 

1 sudu besar butter               : 100kcal

1 sudu besar minyak zaitun : 120kcal

( Ini hanyalah anggaran, boleh semak pada label nutrisi )

Saya menggunakan periuk tekanan tinggi. Ianya lebih baik kerana segala nutrisi akan terperangkap di dalamnya. Sesuaikan dengan 'mode' yang ada. Boleh guna soup/broth ataupun slow cook. Ikut fungsi periuk masing-masing ya.

Apabila sudah siap, boleh sejukkan dahulu. Kemudian, kisar semuanya ke dalam pengisar. Simpan di dalam bekas yang kedap udara dan simpan ke dalam peti sejuk. Kalau nak tahan lebih lama, boleh simpan ke dalam bekas kecil-kecil dan letak di bahagian sejuk beku bahagaian atas. 

Ini hasilnya. Tinggal banyak ini sahaja sebab dah guna separuh buat kuah pasta

Untuk pertama kali, saya gunakan stok Mirepoix bagi memasak sup pasta (spiral). Sangat mudah, saya masukkan 1 senduk stok mirepoix ke dalam periuk yang sesuai. Masukkan 1/2 cawan air, kemudian tambah 1 cawan pasta. Apabila hampir masak, boleh pecahkan telur ke dalam dan boleh jer nak masukkan hirisan ayam sebagai protein.

Sayur lain saya tak masukkan sebab fikir pati mirepoix ini pun bahan asasnya adalah sayur-sayuran. Jangan lupa masukkan secubit garam sebagai perasa.

Ini hasilnya :

Pasta spiral ini lambat sikit nak lembut. Saya tak suka makan yang kenyal sangat sebab baru jer tukar dawai besi braces dua tiga hari lepas. Lebih lembut, lebih nikmat! 😆

Lengkap hidangan yang ada makro dan mikronutrisi. Iaitu :

Karbohidrat

Protein

Lemak

Serat 

Vitamin.

Selamat mencuba semua! semoga ianya bermanfaat.




You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.