Bulan Julai sudahpun menjelmakan 'diri' nya. Hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sekolah akan dibuka. Hannah akan bersekolah dahulu memandangkan dia berada di tahun 6. Umair dan Uwais akan menyusul seminggu selepas itu.
Jadual harian saya akan kembali seperti sediakala. Tidak pasti samada hobi menjahit yang kembali berbunga ini akan dapat diteruskan atau pun tidak. Pasti akan dirindui masa 'percutian' yang hampir berakhir ini.
Kali ini, projek menjahit saya diteruskan dengan menghasilkan gaun muslimah kanak-kanak yang berusia dua tahun.
Ada dua pencapaian yang telah berjaya saya lakukan. Pencapaian pertama adalah pertama kali menggunakan 'bias tape' ataupun 'piping' pada pergelangan lengan dan juga bahagian leher. Bias tape ini saya beli ketika menetap di Jepun 4-5 tahun yang lepas.
Rupa-rupanya, ada teknik jika mahu menghasilkan 'bias tape' sendiri. Nampak mudah secara teorinya, tetapi praktikal nya masih belum pasti lagi bagaimana. Perlu lah mencuba sendiri jika ingin tahu tahap kepayahannya. Heheheh...
| Bias tape yang readymade sudah siap dilipat dan digosok. Hanya perlu untuk dilipat dua dan dijahit di atas kain. |
| Pastikan kain di bahagian belakang juga dijahit sekali. Kalau tidak, jenuh kena buka semula jahitan dan jahit kembali. |
| Hasilnya :) |
| Seronok melihat hasilnya.Gabungan warna memang kena sangat kan? |
| Ilmu baru adalah bagaimana untuk menghasilkan kedut-kedut di bahagian atas gaun . |
Pastikan guna tapak zip sorok ya kawan-kawan kerana ianya sangat-sangat membantu.
![]() |
| Mula-mula menjahit zip sorok, basi di kiri dan kanan tidak sama. Ok, tarik nafas dalam-dalam then, tetas lepas tuh jahit semula . |
![]() |
| Ok, dah sama dah basi kiri dan kanan. Tapi ada masalah lain pula ya kawan-kawan |
Tidak sabar mahu melihat si comel bergaya dengan baju hasil jahitan saya ini. Hehehe...
That's all and thank you for reading guys! see you next time InshaALLAH....




Comelnyaaa. Tahniah atas pencapaian baru dlm menjahit.Hehe
ReplyDeleteaduhhh cantiknya kak.... suka tengok orang tunjuk cara menjahit, dana suka tengok tapi minat menjahit takde kak, tak berani nak mencuba heheheh... cantik bila dah siap baju tu kak...
ReplyDelete