Proses Pertukaran ( Sekolah Rendah ) Dari Sekolah Agama Swasta Ke Sekolah Kebangsaan
Assalammualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari pertama Hannah di sekolah kebangsaan. Mama yang agak nervous memandangkan Hannah belum pernah merasai environment bersekolah di dalam kelas yang muridnya melebihi dari 40 orang. 😅
Harapnya , Hannah dapat sesuaikan diri, jumpa ramai kawan dan lebih berdaya saing secara positif dengan rakan-rakan sebaya.
Ada ramai yang pm tanya
"kenapa nak keluarkan Hannah from private school ke public school"
Masak nak menjawab
Itu kita buat entry lain kali pula yer. Sebab panjang cerita dan ianya lebih kepada pandangan peribadi dan secara jujurnya saya tidak mahu bias ke mana-mana pihak. Akan dikogsikan dengan secara jujur dan ikhlas. InshaALLAH
Baik,
Sekarang kita fokus on topic seperti tajuk entry di atas.
STEP #1 :
Recce sekolah mana yang korang planned nak masukkan sekolah anak korang tuh. Apa yang saya buat, tengok jarak dulu dari rumah. Kalau yang bekerjaya pun penting juga faktor geografi ini kan sebab seboleh bolehnya kita mahukan pusat pembelajaran / nursery / daycare anak-anak yang satu haluan dengan tempat kerja.
Pergi ke sekolah yang korang aim tuh dan jumpa guru besar / guru penolong kanan. Tanya bagaimana proses untuk menempatkan anak di sekolah tersebut. Kalau tak dapat jumpa guru pun. Tanya jer pada kerani tuh. Sambil-sambil tuh minta izin untuk melawat keadaan sekolah.
Saya pergi jengah library, toilet, makmal dan kantin. So far untuk tandas saya agak impressed juga sebab macam dah banyak improved dari zaman saya bersekolah dahulu. Lebih bersih dan wangi. Part tak best bila tiada penambahbaikan yg dilakukan seperti contoh, pintu takde sendal nak kunci.
STEP #2:
Pergi ke PPD ( Pejabat Pendidikan Daerah ) negeri masing-masing. Seperti contoh, saya mahukan sekolah di kawasan Puchong, berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Jadi, saya ke PPD di Seksyen 19 , Shah Alam.
Jika korang mahukan sekolah di Kuala Lumpur, jadi perlu ke PPD Kuala Lumpur. Yang saya tahu ada di Bangsar or Jalan Duta. Boleh check di FB atau google number telefon mereka.
Baritahu pegawai yang menjaga kaunter di situ tentang hajat korang ke PPD. Nanti dia akan bagi 3 salinan borang ASBS yang perlu dilengkapkan dan disertakan dengan salinan dokumen-dokumen peribadi seperti surat beranak, Mykid, Surat nikah / cerai, bil utiliti dan sijil berhenti sekolah.
Segala sijil-sijil ini perlu disahkan kebenarannya. Minta tolong kawan atau ahli keluarga yang berjawatan pegawai kerajaan untuk mengesahkan semua sijil tersebut.
Nota penting: Perlu buat sebanyak 3 salinan. Dan kesemuanya perlu disahkan.
STEP #3:
Bila borang sudah di tangan. Sila maklumkan kepada guru besar sekolah tempat anak korang sedang belajar untuk sediakan surat berhenti sekolah dan jangan lupa untuk minta sijil-sijil pencapaian yang lain.
Kalau anak korang tuh pengawas ke, presiden kelab ke, ade pergi kursus kempinpinan ke kan. Normally, sijil berhenti sekolah tuh patutnya dalam 1 jam kalau cikgu tak busy dah boleh siap. Simpan yang original dan jangan lupa buat tuga salinan sijil berhenti sekolah tuh yer.
Nanti pihak sekolah akan sediakan satu fail pelajar yang di dalamnya sudah lengkap dengan maklumat peribadi pelajar. Buku rekod belajar dan yang lain-lain. Senang nanti bila masuk sekolah baru, serahkan sahaja semuanya pada pihak pentadbir sekolah untuk disimpan.
STEP #4
Now, katalah semua sijil semua dah ready. Ada beberapa perkara penting yang kena ambil perhatian bila mengisi borang dari PPD tuh. Antaranya :
1) Tarikh kemasukan ke sekolah yang dipohon
Menurut pegawai PPD yang bertugas di kaunter aritu. Kalau kita nak masukkan anak kita ke sekolah yang dipohon tuh minggu depan. Hari ni hantar ..InshaALLAh, esok lusa dah lulus dah permohonan.
Jadi, korang kena lah budget bila anak nak bersekolah di sekolah baru tuh. Macam saya, memang target lepas cuti sekolah raya baru-baru ini.
Kalau nak pertukaran bulan January tahun hadapan. Kena lah hantar bulan bulan Disember hujung tahun ni. Tapi , satu jer risikonya ialah. Memang ramai umat manusia yang akan beratur nanti.
2) Sekolah yang dipohon
Ada dua pilihan sekolah yang perlu ditulis pada borang tuh. Tapi, saya letak satu sekolah jer ..means nak yang tu jugak. Tak mau sekolah lain. Bhahaha!
STEP #5
Bila borang sudah lengkap diisi dan sijil-sijil pun dah siap disahkan. Silalah berkunjung kali ke-2 untuk menyerahkan borang beserta semua sijil tersebut. Nanti, pegawai tu akan sahkan penerimaan borang ASBS kita tu.
Dan pesanan penaja nya nanti, datang semula pada tarikh sekian-sekian untuk mengetahui keputusan samada permohonan untuk anak kita bersekolah di sekolah yang kita mahukan tuh diluluskan ataupun tidak.
Balik rumah jangan lupa berdoa dan bertawakkal lah kepada ALLAH S.W.T supaya kita redha dan faham apa sahaja keputusan yang kita dapat tuh adalah yang TERBAIK di sisi ALLAH S.W.T
STEP#6
Kunjungan kali ke-3 ini adalah yang terakhir dan agak lah mendebarkan. Hehehe... ( macam nak amik result exam jer bunyi nya )
Alhamdulillah...keputusan telah diluluskan!
Makanya anda akan dapat surat yang menyatakan permohonan untuk bertukar ke sekolah kebangsaan telah berjaya. Sila daftar ke sekolah berkenaan dengan kadar yang segera.
STEP #7
Tanpa melengahkan masa lagi. Jomlah kita meneruskan urusan di sekolah kebangsaan yang berkenaan. Ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.
Oh yer! sebelum terlupa, kena buat satu salinan surat yang menyatakan permohonan kita diluluskan tuh. Sebab nak bagi kepada sekolah sebagai bukti yang permohonan kita berjaya.
Nanti, di sekolah kena isi lagi borang butiran pelajar, kad kesihatan dan kad pergigian.
STEP#8
Semalam juga dapat tahu kelas Hannah yang mana satu. Dah jumpa dan berkenalan dengan guru kelas Hannah juga.
Untuk baju t-shirt sukan, kokurikulum dan PJK pun dah settled kan by today. Cuma ada beberapa buku teks yang kena ambil dari sekolah sebab sekolah lama Hannah tade pun buku teks tuh. Contoh : pendidikan muzik dan pendidikan Islam.
STEP #9
Bila dah settled semua, jangan lupa minta guru kelas add korang dalam WhatsApp group kelas ( kalau ada ). Senang nak dapatkan info jadual dan aktiviti sekolah yang lain.
Akhir sekali, korang doa banyak-banyak dan teruskan bagi kata semangat kepada anak-anak supaya sabar dengan cuba stay positif kalau ada perkara-perkara yang tak best berlaku. Biasalah, part of cabaran hidupkan.
Hannah nampak dah besar sangat dalam gambar ni. Adakah sebab dia berbaju kurung ni nampak lain dari biasa.
Mama selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Semoga Hannah happy di sekolah baru dan dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. InshaALLAH~
Hopefully, langkah-langkah yang dikongsikan ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yer.May ALLAH S.W.T make our affairs ease.
That's All and Thank you for reading!
40 comments
ya irda juga trtany2 napa hannah ditukarkan ke sekolah harian biasa..ingat next year plan nak masukkan alya ke sekolah al amin..private school
ReplyDeleteInsyaAllah Hannah akan happy dan seronok di sek baru ni. Sek harian biasa pun tak kurang hebat skrg ni kan.
ReplyDeleteSemoga hannah berjaya dan cemerlang. Amin
Kat mana pun belajar, yang penting belajar sungguh-sungguh.. Good luck Hannah.
ReplyDeletegreat tips. boleh menjadi guideline untuk parents yang nak tukarkan anak2 sekolah. btw, tak sabar nak baca next entry, sebab ditukarkan sekolah. sebab saya plan nak antar anak saya ke private school
ReplyDeleteTrm ksh diatas step yg diberikan. Sy pun berhajat hendak tukar dr seklh integrasi tahfiz ke seklh kebangsaan. Mgkn ank sy lbh sesuai seklh di sana nnt. Insyaallah..
ReplyDeleteTerima kasih atas guideline ni....sy pun bercadang nak tukar sekolah anak saya ke sekolah kebangsaan. Banyak sebab nya. Hanya Tuhan je yng tahu...
ReplyDeleteTerima kasih. Memang google utk tahu cara tukar sekolah swasta ke awam. Jadi, kita pergi ppd yang sekolah kita nak tukar ye? Thx ye
ReplyDeleteYups...PPD mana tuh kena refer di lokasi sek keb anak yang kita nak tukar tuh.
Deletegud info...tq
ReplyDeleteSaya dah dpt surat kelulusan dr Ppd. Tinggal nk daftar ke sekolah kebangsaan. Perlu copy semua sijil pencapaian ke utk submit ke sekolah kebangsaan? Nk copy ic n ssijil kahwin ibubapa jgk ke?
ReplyDeleteSaya pun sedang menunggu pertukaran anak..berdoa2 banyak2 5hb dis.dah anto ke jab pendidikan wilayah..katanya tunggu surat dlm tempoh 14hari.. 19hb ig xdapat surat dtg ke jab. pendidikan.. tula dok menghitung ari ni dah 17hb..huhu...surat mana la
ReplyDeletedikau menyinggah...
Assalamualaikum puan, mcm mana kalau sekolah yg di mahu tak da kekosongan ?
ReplyDeleteAssalammualaikum.Puan, boleh share sebab/alasan yang Pn buat untuk permohonan pertukaran sekolah.
ReplyDeleteWslmwarahmatullah. Saya mahukan anak saya rasa all the school's facilities yang proper di SK. Juga ketika itu tumpuan saya untuk dia mendapat persediaan yang lebih mantap untuk mengadapi UPSR. Juga untuk peluang memasuki SBP/MRSM lebih lebih besar ( more opportunities ) . Tapi, selepas setahun lebih di SK..saya rasa kalau tak keluarkan dari SRIIPUJ ni pun takper. Point pertama tuh dalam setahun hanya 1-2 kali sahaja masuk makmal sains. Bukan setiap waktu pun buat eksprimen kan. Point ke -2, semenjak di perkenalkan B40, M40 and T20...membuatkan saya lebih 'sedar diri' . Peluang2 mmg patut lah diberikan kepada yang lebih layak ( budak pandai tapi tak berkemampuan ). Hurmm...panjang lagi saya nak meulis. Nanti lah saya buat entry khas. Harap membantu puan Huda dalam membuat keputusan nanti ya. :)
Deletesaya cari maklumat tntg penukaran sek..tp sy jumpa posting ni.. ok alhamdulillah...wawasan 2020 ni sy telah buat pilihan utk tukar sek anak dr privated school aliran agama ke sek keb sebab faktor pendamik covid19 di waktu MCO ni.. pihak sek masih meminta yuran seperti biasa dan diskaun hya rm20 shj..bg sy,sy mungkin xmmpu dr segi kewangan time² pkp ni... apakan daya ini shj cara utk kami teruskan kelangsungan hidup dan pendidikan anak...syg mmg syg nk tgglkn sek yg terbaik di daerah sy ni sehingga anak boleh capai kecemerlangan...tp ini sy jdkan pengajaran dan pengalaman kami..
ReplyDeleteInshaALLAH puan..saya doakan urusan puan dipermudahkan. Bukan suatu perkara yang mudah apabila kita perlu memikirkan tentang hal pendidikan anak-anak kan? saya faham sangat yang ni. Tidak mengapa puan, masa perjalanan anak kita masih panjang ( InshaALLAH ) biarkan mereka lalui pelbagai pengalaman hidup. Kita as parents perlu sentiasa sokong dan mendoakan mereka. Tahniah puan atas keputusan yang puan buat! semoga sentiasa ditunjukkan dengan jalan yang lurus. All the best to all of you!
DeleteHi mommy zaleesyana,saya pun sudah mengambil keputusan untuk tukar anak dari sekolah private ke sekolah keb. Sebab pandemik covid 19...financially issue. Besok nak pergi ke sekolah dan office PPD. mommies please pray for me & daughter 💜
DeleteInshaALLAh...semoga dipermudahkan urusan ya!
DeleteSy pun nk cr maklumat nk tukarkn anaknke sekolah kebangsaan..sbb covid dan sekolah kurangkn sikit sgt..sy kurang setuju la sbb walaupun belajar online xsama dgn blaja kt skolah..syg nk tinggal private school sbb ustaz san teachers sgt baik..tp tulah management bg sy agak selfish..tq ye bg cara utk penukaran sekolah
DeleteSy pun nk cr maklumat nk tukarkn anaknke sekolah kebangsaan..sbb covid dan sekolah kurangkn sikit sgt..sy kurang setuju la sbb walaupun belajar online xsama dgn blaja kt skolah..syg nk tinggal private school sbb ustaz san teachers sgt baik..tp tulah management bg sy agak selfish..tq ye bg cara utk penukaran sekolah
Deleteassalam perlu ke ada surat berhenti sekolah .? klupuhak sekolah x nk keluarkan bagaimana yer
ReplyDeleteYer, surat berhenti sekolah memang diperlukan. Kenapa sekolah tak nak keluarkan pula ya?
DeleteBoleh mntak surat akuan pelajar je menyatakan bekas pelajar situ pada tahun itu..
Deletesurat akuan pelajar tu buat sendiri ke? nk byr tunggakkn tak mampu lg utk dptkn surat berhenti sekolah kena byr semua tunggakkn..nk byr ansur kena tggu bisnes tahun depan jalan..xde income tetap..ada alternative lain ke utk mengatakn ank pernah bersekolah di privated school?
DeleteMaaf , yang ini saya tidak pasti pula.
Deleteterima kasih kongsi pengalaman. saya mmg sedang cari info tentang tukar sekolah. saya terfikir2 nak tukarkan anak drpd sek agama swasta ke sekolah sk atas faktor jarak, kemudahan ulang alik, keselamatan, pdp etc. masih dalam fasa berfikir2. sayang juga nak keluarkan sbb bukan mudah nak dapat masuk sekolah agama swasta tu (hanya yang terpilih saja). murid tak ramai. disiplin pelajar terkawal. sekolah sk ni pula murid ramai. mestilah mcm2 perangai ada. risau juga kalau anak susah nak sesuaikan diri. maklumlah anak jenis manja juga. tapi sekolah sk ni dekat dgn rumah, security sekolah lebih bagus, interaksi dgn guru lebih mudah, kemudahan sekolah lebih baik etc. haih pening juga nak fikir. nak tukar2 sekolah waktu pkpp ni rasanya leceh juga 😅
ReplyDeleteTkasih posting puan amat membantu. Saya doakan anak puan dan anak sy maju jaya wpun di mana shj mereka menuntut ilmu.
ReplyDeleteSaya dah berjaya tukarkan anak dr sk agama swasta...cuma mcmnana nk ke sek kata...sbb xpernah masuk kara dari tahun 1 ..ada pengalaman?
ReplyDeleteKAFA..auto hp ni pelik ..haha
DeleteSaya tak berapa ingat.Saya pernah ikut kawan saya pergi ke SRA KAFA untuk hal pertukaran SRA anaknya. Perlu juga ke Pejabat Agama Islam untuk mengisi borang dan pendaftaran.
DeleteAssalam Puan, blh share tak personal opinion perbandingan antara sk dgn srii.. Saya masih dlm dilema untuk ank sy. Anak yg sulung mmg belajar di sk. Tp maklum dgn keadaan pelajar yg ramai dan fokus dr guru2 ke atas setiap pelajar tu mmg kurang. Sekarang adik akan masuk darjah 1. Ditakdirkan permohonan utk masuk ke sk yg sama dgn abg x dpt (dpt sek jauh sikit). Jd sy dlm dilema.. Samada nak teruskn di sk yg sedikit jauh tu atau berbaloi tak kalau sy masukkan ke srii..
ReplyDeleteWslmwarahmatullah....Saya juga berada di dalam situasi seperti ini. Anak saya bersekolah di SK sudah tamat tahun 6 nya pada tahun lepas. Seperti yang kita tahu, murid-murid di SK terlalu ramai dan bukan semua guru mampu mengajar online. Walaupun mereka antara guru yang berpengalaman berpuluh-puluh tahun mengajar. Mampu melahirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan awam. Saya tidak menafikannya. Tetapi, apabila diuji dengan pandemik. Hanya yang mahu berubah dan mebuat perubahan akan menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh. Dalam hal ini, saya lihat SRII lebih ke hadapan berbanding SK. Pun begitu, belajar ONLINE masih tidak dapat bersaing dengan keberkesanan belajar secara OFFLINE . Cuma dalam situasi ini, kita pilih yang lebih baik ada dari langsung tiada. Saya juga sedang memikirkan untuk mendaftarkan anak saya yang baru tamat tahun 6 pada tahun lepas di SMIIPUJ. Tetapi memandangkan ianya masih baru ( 2 tahun untuk Sek Men ) beroperasi. Jadi saya kena fikir lagi. Dalam kes puan/tuan ini..kena buat pengiraan kos minyak / masa menghantar ke SK vs yuran di SRII. Semoga urusan puan/tuan dipermudahkan. Amin.
DeleteAssalamualaikum...saya juga menghadapi dilema yg sama. Anak sy belajar di Sek Rendah Islam sy juga ada berkira2 nak tukarkan dia ke sekolah kerajaan. Walaupun sesi persekolahan dah bermula tahun ini, sekolah ank sy masih belum memulakan sesi pdpc.Awal buan Feb baru kelas on9 akan diadakan. kalau di sekolah kerajaan guru2 sudah diarahkan untuk memulakan sesi pdpc pada hari pertama sek di buka. Sy seorang guru di sek kerajaan rasa terkilan pula anak sy sendri masih belum memulakan kelas. sy hanya ingin yg terbaik untuk anak sy.. sy teringin nak tahu kenapa puan tukarkan anak pun ke sekolah kerajaan.
ReplyDeletePuan, saya tukarkan anak saya ke sekolah kerajaan ini adalah pada pertengahan tahun 2018. Sebelum pandemik melanda. Alasan ketika itu sudah ada saya ceitakan di dalam blog ini. Tetapi, anak saya yang lagidua orang itu memang kekal di SRII sehingga sekarang. Alhamdulilah, mereka sudah memulakan pdpr pada 18 Januari baru-baru ini. Saya puas hati dengan SRII.
DeletePPD di Seksyen 19 , Shah Alam ye kalau nak tukar ke bandr kinrara 2.anak2 saya berada di QGIIS sekarang dan plan nak tuakr sekolah erm hujung thaun ni..cuma sya taktau sekolah mana dan g ppd mana.boleh ke mesej saya di syahida83ster@gmail?nak tnaya pendapat..itu pon kalau puan sudi.tq
ReplyDeletehi chico, boleh tau di QGIIIS ok ke? kenapa nak keluarkan dr skolah tu ya? saya tgh servey nak masukkn anak ke QGIIS...skolah tu ok ke?
DeleteMenarik sekali,perkongsian ini..Terima Kasih
ReplyDeleteSalam puan.kalau anak tahun 6 di swasta,macamane prosedur utk masuk tingkatan 1 kerajaan ye.
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tnye contoh d sek swasta kita ada tunggakan, syarat nak surat berhenti kne settle dulu tunggakan, dan kita x dapat berbuat sbb jumlah banyak, XDA cara lain ke tuk tukar sekolah ke awam?
ReplyDeleteMaaf boleh saya tahu tanya.apa yang perlu kita lakukan jika pihak sekolah tidak mahu mengeluarkan sijil berhenti ye?niat nak tukarkan anak ke sekolah kebangsaan.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.