Selamat Kembali Ke Sekolah - Norma Baharu
By NanyFadhly Friday, July 24, 2020 Hannah, Integrated Islamic School Puncak Jalil, Schools, Umair, Uwais
Assalammualaikum w.b.t
Setelah empat bulan anak-anak bercuti sekolah. Kini tibalah masanya untuk mereka kembali semula ke sekolah. Cuma kali ini, berlainan situasi dan lebih menuntut kesabaran.
Dengan norma baharu dan pelbagai S.O.P yang perlu dipatuhi, pastinya ianya bukan perkara yang mudah. Maklumlah, anak-anak apabila lama tidak berjumpa kawan-kawan. Pastinya penjarakan sosial itu sukar untuk dipatuhi. Masalah ini lebih berat apabila, sesebuah sekolah itu menampung murid yang terlalu ramai.
Sebentar tadi, anak saya di SK memberitahu bahawa dia berpendapat agar murid-murid dilepaskan seperti biasa kerana tiada 'social distancing' yang diamalkan. Nada nya agak kecewa kerana mungkin merasakan tindakan itu seperti hanya 'menyusahkan' sahaja kerana walaupun dilepas kan lebih awal dari biasa, tetapi barisan para pelajar terlalu ramai. Sehingga, mereka tidak dapat menjarakkan diri antara satu sama lain.
Saya lihat, perkara ini bukan suatu perkara yang mudah. Walaupun pada awalnya, saya rasa S.O.P nya tidak leh sesukar mana jika yang mengamalkannya adalah orang dewasa, kawasan yang luas dan bilangan manusia nya tidak ramai.
Namun, ianya tidak seperti yang dirancangkan. Itu tidak termasuk apabila ibu-bapa keluar dari kereta untuk mengambil anak-anak mereka. Ruang sudah la sempit, dengan kenderaan lagi berada kiri dan kanan.
Boleh buat 'sesak nafas' jadinya.
Dari segi pengamatan saya untuk tiga hari ini, S.O.P sekolah swasta anak-anak lelaki saya berada di paras yang memuaskan. Luarannya, sedap mata memandang dan tiada kesesakan 'manusia' di luar kawasan sekolah. Pun begitu, masih segelintir sahaja ibu-bapa yang tidak berapa faham / belum faham dengan norma baharu ini.
Harapanya, apabila sudah ditegur janganlah lagi diulangi sekali lagi kesilapan yang telah dilakukan. Cubalah untuk memudahkan orang lain dan berabar dalam situasi ini. Kita sebagai ibu-bapa ataupun orang dewasa sepatutnya memberikan contoh dan tauladan yang baik buat si kecil.
Lengkapkan keperluan anak-anak seperti hands sanitizer, wet wipes, face mask dan sejadah ( Uwais solat zohor di sekolah )
Masa pembelajaran juga dipendekkan dari pukul 4.30pm menjadi 3.30pm. Tiada perhimpunan beramai-ramai di dewan. Mereka hanya duduk di dalam kelas masing-masing. Pulang pula mengikut giliran. Pada saya, sistem ini sangatlah tersusun. Alhamdulillah..semoga S.O.P ini berkekalan sehingga keadaan betul-betul reda.
Jauh di lubuk hati saya sebenarnya, sekolah terus dicutikan sehingga akhir tahun. Siapa yang tidak risau dan runsing memikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anak.
Sekolah kecil dan bilangan muridnya juga tidak ramai, agak memudahkan S.O.P ini dilakukan. Para guru juga sama-sama turun padang untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Suasana di waktu pagi, 22hb Julai. Walaupun kenderaan bertali arus, tetapi semuanya lancar dan terkawal.
Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T. InshaALLAH..Amin ya Rabbal Alamin.
Thanks for reading!
Setelah empat bulan anak-anak bercuti sekolah. Kini tibalah masanya untuk mereka kembali semula ke sekolah. Cuma kali ini, berlainan situasi dan lebih menuntut kesabaran.
Dengan norma baharu dan pelbagai S.O.P yang perlu dipatuhi, pastinya ianya bukan perkara yang mudah. Maklumlah, anak-anak apabila lama tidak berjumpa kawan-kawan. Pastinya penjarakan sosial itu sukar untuk dipatuhi. Masalah ini lebih berat apabila, sesebuah sekolah itu menampung murid yang terlalu ramai.
Sebentar tadi, anak saya di SK memberitahu bahawa dia berpendapat agar murid-murid dilepaskan seperti biasa kerana tiada 'social distancing' yang diamalkan. Nada nya agak kecewa kerana mungkin merasakan tindakan itu seperti hanya 'menyusahkan' sahaja kerana walaupun dilepas kan lebih awal dari biasa, tetapi barisan para pelajar terlalu ramai. Sehingga, mereka tidak dapat menjarakkan diri antara satu sama lain.
Saya lihat, perkara ini bukan suatu perkara yang mudah. Walaupun pada awalnya, saya rasa S.O.P nya tidak leh sesukar mana jika yang mengamalkannya adalah orang dewasa, kawasan yang luas dan bilangan manusia nya tidak ramai.
Namun, ianya tidak seperti yang dirancangkan. Itu tidak termasuk apabila ibu-bapa keluar dari kereta untuk mengambil anak-anak mereka. Ruang sudah la sempit, dengan kenderaan lagi berada kiri dan kanan.
Boleh buat 'sesak nafas' jadinya.
Dari segi pengamatan saya untuk tiga hari ini, S.O.P sekolah swasta anak-anak lelaki saya berada di paras yang memuaskan. Luarannya, sedap mata memandang dan tiada kesesakan 'manusia' di luar kawasan sekolah. Pun begitu, masih segelintir sahaja ibu-bapa yang tidak berapa faham / belum faham dengan norma baharu ini.
Harapanya, apabila sudah ditegur janganlah lagi diulangi sekali lagi kesilapan yang telah dilakukan. Cubalah untuk memudahkan orang lain dan berabar dalam situasi ini. Kita sebagai ibu-bapa ataupun orang dewasa sepatutnya memberikan contoh dan tauladan yang baik buat si kecil.
Ready to go! Nampaknya baju T-Shirt sudah semakin singkat. |
Masa pembelajaran juga dipendekkan dari pukul 4.30pm menjadi 3.30pm. Tiada perhimpunan beramai-ramai di dewan. Mereka hanya duduk di dalam kelas masing-masing. Pulang pula mengikut giliran. Pada saya, sistem ini sangatlah tersusun. Alhamdulillah..semoga S.O.P ini berkekalan sehingga keadaan betul-betul reda.
Jauh di lubuk hati saya sebenarnya, sekolah terus dicutikan sehingga akhir tahun. Siapa yang tidak risau dan runsing memikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anak.
Beratur sebelum scan matrix card, body / hands sanitize and body temperature checking. |