Contoh Soalan Ujian Permata Pintar 1 UKM

By Wednesday, March 13, 2019 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Akhirnya setelah bertungkus lumus berjaya juga Hannah siapkan ujian UKM 1 untuk Permata Pintar. Sebenarnya, dari tahun lepas lagi  saya dah galakkan untuk dia mencuba nasib. Mana lah taukan kot-kot ada rezeki ke. Walaupun saya tahu, macam tipis jer harapan. Sebab saingan sengit dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia. Namun begitu, Hannah mampu buat few questions jer dalam ujian UKM 1 satu tuh last year.

Sebab ?

Soalan guna IQ terlalu banyak. Rasa macam semuanya soalan yang ala-ala menggunakan dua mata penglihatan , mata hati dan fikiran. Dengan saya sekali cuba tolong buat. Lepas tuh, saya pun malas nak layan. HAHAHAHH~~~~

Tapi tahun ni, siap sampai habis. Caranya? never give up! Kena kuat sikit mental nakmenghadap soalan jenis IQ tuh. Cuba lah buat sedikit demi sedikit setiap hari.

Selama ini juga saya cuba google tentang contoh soalan ujian UKM 1 ni di internet. Tapi, tak jumpa apa yang saya mahukan. Jadi, saya nak berkongsikan pengalaman dan contoh-contoh soalan nya di sini.

Boleh rujuk sini untuk flow pencarian pelajar Permata Pintar
Sebelum terpilih untuk melayakkan diri ke program Permata Pintar ini kan..ada 2 ujian yang anak-anak kena lalui.

Ujian pertama yang dikenali sebagai UKM 1 ini masih berlangsung dan akan tamat pada 31 Mei 2019.  Boleh dilakukan di mana-mana , pada bila-bila masa. Asalkan ada laptop dan line internet.

Apabila rasa dah tak larat nak fikir. Boleh log out dulu then bebila nanti sambung semula. Tak der masalah pun.

Kalau lepas ujian UKM 1 ni ..nanti akan dipanggil untuk menduduki UKM 2 pula. Masa ini, kena buat di sekolah-sekolah tertentu yang telah dipilih sebagai pusat peperiksaan ujian.

Antara contoh soalan yang ada dalam  ujian UKM 1 :


Saya rasa banyak sangat-sangat soalan yang jenis macam ni. Sakit kepala sekali yang tukang tolong fikirkan. Memang soalan logik sungguh. Bila habis jawab soalan macam ni and then tekan 'next' lepas tuh ada lagi...dan lagi..dan lagi. HAHAH!

Tu yang sampai berhari-hari nak siapkan semua soalan. Habis part soalan logik ni memang hembus nafas lega sangat. Dah la pilihan jawapan dia dari A-F . Saje jer nak bagi budak-budak ni fikir lebih details.

Soalan lain yang keluar selain part logik ni adalah soalan menguji bahasa. Arahannya adalah, huraikan perkataan 'YHKJ*9)^' . Contohnya perkataan "LOAD". Boleh jer nak tulis apa yang faham tentang perkataan tuh. Nak pendek ke..panjang ke..sukati. Kalau tak tau, sila type 'X' kat situ.

Habis part yang ni..dia bagi soalan objective pula. Pun soalan menguji pemahaman bahasa. Semuanya dia tanya perkataan synonim. Susah okey sebab jawapan hampir semua sama. Huwaa...memang aras tinggi nak memikir. Hentam ajer la labuuuu~~~~

So, kesimpulannya. Ada dua jer bahagian utama dalam soalan Ujian UKM 1 ni.

1) Matematik - logik
2) Bahasa - Huraian kita tentang sejauh mana kita faham sesuatu perkataan tuh dan juga pengertian yang tepat bagi sesuatu perkataan tersebut

Bila dah siap semuanya nanti akan dapat sijil. Cuma perlu diingatkan bahawa ada skor minima untuk mendapatkan sijil ujian UKM1 ni. Tapi tak semesentinya dapat sijil tuh dapat melayakkan diri ke ujian UKM 2 tuh. Untuk mengetahui samada layak ataupun tidak, kenalah tunggu sehingga bulan Julai nanti.

Nak tahu lebih lanjut sila lah klik laman web ini : http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Ini contoh sijil yang dijana oleh PDF dari website mereka.
 Selamat mencuba dan berjaya anak-anak semua!

That's all and thank you for reading.

You Might Also Like

14 comments

  1. mmg mencbr minda tul, tp tgk dia punya aktiviti tu menarik betul lah...

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak bila anak anak dari awal dah didedahkan dengan soklan soklan IQ mcm ni yeh. Mereka dah sedia dari awal. Kalau hakak yg jawab i mau pitam ni Nanny hihi....
    Apa kelebihan dia bila ambik ujian ujian mcm ni ye Nanny

    ReplyDelete
  3. Saya pernah try jawab masa form 3.. yg soalan gmbar rajah tu okey lagi.
    Sekali keluar soalan bahasa haha anti sungguh

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat lepas ujian ukm 1 tu lepastu ujian ukm 2 kat mana ek? Lepastu ujian tu kena taja ke atau bayar sendiri yuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian UKM 2 tu buat di tempat lain. Saya tak pasti di mana tetapi bukan ujian bertulis lagi la. Ujian semua ini free of charge sahaja. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

      Delete
    2. umtuk ujian ukm2 PPD akan hantar senarai nama kesekolah bagi yang terpilih. Dan akan diadakan PUSAT UJIAN diskolah yg telah ditetapkan oleh PPD

      Delete
  5. Berapa banyak soalan dalam ujian ni...saya jawab tak habis2

    ReplyDelete
  6. Nama sya gochie boleh tolong ajar saya ukm 1 hinggan ukn 3 sebab saya lagi akan duduk ukm 1 hingga ukm 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish...aku pon nak tau juga....tak berapa fahamlah soalan dia ni..nak tngo mane yang salah,apa yang salah pon taktau...syukur aku lulus UKM1 jer....tapi UKM2 dan 3tak dapat

      Delete
  7. Boleh sy tau soalan-soalannya dlm English atau BM ya?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.