Assalammualaikum w.b.t
Berakhirnya salah satu acara tahunan iaitu Hari Kantin anjuran SRIIPUJ, Tadika EduKids dan PSG ( Parents support group ) di level 2 Giant, Bandar Kinrara.
Ada beberapa sebab untuk tahun ini mengapa kami sebulat suara memilih Giant Bandar Kinrara sebagai tapak Hari Kantin.
Antaranya, setelah post mortem
Hari Kantin tahun lepas dibuat. Kami mendapati bahawa ianya lebih selesa jika lokasi Hari Kantin berada di dalam bangunan yang tertutup.
Dari segi kos juga agak murah kerana tidak perlu untuk menyewa khemah dan meja.
Kalau tidak silap, kawasan tapak yang kami sewa harganya kurang dalam RM300 untuk sehari mulai pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Namun begitu, saya tidak pasti dengan bayaran charge elektrik yang dikenakan.
Selain itu, ianya memang terlindung dari cuaca panas ataupun hujan ribut. Tandas dan tempat solat juga disediakan. Nak parking juga tiada masalah. Memang isu-isu di atas dapat diselesaikan dengan mudah.
Antara objektif utama Hari Kantin ini diadakan adalah untuk memberi 'exposure' kepada anak-anak di SRIIPUJ agar belajar tentang cara berjual beli. Ini termasuklah tentang adab, cara berkomunikasi, kepentingan menjaga kebersihan dan bagaimana untuk melariskan produk jualan mereka.
|
Nampak tak betapa excitednya mereka menjual? |
|
Hokkaido Cheese. Please handle with care. |
|
Gerai usahawan cilik yang paling laris |
Memang saya nampak ada juga beberapa pelajar yang keluar dari gerai dan
pergi mendapatkan customer untuk mencuba produk jualan mereka. Good job
adik-adik! Memang berani dan tak takut untuk mencuba. Part kelakar, ada
yang sampai pujuk rayu suruh beli jugak. HAHAHAH~
|
Dia punya pujuk uncle ni suruh beli jugak air kotak dengan vitagen dia. |
|
Akhirnya uncle kalah! kena beli juga~~~ HAHAHAHAH! |
Objektif seterusnya adalah untuk tujuan penambahbaikan di sekolah. Perlu diingatkan, bahawa sekolah swasta walaupun berbayar, masih memerlukan wang untuk terus 'sustain'. Saya pasti, hal ini juga masih sama dengan SK kerana ada juga budget yang kena cari sendiri untuk mencantikkan dan membangunkan sekolah.
Pihak PSG ( Parent Support Group ) sekolah juga ada menyediakan beberapa anugerah untuk Usahawan Cilik (mengikut tahun ) dan juga peniaga luar. Antaranya, anugerah booth terbersih, booth paling laris, booth paling meriah. Dua orang pelajar juga telah terpilih sebagai usahawan cilik yang menonjol.
Sebanyak 48 booth termasuk booth untuk 'deejay' memeriahkan suasana dan membuat pengumuman penting.
Untuk Umair, kelas tahun 2 bergabung dan mereka menjual aneka roti, homemade aiskrim dari yours truly, bihun goreng, mee goreng , nasi lemak dan apam colorful! harga pun semua nya RM2.
|
Usahawan Cilik 2. Gerai ni memang gerai terbersih! |
|
Mama sempat buat dua jenis perisa ajer. Milo and Oreo and lepas tuh yang gi membeli pun anak-anak sendiri. Haihhhss~~ |
|
Aneka roti. |
|
Masa ni turn Umair jaga booth |
|
Menunggu pelanggan dengan penuh setia |
Saya pula, wakil PSG buka dua booth. Iaitu booth Art & Craft dan preloved. Penat memang penat! tapi rasa seronok pula bila dapat tengok produk barangan terjual. Walaupun tak dapat banyak keuntungan tapi dapat juga lah bayar gaji budak-budak ni. HAHAH~
|
This is our booth called - Artsy Fartsy |
|
Pelbagai topping untuk buat slime |
|
Selain slime , kami juga ada menjual book marks dan tissue pouch. |
Selepas waktu zohor, kami sama-sama buat kelas membuat slime. Ini resepi baru yang saya baru dapat dari sahabat saya. Terus hand-on kat sana and ajar budak-budak ni buat. RM5 untuk hands-on technique dan bawa balik slime yang dah siap tuh. Best tau! tapi yang tak best, lenguh jari dan tangan. Kalau jari jemari iols boleh jari runcing kurus takpa lah jugak. HAHAHAH~~~
Dan ketahuilah wahai semua rakyat jelata, bahawasanya ada sejenis kepuasan untuk mak-mak ini bila tengok anak-anak semua suka and excited bila dapat buat slime sendiri.
Tarik jangan tak tarik yer bang. Boleh lawan tokeh mee tarik warisan asli nih!
One of my student!
|
Happy faces~ |
|
Ini namanya aiskrim goyang. Tapi saya pun tak rasa. Hannah kata sedap! |
|
Ini booth persatuan seni kreatif SRIIPUJ |
|
Dan ada beberapa produk jualan |
|
Nak main game nerf pun ada. |
|
Too happy when she can met her friends |
|
Tokey Slime paling berjaya. HAHAH~ |
|
Memula nak buat ukiran ini. Tapi last-last tak buat. Masing-masing sibuk gi membeli kat booth. |
|
Dengan kesayangan :) |
|
Ini gambar dari salah seorang guru mereka. Terima kasih mu'allimah atas kesudian berkongsi gambar dan memberi peluang kepada anak-anak ini menjaga gerai. Nanti dapat sijil penghargaan dari sekolah kan? Hehehe~ |
Kesimpulannya, memang seronok sangat budak-budak ni berniaga. Satu pencapaian yang baik hasil kerjasama di antara SRIIPUJ dengan PSG. Buka satu kerja yang mudah untuk merancang dan memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Pada saya, komunikasi yang berterusan dan ketelusan ketika bekerjasama adalah amat penting untuk memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan lancar.
Terima kasih buat semua yang terlibat. Guru-guru, ibu-bapa,peniaga luar, orang luar yang datang membeli, pihak GIANT Bandar Kinrara yang sudi memberi peluang kepada kami meniaga di sini dan para pelajar SRIIPUJ serta tadika Edukids Puncak Jalil.
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.
Now, tak sabar nak tahu berapa hasil jualan semalam. Hehehe~~ harapnya tercapailah KPI arituh.
That's All and Thank you for reading!