Assalammualaikum w.b.t
Kali ke-3 Umair masuk chess tournament pada Hari Sabtu lepas di Suria Mall, Persint 3 Putrajaya anjuran KRESBA di bawah Kementerian Pendidikan. Dan Umair juga telah berjaya melayakkan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik kategori bawah umur 8 tahun.
Saya memang tak sangka sebab lepas habis jer tournament kami balik rumah terus. Kalau nak tahu, tournament ni memang makan masa sehari. Dari pukul 8 :00am ++ sampai pukul 4:00pm++. Memang kena berkampunglah kat situ.
Jadi, kalau tengok ada parents yang bawa tikar dan bantal tuh jangan lah terkejut ya. Perkara ni memang normal ajer. HAHAH~ Dan kebiasaannya memang main sebanyak 7-8 rounds.
Tournament tersebut juga merupakan 'open category' di mana semua pemain yang berusia dari 6 tahun - 12 tahun akan berlawan antara satu sama lain.
Tidak seperti minggu lepas, permainan dijalankan mengikut kategori umur. Jadi, agak mudah lah nak menang kan. Sebab ada kategori khas bawah 8 tahun, bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun
 |
Umair dan rakan-rakan seperjuangan :) Masa ni dah habis tournament. Semua pakat naik atas stage sebab nak amik gambar punya pasal |
 |
Masa ni dah masuk round ke-3 dan sebab dia menang 1st and 2nd round tuh, jadi dapatlah duk meja yang depan-depan. Kiranya, kalau dapat dok meja number yang 10 ke bawah tuh kira hebat la juga. |
 |
Masa ni dah nak habis dah main. Number meja pun dah ke belakang tuh ha! |
 |
Ni classmate Umair. Dapat dok meja sebelah sebelah jer |
 |
Disebabkan lokasi tempat bermain chess ni memang sama floor dengan foodcourt, makanya habis jer 1 round depa pi cari makanan. Memang laku keras lah semua taukeh food court tu. |
 |
Ini classmate Umair juga. Danish namanya dan dia lah yang jadi life saver Umair hari tuh since kami dah cabut balik rumah. HAHAH |
 |
Thanks so much Danish and Mimie! sebab tolong ambilkan sijil dan hadiah. Lepas tuh siap tumpangkan pagi tu lagi ke Putrajaya. Sayang korang sangat-sangat! |
 |
Alhamdulillah. Semoga dapat menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya dalam dunia chess di masa hadapan ya abang! |
 |
Petang yang sama juga, Danish hantar hadiah Umair. HAHAH! |
 |
Mak-mak yang super gorgeous! |
Dan video ini adalah semasa penyerahan sijil dan penghargaan dari guru besar untuk semua chess player sekolah yang pergi bertanding Sabtu lepas.
 |
Ini keputusan terakhir Umair selepas bermain sebanyak 8 round. |
 |
Bila semua pun dia tulis sendiri dan mama senyum sorang-sorang bila baca ni. Heheheh~ |
Sebagai seorang ibu, saya akan tetap menyokong apa sahaja perkara yang baik dan yang mendatangkan manfaat . Doa mama dan papa sentiasa mengiringi kalian.
Tahniah sekali lagi buat semua para peserta yang terlibat :)
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
4 comments
tahniah utk ank nany..bgs kecik2 minat catur ni
ReplyDeleteTahniah Umair..! kecik2 dah pandai chess.mesti bijak matematik ni :D
ReplyDeleteWah.. Tahniah Umair.. Semoga terus cemerlang ye..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah umair, semoga bejaya menjadi juara dunia satu hari nanti
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.