Cuti bersalin saya hanya tinggal 4 hari lagi. Betapa cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, cuti saya hampir ke penamat. 2 bulan rasa nya seperti 2 minggu. Dalam 2 bulan itu juga, 95% cuti berpantang saya di Puchong. Selebihnya, saya berpantang di kampung saya di Perak, itu pun, sebab adik saya bertunang. Saya berpantang tidaklah terlalu 'strict'. Bab makan, memang saya jaga. Saya tak minum ais, makan sea food dan produk tenusu yang lain. Saya banyak minum air kosong, susu kambing 2 kali sehari, lobak putih setiap hari, air soya millelia. Makcik urut datang pada hari ke-10 saya berpantang. Mandi air daun, bertangas, bertungku dan berurut. Memang terasa badan ringan dan segar!. Selebihnya, saya bertungku sendri setiap hari dengan tungku modern. Berpantang sendiri tanpa mak di sisi, pada mulanya agak mencabar. Suami saya berkerja di siang hari. Malam2, memang saya lah bangun tersengguk2 menjaga baby. Mujur, anak yang kali ini tidak banyak ragam. Menangis bila perlu sahaja.
Dalam tempoh 2 bulan itu juga, saya berjaya mengumpul perahan susu badan. Tidaklah banyak, tapi saya rasa cukup untuk bekalan Umair bila saya mula bekerja nanti. Bukan saya mahu menunjuk2 ataupun riak. Tapi, saya ingin berkongsi kejayaan saya dengan para ibu yang lain. Sebelum saya mengandung Umair lagi, saya sudah berazam dan bercita-cita untuk memberi susu badan sepenuhnya nanti. Kepada ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka, banyak kan membaca, berdoa kepada ALLAH selalu, berfikiran positif selalu. Percayalah, tiada istilah, tak ada/cukup susu!. Perut bayi sangat kecil. Banyak sebab lain kenapa bayi menangis. Bukan sebab lapar sahaja. Saya percaya konsep 'supply on demand'. Kalau tak bagi susu badan, memang produksi menurun. Sesungguhnya, saya rasa cemburu bila melihat rakan2 di pejabat yang mengepam . Awal2 masa mengandung lagi, saya sudah suarakan hasrat hati saya ingin membeli pam susu Medela FS terhadap suami saya. Alhamdulillah, suami saya cukup faham. Tetapi, setelah saya membuat kajian, saya membeli pam susu AMEDA, harganya tidaklah setanding Medela FS, tapi pada saya...pam AMEDA memang yang terbaik buat saya. Saya puas hati, sekarang, pam AMEDA berada sama tahap dengan barang2 dapur kesayangan saya. Terima kasih juga buat suami , kerana menukarkan peti ais lama kami kepada yang lebih besar. Sekurang-kurangnya...bahagian sejuk beku di bahagian atas itu, saya gunakan sepenuhnya. Peti ais lama masih ada dan keadaan nya masih baik. Sudah 6 tahun peti ais tersebut berkhidmat untuk kami sekeluarga.
Dalam tempoh 2 bulan tersebut, kami berjaya melatih Hannah untuk tidak memakai lampin pakai buang. Alhamdulillah, ianya semakin berjaya. Perlahan-lahan kami melatih Hannah untuk tidak memakai lampin pakai buang untuk masa yang lama. Sekarang, Hannah tidak perlu lagi memakai lampin pakai buang apabila mahu pergi ke 'GIANT' dan kedai makan. Saya juga pernah meninggikan suara kepada bibik gara-gara dia melawan cakap saya. Hanya kerana susu badan. Saya sangat menitik beratkan pengendalian susu badan saya. Sudah diberitahu berulang2, cara pengendalian nya. Namun, seolah2 mencurah air ke atas daun keladi. Akibat dimarah, bibik menangis. Dapat saya lihat, mata dan hidung nya merah. Itulah, saya rasa, saya terlalu beri muka dan baik sangat dengan dia. Sampai berani melawan. Kalau nak tahu, itu kali pertama saya memarahi bibik. Puas hati saya!.
Hari ini, saya nak bagitahu, cooler kit yang saya beli dari Fab Mom tempoh hari, tidak dapat memuatkan 6 botol dan Ice sheet nya sekali. Saya cuba masukkan, hanya 3 botol sahaja yang muat. (Gambar di bawah). Saya perlukan 6 botol dalam sehari. Saya akan pam 3 kali sehari. Pagi, pukul 9, tengahari masa lunch break dan petang sebelum asar.
Akhirnya, saya dapatkan 'cooler bag dari Jingle Jungle -Smart casual Exec'. Harga hanya RM18.90. Ada 2 warna, biru dan krim. Saya memilih warna biru. Setelah Ice Sheet dan botol-botol dimasukkan ke dalam beg, saya puas hati sebab memang muat!. Dan senyum saya bertambah lebar, bila cooler beg tersebut dapat dimasukkan ke dalam 'Pro mom beg' saya.
Bila dah buka dari plastik.
Ice sheet diletakkan sebagai alas.
Seterusnya, botol-botol disusun ke dalam bag.
Ice sheet ke-2 diletakkan di atas botol-botol.
Dah siap!
Ready to go!