Pengalaman menginap di Roomstay Aiman
By NanyFadhly Thursday, May 25, 2023 Cuti-Cuti Malaysia, FamilyKalau ada yang berhajat untuk mandi sungai dan menginap di tempat yang selesa dan terjaga privasi boleh lah cuba menyewa di Roomstay Aiman yang terletak di Kampung Sungai Bil, Tanjung Malim.
Perancangan untuk mandi sungai ini telah dibuat semenjak tahun lepas lagi. Tetapi memandangkan, ada di antara kami yang tak dapat nak pergi pada tarikh asal. Maka, ditangguhkan lah sehingga ke 20hb - 21hb yang lepas.
Kami bertolak pada hari Sabtu tengahari dan jalan agak sesak juga nak masuk ke lebuh raya. Singgah di R&R Rawang untuk makan tengahari, beli kopi, pau dan roti. Eh! macam-macam pula yang dibelinya.
Jarak dari Puchong ke Roomstay Aiman ini lebih kurang 109km sahaja. Ikutkan dalam masa 1 jam setengah sahaja dah sampai. Disebabkan jalan yang sibuk dan kami berhenti makan, jadi jumlah perjalanan memakan masa dalam dua jam lebih macam tu.
Roomstay Aiman menyediakan tiga buah bilik. Bilik 1 dan 2 ada katil queen, dilengkapi dengan sebuah mini peti ais, TV, tandas, meja kecil beserta kerusi, sejadah, tuala dua helai , cawan , teh dan gula. Harga nya pula adalam RM150 untuk semalaman.
Bilik 3 pula terpaling luas. Ada sebuah katil queen dan katil dua tingkat. Tuala pula disediakan sebanyak 4 helai.
Lebih menarik, di Roomstay Aiman juga ada disediakan dapur yang 'open style' lengkap dengan peralatan untuk barbeku berhadapan dengan bilik sewa. Cuma saya rasakan satu kelemahan dapur ini adalah sinki nya terasing dengan khemah. Sebab masa kami datang haritu, hujan sangat lebat dari malam sehingga lah ke waktu kami nak check out tu. Leceh la juga setiap kali nak membasuh peralatan dan perkakas memasak. Nak basuh pinggan mangkuk dan akhirnya kami pun 'terbasuh' sekali. Hahah!
Kawasan memasak lengkap dengan dapur gas, periuk nasi, cerek, gula dan teh. |
Di bahagian belakang terdapat tempat untuk barbeku |
Bilik yang kami sewa tu berhadapan dengan ruang memasak ini. Rumah yang satu lagi tu, adalah rumah pemilik Roomstay Aiman. |
Bekalan yang sempat saya masak. Dua bekas "baked cheese pasta" kegemaran kanak-kanak. |
Suasana di Roomstay Aiman ini sangat nyaman dan menyejukkan. Deruan air sungai bersama kicauan burung memang sangat mendamaikan. Cuma nasib kami kurang baik kerana hujan dari petang Sabtu sehinggalah ke hari Ahad nya.
Memang terseksa juga untuk AJK barbeku membakar daging ayam dan kambing. Arang baru nak menyala, sekali kena tempias dek air hujan.
Menikmati pasta baked cheese sambil menikmati keindahan sungai |
Sungai ini agak berbatu-batu juga. Jadi, sila berhati-hati dengan langkah terutama jika ada anak kecil. Sentiasa lah awasi mereka. |
Tiub getah ini disediakan secara percuma.Namun begitu, jika ianya hanyut dibawa arus sungai, tuan rumah akan kenakan bayaran sebanyak RM10. |
Anak-anak semua tak sabar nak masuk dalam sungai |
Sempat mereka melambai pakcik jual aiskrim guna motor. Gigih betul budak-budak ini semua~ |
Daging kambing ini saya beli di Pasar Borong Selangor. Saya beli dalam 2.2kg dan harga nya dalam RM96. Bahan perapnya, saya guna beberapa ulas bawang putih dan sos lada hitam jenama Jalen / Life.
Kebetulan, 20hb Mei merupakan hari lahir Khalid ( anak buah saya ). Jadi, kami pun sambut lah dengan ahli keluarga yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Mei juga. |
Cubaan megambil gambar menggunakan teknik 0.5. Tapi sebab waktu malam dan pencahayaan tak cukup, maka kami pun nampak kusam semuanya. HAHAH! |
Sebelum tidur, anak-anak menyatakan hasrat nak maggie esok pagi. Maggie ini sebenarnya antara salah satu makanan yang 'terlarang' . Bukan tak boleh, tapi ada had dan limit.
Jadi, perjanjian pun dibuat antara kanak-kanak dan orang dewasa.
Mereka perlu bangun awal untuk solat subuh berjemaah di surau. Ya! Surau hanya terletak bersebelahan sahaja dengan roomstay kami ini. Jalan kaki, dalam 1 minit dah sampai. Nampak tak betapa dekatnya surau itu.
Selesai solat subuh, kena pula baca mathurat. Alhamdulillah,lain macam semangat budak-budak ini. Kalau tak, lepas subuh jer semua pun mata kuyu😆. Mungkin suasana itu kena dengan jiwa mereka.
Khusyuk menghirup sehingga ke titisan akhir. |
Sarapan nasi lemak, telur mata serta kuih muih ini kami tempah dari orang lain yang tinggal berbelas kilometer dari kawasan ini. Harganya pula RM7 sekepala. Hurmmm...mahal ke murah? |
Gambar atas, pada hari kami sampai. Manakala gambar bawah, hari kami pulang ke rumah masing-masing. Begitulah jika hujan lebat. Memang deras dan keruh air sungai yang mengalir. |
Sebab tak tau nak buat apa. Ajak Che Abe' jalan-jalan melawat kawasan sambil berpayung. |
Bergambar bersama adik-adik sebelum pulang ke rumah masing-masing. |
Kami - tiga keluarga. |
Untuk parking - memang muat-muat tiga buah kereta dan kena pandai susun lah yer. Oh ya! Sebelum terlupa, semua kenderaan yang masuk ke dalam Kampung Sungai Bil perlu membuat bayaran parkir sebanyak RM5
Kalau malas nak memasak, boleh membuat pesanan makanan melalui kedai makan yang berhampiran. Nanti mereka akan hantar ke roomstay.
Khairul : +60 10-361 7921 ( Cafe Kampung Sungai Dara )
InshaALLAH, kami akan kembali lagi di lain waktu sebab tak puas rasanya mandi manda sungai dek kerana hujan pada hari check-out.
Kalau sesiapa berminat boleh hubungi Roomstay Aiman di sini :