HEALTHIER CHOICE LOGO. SATU LOGO UNTUK MEMBANTU ANDA MEMILIH PRODUK YANG SIHAT UNTUK KELUARGA ANDA
By NanyFadhly Thursday, December 19, 2019 Families, Fernleaf
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Baru-baru ini semasa saya ke supermarket yang berhampiran
untuk membeli keperluan barangan dapur. saya perasan, banyak produk makanan dan
minuman sudah ada “Healthier Choice Logo
“ ( HCL ) atau dalam Bahasa Melayu nya bermaksud – “Logo Pilihan Lebih Sihat”.
Logo Healthier Choice ini diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia melalui Jabatan Nutrisi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan nutrisi yang lebih sihat ketika
membuat pilihan makanan / minuman terutamanya tentang jumlah kandungan gula
yang ada. Dengan adanya logo berkenaan, ia bermaksud produk itu lebih sihat
berbanding produk lain dalam kategori yang sama.
Sebagai ibu-bapa yang cakna, kita perlulah memastikan
bahawa pengambilan nutrisi makanan ataupun minuman sentiasa di dalam kuantiti
yang tidak berlebihan. Ianya adalah sangat penting bagi memastikan tahap
kesihatan kita semua termasuk golongan kanak-kanak, dewasa dan orang tua dalam
keadaan yang optimum. Dah menjadi tanggungjawab seorang ibu dan bapa untuk
memberi pilihan makanan dan minuman yang sihat untuk keluarga masing- masing.
Menurut maklumat yang direkodkan oleh “National Diabetes
Institute” (NADI), negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan rekod tertinggi untuk penyakit
diabetes di seluruh Asia dan dunia. Secara amnya, satu daripada enam orang
dewasa menghidap penyakit diabetes. Berita ini pastinya tidak menggembirakan
dan ini adalah merupakan tanggungjawab kita sebagai orang dewasa mahupun ibu-bapa untuk mendidik anak-anak kecil
tentang betapa pentingnya memilih kandungan nutrisi yang sihat dan seimbang.
Logo HCL telah diperkenalkan sejak tahun 2017 diharap
dapat meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan membaca label
terutamanya pada pembungkusan produk makanan. Pelbagai maklumat pemakanan boleh
diperoleh sekiranya pengguna tahu membaca label pada produk makanan dengan
betul. Ia juga adalah untuk menggalakkan industri makanan dan minuman
menghasilkan produk yang lebih sihat selain menyediakan persekitaran yang
menyokong amalan makan secara sihat.
Berikut adalah informasi yang diambil dari website Jabatan
Nutrisi, Kementerian Malaysia (http://nutrition.moh.gov.my/en/ ) berkenaan dengan kandungan gula bagi produk susu
kultur atau susu fermentasi seperti Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink yang
telah perakui dengan logo Pilhan Lebih Sihat.
Hal ini juga sama dengan minuman susu berperisa coklat yang dapat dilihat seperti di dalam carta di bawah.
Jabatan Nutrisi telah meletakan syarat yang sangat ketat
untuk memastikan setiap produk yang mendapat pengiktirafan Healthier Choice ini
adalah produk yang berkhasiat dan sihat.
Untuk mendapat pengiktirafan logo Healthier Choice
ini adalah sangat sukar kerana melibatkan banyak proses. Bukan itu sahaja,
setiap pengiktirafan ada expiration date iaitu 24 bulan dari tarikh di
certified. Sekiranya formula sesuatu produk itu diubah, mereka perlulah memohon
untuk mendapatkan pengiktirafan Healthier Choice ini sekali lagi.
Buat masa ini, berikut adalah produk- produk keluaran Fernleaf Malaysia
yang telah diiktirafkan dan dibenarkan menggunakan Healthier Choice logo:
·
Susu Fernleaf UHT Rendah Lemak
·
Susu Fernleaf UHT Perisa Coklat
·
Fernleaf Calciyum CMD (Semua perisa)
Kanak-kanak yang membesar memerlukan sejumlah kalsium
yang mencukupi bagi tumbesaran tulang dan gigi yang baik. Ianya boleh didapati
dengan mengambil sebotol minuman Fernleaf CalciYum susu kultur setiap hari
kerana kandungan kalsium bagi setiap 100ml hidangan adalah sebanyak 60mg.
Kanak-kanak juga
memerlukan vitamin D bagi membantu tulang untuk tumbuh dan membesar. Vitamin D
juga membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan
badan mereka.
Oh ya! Memandangkan kanak-kanak di zaman sekarang banyak
bermain ‘gadget’ seperti – telefon pintar, tab dan komputer riba. Jadi amatlah
perlu untuk memastikan mereka mengambil Vitamin A secukupnya. Sumber khasiat
ini boleh didapati dari Fernleaf susu UHT perisa asli ataupun coklat.
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan produk tenusu keluaran
Fernleaf yang semestinya kurang gula dan kaya dengan sumber khasiat tumbesaran.
Dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan harga yang berpatutan.