Makan Nasi Lemak di Uncle Jack Giant Bandar Kinrara
Assalammualaikum w.b.t
Akhirnya setelah beberapa minggu anak-anak bercuti di sekolah di rumah. Harini, saya sengaja menghantar mereka semua ke sekolah. Yer, sekolah Umair dan Uwais masih beroperasi sehingga 20hb Disember ini. jadualnya pula tidak lah pula terlalu rigid seperti hari persekolahan biasa. Lebih kepada games dan yang melibatkan pergerakan.
Sebenarnya, saya pun suka kalau mereka ke sekolah. Ada aktiviti dengan kawan-kawan dan guru-guru. Saya pun dapat buat aktiviti saya dengan tenang dan mendamaikan. HAHAH!
Pagi tadi selepas hantar mereka ke sekolah, saya singgah ke Bukit Jalil Park untuk brisk walk selama setengah jam. Then, balik semula ke rumah sidai kain baju yang ada dalam mesin basuh tuh.
Settled yang tu, terus pula ke Giant untuk bersarapan walhal, pagi tadi dah buat nasi goreng dan ayam gunting twisties untuk anak-anak breakfast. Tapi, ntah la..ada masa memang tekak ni saja nak makan kat luar.
Nasi lemak ni semua cukup kecuali timun jer tader. Rasa sambal dia memang sedap! Cuma tadi saya makan nasi dia macam terkeras sikit. Tapi sebab lapar punya pasal, habis licin juga lah nasi tuh. Tinggal kekacang jer yang tak habis.
Nasi lemak ni saya beli sekali dengan air kopi. Ingatkan ada lah air panas yang lain tapi belum ada lagi katanya. Jadi, saya memilih untuk dinikmati dengan air kopi 'O' panas. Rasa air nya adalah air nescafe yang kita bancuh sendiri di rumah. Dan pada saya, memang manis. Akibatnya, saya minum seteguk / dua. Lepas tuh tak habis. Alahaii..rasa membazir sangat. Apapun, saya dah spare air kosong. Memang nak jadikan habit bawa air kosong ke mana-mana.
Boleh juga cuba makan nasi lemak ni bersama kombo ayam goreng mereka. Tapi tadi saya tak beli pun sebab memang nak menikmati nasi lemak tu saja.
All in all, saya bagi 3.5 / 5 stars. Kalau nasi dia lembut, dapatlah 5 stars. Hehe...nanti korang boleh lah cuba sendiri ya. Mana tahu, cawangan Uncle Jack di tepat korang lebih sedap dan umph!
That's all and thank you for reading.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.