Umair dan Uwais pemenang huffaz cilik di MICF 2019
Assalammualaikum w.b.t
Semoga terus mengorak kejayaan wahai anak-anak ku! |
Hilang rasa gemuruh dan kerisauan yang saya pendam semenjak 2-3 minggu lepas. Setelah puas melatih mereka dengan bersungguh-sungguh akhirnya semalam mereka berjaya dinobatkan sebagai salah seorang pemenang untuk setiap tahap.
Naib Johan buat Uwais bagi tahap 1 dan tepat ke-3 buat Umair untuk kategori tahap 2. Syukur sangat mama pada ALLAH S.W.T atas kejayaan ini.
Saya juga belajar bahawa ibu-bapa adalah yang terbaik dalam melatih dan memberikan sokongan serta dorongan buat anak-anak untuk mencapai kejayaan. Hanya kita yang mengenali potensi sebenar mereka.
Perbezaan perlu diraikan bukan dibandingkan dengan cara yang negatif. Cungkil bakat dan kekuatan yang ada dalam diri mereka. Selagi kita tak 'push' potensi tersebut Selagi itu kita tak tahu betapa jauhnya anak-anak kita mampu pergi.
Sangat tenang dan lancar. Alhamdulillah |
Memang pada mulanya, dia menangis tapi takder la sampai meraung. Air mata nya bergenang memberitahu saya bahawa dia tidak mahu masuk pertandingan hafazan ini.
Saya pujuk dan bagitau bahawa dia dikurniakan kelebihan yang mama, papa, adik dan kakak tak ada. Iaitu, senang sangat nak mengingat. Orang lain tak ada. So, you're special in this house. Cuma, rugi kalau dia tak guna kebolehan dia tu untuk ke arah kebaikan. Mama nak abang berani dan cuba keluar dari comfort zone.
Ada satu malam , saya tanya dia lagi. Saya selidik dan tanya baik-baik.
"Boleh mama tahu, kenapa abang taknak masuk?"
"Abang takut. Risau kalau kalah...takut nak naik pentas"
Saya diam sebentar. Saya acknowledge apa yang dia beritahu. Kemudian saya jawab.
"Tak apa, mama ada. Mama akan tolong abang sehabis baik. InshaALLAH. Kita cuba ya!"
Dia diam dan mungkin redha juga agaknya. Esoknya, saya hulurkan muqaddam bergambar pada dia. Dan saya beritahu untuk dia hafal Al-Falaq dan maksudnya sekali. Saya lihat yang dia tidak mahu membaca. Saya pergi jauh dari dia. Dalam diam, saya lihat dia cuba menghafal. Alhamdulillah...akhirnya dia sahut cabaran.
Unbelievable sebab dapat tempat ke-3. Mama ingat dapat saguhati jer 😁 |
Masa ni, mama punya nervous jangan cakap. Pegang camera pun suruh husband. Rekod pun minta muallimah yang tolong. Adoiii...teruk pulak rasanya. 😂 |
SEBELUM HARI PERTANDINGAN
Persediaan :
Mulakan berlatih sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Tanamkan displin dalam diri anak-anak dan kita sendiri. Contohnya : Berlatih setiap 3 kali sehari. First thing in the morning after they take showers and breakfast. Straight away buat latihan terus.
Buat jadual tetap :
Untuk anak-anak saya, mereka perlu menjalani latihan sebanyak 3 kali sehari. Memandangan setiap dari mereka perlu menghafal 5 surah beserta maksudnya sekali. Jadi, untuk permulaan minggu pertama saya mulakan dengan 1 surah dahulu. Apapun make sure bacaan tajwid dan makhraj mereka betul. Panjang , pendek, dengung kat mana and haraakat semua tu la. Saya refer pada bacaan Mishary di apps telephone saya.
Agak mencabar sebab untuk Uwais, nafas tak berapa cukup lepas tuh dengan usia dia masih 7 tahun. Lidah dia susah juga nak dilembutkan. Ada yang terbalik-balik bacaannya. Masa ni, dia akan cepat stress. Kita kena control emosi kita dahulu. Pernah juga dia complaint
" eeee...susah la mama, Uwais confused" - antara maksud surah Al-Ikhlas vs Surah An-Nas
Apabila sudah lancar bacaan , then saya mulakan dengan ayat terjemahan nya pula. Saya gunakan muqaddam bergambar untuk mereka baca dan hafal. Kalau panjang sangat saya cuba pendekkan. Saya lihat juga terjemahan dalam kitab Al-quran mushaf yang lain. Memang kebanyakannya tak ada yang sama 100%.
Beli microphone untuk dapatkan real feeling:
Dengan adanya microphone, saya perasan anak-anak lebih seronok dan enjoy berlatih. Agaknya selama ni boring kot hafal macam tuh jer. Bila guna microphone mereka sendiri teruja dan tak sabar nak tunggu turn menghafal. Untuk pengetahuan, saya beli microphone di Shopee. Dalam seminggu lebih sampai sebab dari China. Hehehe...
Latihan secara santai
Ada juga masa terlepas masa latihan 3 kali tuh. Chill ok! tak perlu nak rigid sangat. Jadi, sebelum tidur santai2 tuh kita boleh buat juga. Baca sama-sama. Ataupun, just simple quiz..tanya mereka Al-Ikhlas start surah nya bagaimana? Al-Asr ? An-Nas? Tak perlu untuk mereka baca full surah tersebut. Cukup sekadar untuk mereka tahu, surah tersebut surah apa. Especially untuk Uwais sebab dia kecil lagi and tak familiar dengan nama-nama surah ni.
Dan memandangkan banyak masa mereka berlatih tuh dalam keadaan mereka masih 'berpantang' sunat. Pergerakan mereka agak kurang dan dari situ saya ambil kesempatan untuk bagi mereka lebih fokus ataupun dalam ayat lainnya "tau duduk diam" HAHA~
SEMASA HARI PERTANDINGAN
Mereka akan cabut undi untuk tahu giliran dan surah-surah yang akan dibaca. Untuk Uwais, dia mendapat giliran ke-11 dari 16 orang peserta. Dan surah-surah yang perlu dibaca adalah surah Al-Ikhlas dan Al-Fiil. Cantik dah! memang dia pun aimed nak surah Al-Ikhlas dan An-Nas. Tapi dapat Al-Fiil pun dia OK sebab memang dah well prepared.
Umair pula dapat giliran yang pertama. Jujurnya, saya tak suka kalau jadi yang pertama. Nervous and tak tahu nak expect bagaimana kan. Tapi memandangkan dia tahap-2 , jadi sebenarnya bukanlah dia yang pertama pun. Selepas sesi adiknya habis memang terus sambung dengan tahap 2. Dan malam tu dia beritahu, elok juga dia yang first sebab dia akan risau dan down kalau ada orang yang lebih baik dari dia. Kiranya, lepas awal...lega awal macam tuh. Hehehe~~~
Untuk pilihan surah pula , Umair mendapat surah Al-Quraish dan Al-Falaq. Alhamdulillah..pendek-pendek surahnya. Selama ni cabut undi surah di rumah banyak kali dapat Al-Maun dan Al-Humazah.
Semasa pertandingan berlangsung, kita akan dapat lihat ada pelbagai ragam dan cara yang tersendiri bagaimana peserta-peserta membaca surah yang mereka hafal. Masa ni juga, anak-anak risau sebab dengar maksud bacaan tak sama. Ada pula yang perkenalkan diri selepas memberi salam. Yang cakap dalam bahasa Arab pun ada tau!
Umair dan Uwais mula-mula tu risau juga. Sibuk tanya
"kena kenalkan diri ke mama?"
"kena cakap apa lagi nanti?"
Jawapan saya ringkas.
"Tak perlu ikut orang lain. Kita tetap dengan latihan dan plan awal kita dari rumah. Beri salam, kemudian terus baca surah-surah tersebut. Kemudian, habis satu surah terus baca maksudnya"
Cakap dengan yakin sebab derang pun boleh rasa kalau kita tak confident .
Kami juga baru tahu, ada masa yang diberikan. Untuk tahap 1 masa yang diberikan hanya 3 minit manakala untuk tahap 2 pula masa yang diberikan adalah 5 minit. Mungkin surah-surah untuk tahap 2 lebih panjang dari tahap 1.
Last but not least, I admired the courage and bravery that the children had. Bukan senang nak ke hadapan dan berani di atas pentas . You guys proved it! Congratulations all. You guys are the winners!
That's All and Thank you for reading!
2 comments
tahniah Umair dan Uwais ..berani kt atas pentas tu...certain bdk takut
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah buat Umair dan Uwais ya...
ReplyDeleteacik tumpang bangga tau
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.