HEALTHIER CHOICE LOGO. SATU LOGO UNTUK MEMBANTU ANDA MEMILIH PRODUK YANG SIHAT UNTUK KELUARGA ANDA

By Thursday, December 19, 2019 ,


Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Baru-baru ini semasa saya ke supermarket yang berhampiran untuk membeli keperluan barangan dapur. saya perasan, banyak produk makanan dan minuman  sudah ada “Healthier Choice Logo “ ( HCL ) atau dalam Bahasa Melayu nya bermaksud – “Logo Pilihan Lebih Sihat”. 



Logo Healthier Choice ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Nutrisi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan nutrisi yang lebih sihat ketika membuat pilihan makanan / minuman terutamanya tentang jumlah kandungan gula yang ada. Dengan adanya logo berkenaan, ia bermaksud produk itu lebih sihat berbanding produk lain dalam kategori yang sama.


Sebagai ibu-bapa yang cakna, kita perlulah memastikan bahawa pengambilan nutrisi makanan ataupun minuman sentiasa di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Ianya adalah sangat penting bagi memastikan tahap kesihatan kita semua termasuk golongan kanak-kanak, dewasa dan orang tua dalam keadaan yang optimum. Dah menjadi tanggungjawab seorang ibu dan bapa untuk memberi pilihan makanan dan minuman yang sihat untuk keluarga masing- masing.  

Menurut maklumat yang direkodkan oleh “National Diabetes Institute” (NADI), negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan rekod tertinggi untuk penyakit diabetes di seluruh Asia dan dunia. Secara amnya, satu daripada enam orang dewasa menghidap penyakit diabetes. Berita ini pastinya tidak menggembirakan dan ini adalah merupakan tanggungjawab kita sebagai orang dewasa mahupun  ibu-bapa untuk mendidik anak-anak kecil tentang betapa pentingnya memilih kandungan nutrisi yang sihat dan seimbang.

Logo HCL telah diperkenalkan sejak tahun 2017 diharap dapat meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan membaca label terutamanya pada pembungkusan produk makanan. Pelbagai maklumat pemakanan boleh diperoleh sekiranya pengguna tahu membaca label pada produk makanan dengan betul. Ia juga adalah untuk menggalakkan industri makanan dan minuman menghasilkan produk yang lebih sihat selain menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.
 
Berikut adalah informasi yang diambil dari website Jabatan Nutrisi, Kementerian Malaysia (http://nutrition.moh.gov.my/en/ ) berkenaan dengan kandungan gula bagi produk susu kultur atau susu fermentasi seperti Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink yang telah perakui dengan logo Pilhan Lebih Sihat.

Hal ini juga sama dengan minuman susu berperisa coklat yang dapat dilihat seperti di dalam carta di bawah.


Jabatan Nutrisi telah meletakan syarat yang sangat ketat untuk memastikan setiap produk yang mendapat pengiktirafan Healthier Choice ini adalah produk yang berkhasiat dan sihat. 
Untuk mendapat pengiktirafan logo Healthier Choice ini adalah sangat sukar kerana melibatkan banyak proses. Bukan itu sahaja, setiap pengiktirafan ada expiration date iaitu 24 bulan dari tarikh di certified. Sekiranya formula sesuatu produk itu diubah, mereka perlulah memohon untuk mendapatkan pengiktirafan Healthier Choice ini sekali lagi.
 

Buat masa ini, berikut adalah produk- produk keluaran Fernleaf Malaysia yang telah diiktirafkan dan dibenarkan menggunakan Healthier Choice logo:
·        Susu Fernleaf UHT Rendah Lemak
·        Susu Fernleaf UHT Perisa Coklat
·        Fernleaf Calciyum CMD (Semua perisa)


 
Terdapat pelbagai khasiat yang dapat kita lihat pada kandungan nutrisi bagi setiap produk tenusu Fernleaf ini. Seperti contoh, minuman Fernleaf CalciYum susu kultur mengandungi probiotik DR20 yang menyokong kesihatan usus, kalsium dan juga Vitamin D.


Kanak-kanak yang membesar memerlukan sejumlah kalsium yang mencukupi bagi tumbesaran tulang dan gigi yang baik. Ianya boleh didapati dengan mengambil sebotol minuman Fernleaf CalciYum susu kultur setiap hari kerana kandungan kalsium bagi setiap 100ml hidangan adalah sebanyak 60mg.

 

Kanak-kanak  juga memerlukan vitamin D bagi membantu tulang untuk tumbuh dan membesar. Vitamin D juga membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan badan mereka.


Oh ya! Memandangkan kanak-kanak di zaman sekarang banyak bermain ‘gadget’ seperti – telefon pintar, tab dan komputer riba. Jadi amatlah perlu untuk memastikan mereka mengambil Vitamin A secukupnya. Sumber khasiat ini boleh didapati dari Fernleaf susu UHT perisa asli ataupun coklat.
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan produk tenusu keluaran Fernleaf yang semestinya kurang gula dan kaya dengan sumber khasiat tumbesaran. Dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan harga yang berpatutan.



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.