Projek deko ringkas bilik anak lelaki part -1
Assalammualaikum w.b.t
Buat pengetahuan semua, both my boys and my girl sebelum ini mereka tidur sebilik. Hasrat dah lama dipendam untuk pisahkan bilik tidur mereka. Tahun 2019, memang nekad untuk megubahsuai bilik mainan mereka dan tukarkan menjadi bilik tidur yang diidam idamkan. ( Mama yang mengidam, bukan the boys. Hahaha)
Apatah lagi, Umair dan Uwais sudah selamat dikhatankan pada akhir bulan November 2019. Jadi, ianya menguatkan semangat dan tekad saya untuk merealisasikan impian bilik tidur mereka.
Wahh!! dah kenapa bunyi seperti seorang bussinessman yang bermotivasi melampau ni yer?
Langkah pertama adalah mengasingkan segala jenis mak nenek mainan yang mereka ada. Dari sekecil-kecil lego yang saiznya hanya 2mm sehinggalah sebesar landasan keretapi mainan yang mereka ada. Fuhhh~~~ menitis peluh. Anak-anak memang kena tolong sekali sebab nak pilih mana satu toys yang masih elok dan yang dah tak sesuai dengan usia mereka. Habis yang tuh, kena vacuum dan lap habuk mana yang perlu.
Mujurlah bilik derang ni takder besar mana. Segiempat sama yang ukurannya lebih kurang 9.5ft x 9.5ft. Settled yang tuh kami pun mula mengecat berjemaah. Semangat tau saya pergi dengan anak-anak sendiri pergi beli cat. Anak-anak pilih warna sendiri dan hanya ambil masa 10-15 minit untuk decide the final color. Setelah berbalah dan bergaduh manja. Maka, kami semua setuju untuk ambil cat jenama Jotun bersaiz 5 liter dan berwarna biru muda.
Colour name : Pirate. Harga RM110 |
Sebelum |
Selepas |
Bilik ni kan asalnya bilik mainan mereka , maka dinding nya juga penuh dengan hasil karya mereka. Rasa puas hati bila dapat tenyeh berus cat dekat area yang kena conteng tuh. Macam dalam hati cakap "nah..amik koooo!! lenyaplah ko dari pandangan mata ku. Dushhhh!" kena penumbuk. Pengsan terus. HAHAHAHAH~~~
End of part 1
Thank you for reading and happy new decade!
1 comments
cantik pilihan color biru tuh kak, mesti lah emaknya yg lebih bersemangat mendeko kan... baru lah anak-anak ikut sama semangat
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.