Projek deko ringkas bilik anak lelaki part -2

By Friday, January 03, 2020 ,

Assalammualaikum w.b.t

Selesai mengecat, saya tak tunggu lama dah. Hati ini menggeletek untuk menjejakkan kaki di IKEA. Target nak pergi 2-3 jam ajer. Tapi tuhlah, tak sedor diri pergi pukul 9.30am and sampai rumah almost pukul 4.00pm. Mana taknya, lepas bayar barang 1st batch and loaded masuk kereta. Pergi masuk balik untuk order katil dan almari.

Saya cuba nak angkat semua sendiri tapi tak mampu sebab husband tak dapat nak follow. Called husband tanya pendapat dia camana. Dia replied ON! jadi hati saya pun berbunga riang. Tanpa was-was dan ragu-ragu pergi dekat sale assistand dalam tuh and bagitahu nak minta dia pick and deliver to our house. Harga derang charge untuk pick up kita punya barang dala RM25 if tak silap saya and deliver pulak dalam RM75/78 macam tuh. Kalau upah pasang adalah 10% dari harga barang tersebut. Kami decide untuk pasang sendiri ajer. Haa..gigih ke tak gigih kan? mujur hubby expert gak la buat benda-benda gini. Alaaa..follow ajer manual. ( HAHAHA~ bukan saya yang pasang, boleh la cakap kan? )

Yang asalnya berkenan yang macam ni. (Hemnes) Tapi macam over budget kitaorg pula.
And finally ambil yang macam ni ( Slakt ) Still pull over style cuma harganya tak sampai RM1K
Hasrat di hati untuk beli katil double decker ( Tuffing ) terpaksa dipekasamkan sebab walaupun ketinggian dia tidaklah tinggi mana. Aras dada ajer ( tinggi ku 153cm) tapi takut yang di atas kalau bangun mamai-mamai nanti terkena kipas. Mimpi ngeri terus. So, lupakan lah Tuffing itu.

Nak beli 2 single bed rasa nanti bilik akan jadi sempit sangat. Jadi macamana pun, kena beli yang saiznya 80cm x 200cm.
Ini gambar di showroom. Katil yang saya berkenan tu di sebelah kiri.
Almari pula saya beli yang tinggi slim warna biru tuh saja. Harga RM551 untuk IKEA's member
Ini pilihan warna yang ada. Saya beli warna biru tapikan, lepas pasang and letak dalam bilik rasa tak match la pulak sebab semua nya biru, Tenggelam. Haihh...tak reti betul bab-bab ID ni. Huhuhuhuhu
Hasil shopping first round, ada single mattress, bed sheet, quilt sheet, carpet, bed cover and apa lagi ntah..lupa.

Ini rupa dalam almari tuh. Cukup dah ni, lagipun katil derang pun ada drawer yang agak luas.
Projek D.I.Y memasang katil bersama-sama walaupun yang banyak buat kerja nya pastilah si ayah.
Kami mulakan kerja memasang katil ini dari pukul 3.00 ptg kot sebab barang pun sampai dalam pukul 1:30 petang. Kami solat dulu and charge tenaga makan lunch dan lepas tu baru lah berjuang.

90% kerja memasang suami yang tolong buatkan. Saya dan anak-anak tukang bagi sokongan moral, tolong pasangkan skru mana, tolong pegang dan tolong bersorak , tepuk tangan amai-amai apabila semuanya selesai.

____________________________________________________________________________________

LANGSIR

Next step, pada keesokan harinya kami ke Kamdar yang terletak di sebelah IOI Mall Puchong. Kedai Kamdar di sana tidak banyak pilihan yang ada. Tetapi memandangkan, saya nak settlekan sebelum anak-anak ke sekolah maka cari jugalah apa yang ada.

Saya sebenarnya nak cari warna teal (T63) ataupun mountain blue (T51) seperti di dalam gambar di bawah :
Finally, sebab both warna yang saya nak tu tiada, jadi saya beli warna biru yang nak ke biru tua tapi tak tua sangat. Muda dan nampak bercahaya! HAHAH~

Bermula lah episode menjahit langsir buat pertama kalinya dalam hidup ini. Memandangkan rail untuk pasang langsir memerlukan curtain pleat hook, jadi saya pun cari dalam youtube tutorial untuk menghasilkan langsir jenis ini. Sebenarnya tak susah sangat pun, memang jahit straight jer. Cuma part leceh kena lipat and iron bahagian tuh. Sebab material kain yang saya beli ini jenis agak licin juga. Seharian jugalah menjahit.

Antara jenis langsir lain yang saya teringin nak buat adalah "rod pocket curtain" . Cuma , rail langsir saya tu kena pula tukar kalau nak buat style "rod pocket curtain". Takperla, kita gunakan apa yang ada dulu lah yer.

Part lawak bila dah siap both panel tingkap tuh, terpendek pula kain langsir yang sebelah tuh. Jenuh buka balik langsir yang labuh tu untuk dipendekkan.  Pelik juga sebab rasanya masa buat tu dah ukur betul-betul. Haih...maklumlah beginner kan? seharian daku mengerjakan langsir bilik itu.

Saya hadkan labuh langsir setakat ini sahaja kerana ruang yang ada itu saya nak letak drawer atau meja kecil. Tak pasti lagi.

Seronok pula rasa bila dah nampak hasil kerja tangan sendiri. Ikutkan hati, macam-macam lagi nak diletak dan menghias apa yang patut. Tetapi, saya kena stop dulu untuk memberi laluan kepada persediaan anak-anak ke sekolah. Ntah bila, ada masa untuk saya mendeko lagi. Hujung tahun ini pula lah kot. Heheheh..

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

4 comments

  1. cantik hasilnya kak... warna biru tu pun lembut tapi sesuai la untuk bujang 2 orang tu kan... tak sabar nk tengok apa lagi akak nk deko

    ReplyDelete
  2. Superb! Saya pun tengah dalam mood nak deco bilik. Seronok!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah bagusnyaa kak Nany jahit sendiri langsir. Nani kan bab bab menjahit ni paaaling lemah sekali. Hahah! Awal awal dah surrender. Deco sendiri lagi puas hati kan kak :)

    ReplyDelete
  4. hai salam kenal kak nany :) wahhhhh puas hati ha dapat deco & jahit sendiri langsir. rajin kak nany haaa hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.