Ahzab – ha za ba. Hizb – bermaksud group / gang. Ahzab
adalah jamak ( many groups ). Bermaksud peperangan ini disertai oleh ramai sangat musuh kerana mereka terdiri daripada 3 kumpulan yang besar:
1) Bani Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan
2) Banu Ghatafan - orang-orang Badwi yang tinggal di kawasan 'tribe' dan mereka sebenarnya adalah askar upahan dan bukanlah beriya sangat untuk menang. Tetapi perjanjian adalah, jika peperangan ini menang maka Kota Madinah akan dibahagi sama rata.
3) Orang Yahudi Madinah - Bani Quraizah. Mereka ini sepatutnya di bawah perlindungan Nabi S.A.W, tetapi mereka merancang untuk belot Nabi dan orang Islam.
Peperangan Azhab ini berlaku pada tahun 5H. Sahabat-sahabat Nabi mengetahui bahawa tentera yang akan melawan mereka nanti adalah terlalu ramai. Mereka berasa sangat takut sehingga ALLAH S.W.T mengatakan hati/jantung mereka berada hingga ke kerongkong.
Berapa takutnya mereka dengan peperangan yang satu ini. Mereka juga sudah ada perasaan ragu-ragu terhadap ALLAH S.W.T.
Pengajarannya adalah - It's OK to be worried. Perkara ini jarang ditekankan dalam kehidupan kita. Kebiasaannya masyarakat kita merasakan hidup ini terlalu 'strict'.
Soalan-soalan seperti, ALLAH tolong aku ke tidak hari ini?
Sepatutnya jawapan dari kita adalah, InshaALLAH, ALLAH S.W.T akan tolong kamu.
Ianya akan menaikkan buah-buah Iman. Ada masa
kita ada doubt, marah, merajuk dan enggan bercakap dengan tuhan. It’s totally
normal.
Orang-orang Islam tetap menggali parit dan tiba-tiba
terjumpa batu besar yang susah sangat untuk dipecahkan. Lalu, Nabi S.A.W turun ke dalam
parit tersebut .Dengan lafaz bismillah, Nabi S.A.W pukul batu tersebut dan batu itupun
pecah sebahagian. Lalu Nabi S.A.W pun berkata "Allah melihatkan kepada ku kunci Yaman".
Kemudian dia pecahkan
sebahagian lagi, Nabi S.A.W berkata " ALLAH beri kepada kita kunci Syam"
Kemudian dia pecahkan batu
sekali lagi, Nabi S.A.W berkata " ALLAH berikan aku kunci kepada Iraq"
Dalam keadaan yang makanan, air tidak cukup dan hampir dengan peperangan. Nabi beri semangat yg diwahyukan oleh ALLAH S.W.T. Negara-negara yang disebut oleh Nabi S.A.W adalah negara yang mempunyai tamadun yang hebat.
Namun ada juga orang yang munafik yang menyindir.
Apa la….makan , minum pun tak cukup berangan nak tawan
negara lain.
Tetapi orang-orang Islam sangat percayakan kata-kata Nabi S.A.W. Mereka terlalu gembira dan bersemangat dengan berita yang disampaikan. Ternyata apa yang dikatakan oleh Nabi S.A.W itu semuanya benar belaka. Pada pemerintahan Umar Al-Khattab , semua tempat yang disebutkan itu menjadi jajahan Khalifah Ar-Rasyidin.
Dalam kerisauan, datang seorang lelaki bernama Nua’im dari Banu Ghatafan yang
menyelinap masuk dan datang ke khemah Nabi S.A.W . Dia bagi salam kepada Nabi
dan beritahu mahu masuk Islam. Ini bukti bahawa hidayah ALLAH tidak salah
alamat.
Nu’aim mahu membantu orang Islam dan dia bertanya kepada
Nabi, bolehkah jika tolong dengan
menipu? Nabi S.A.W pun menjawab boleh, kerana peperangan itu sendiri adalah
adalah tipu daya.
Dalam peperangan it’s OK utk hitamkan rambut supaya nampak muda dan
dapat menakutkan pihak musuh.
Keislaman Nu’aim hanya diketahui oleh Nabi S.A.W sahaja. Dia pergi
terus kepada banu Quraizah ( Yahudi ) dan berbincang dengan mereka. Kata Nu'aim:
Peperangan kita ni memang best kalau kita menang. Tapi aku risau
kalau kita kalah sebab aku yakin, orang-orang aku takkan berperang dengan
bersungguh.
Dan aku juga yakin bahawa Quraisy akan lari dahulu. You know what ,
kau akan kena paling teruk. Confirm kau semua akan dibunuh kerana kamu semua
pembelot.
Lalu Nu’aim mencadangkan untuk menghantar surat kepada kedua-dua
pihak. Minta 70 orang dari setiap kumpulan untuk disimpan dalam kem kau sebagai
insurance. Jadi, nanti susah lah mereka nak lari dlm medan perang. Bapa,
abang, adik ada dalam kem itu. Mereka pun bersetuju.
Selepas itu, dia pergi pula di sebelah pihak Quraisy pula, dia
cakap :
“Hei Quraisy, tadi aku dengar berita buruk. Orang Yahudi
di Madinah takut kalah. Jadi dia dah belot pada kita. Mereka dah janji dengan
Nabi, sebagai tanda menyesalnya yahudi ini , mereka berjanji untuk bunuh 70 orang
Quraisy dan 70 orang Bani Ghatafan.”
Asalnya, orang Quraisy tidak percaya. Lantas Nu’aim pun
berkata, “kau tunggu la apa yang aku cakap, semuanya betul nanti”
Setelah beberapa jam
Datanglah Bani Quraizah meminta 70 orang Quraisy untuk insurance.
The same goes to Bani Ghatafan. Akhirnya all groups
bersangka-sangka. Mereka tidak percaya antara satu sama lain.
Dalam kelam kabut tu, Abu Sufyan cakap. “Lantaklah apa yg
terjadi, esok kita perang sahaja walau apa pun yang terjadi”
TIba-tiba datang surat balas dari Yahudi. Dalam surat tersebut meminta untuk peperangan ditangguhkan pada hari lusa. Terus Abu Sufyan tidak percaya. Apa yang tidak diketahui oleh Abu Sufyan adalah – Hari Sabtu adalah hari untuk agama
sahaja buat orang Yahudi. Mereka tidak akan buat apa pun kecuali hal-hal agama sahaja.Mereka juga percaya bahawa, hari Sabtu adalah hari tuhan mereka berehat.
Akhirnya dalam kekalutan, Abu Sufyan pun bercadang untuk bermesyuarat malam sebelum peperangan berlaku. Tetapi sebelum mesyuarat itu bermula, ALLAH S.W.T turunkan angin dan hujan
yang sangat lebat. Semua makanan dalam mangkuk tumpah, khemah tercabut. Menyebabkan semua
orang hilang motivasinya.
Nabi berada di Madinah mendapat perkhabaran tentang mesyuarat yang akan dilakukan oleh Abu Sufyan ini.
Waktu Nabi SA.W dengar yg Abu Sufyan nak meeting pasal plan
perang esok. Nabi cakap, aku perlukan 1 volunteer utk pergi ke tempat musuh utk
dengar apa yang Abu Sufyan nak cakap. Nanti dia akan bersamaku di JANNAH.
Semua sahabat ketika itu sedang duduk , berkelubung
dan tiada sorang pun cakap "aku ya rasulullah!" Sebab semua orang dah terlalu
penat, lapar dan sejuk.
Nabi S.A.W ulang semula tawarannya kali ke-2
Hingga kali-3, Juga tiada siapa pun yang bangun,
Ini menunjukkan mereka juga manusia. Tetapi tiada siapa yang
volunteer. Lalu, Nabi S.A.W pun sebut nama Huzaifah. Huzaifah berasa takut sangat. Huzaifah menceritakan, Nabi S.A.W meletakkan
tangannya kepada dadaku. Lalu, badanku terasa hangat. Jadi aku rasa terus
berani.
Lalu dia pun berjalan berkelebung ke arah musuh. Aku berada sangat dekat dengan Abu Sufyan dan kalau lah aku lompat sedikit, aku boleh jer bunuh dia.
Tapi Nabi S.A.W pesan, dengar dan bawa balik berita sahaja.
Sebelum bermulanya mesyuarat itu, Abu Sufyan berkata 'sebelum kita mula, aku nak semua orang periksa orang di sebelah
who’s who. Tiba-tiba Huzaifah jadi takut sangat. Sebelum orang tanya aku, aku
tanya org lain dulu. Lantas, dengan pantas dan yakin dia pegang orang sebelah kanan bertanyakan nama dan asal usulnya. Selepas itu, dia bertanyakan pula orang di sebelah kirinya pula. Oleh kerana dia kelihatan sangat yakin dan berani, maka tiada sesiapa pun yang bertanyakan asal usulnya. Terselamat lah dia.
Akhirnya, Abu Sufyan memutuskan yang kesemua mereka akan pulang malam itu juga. Tiggalkan semua dan
tidak jadi berperang.
Ketika Huzaifah mahu pulang ke Madinah. Dia jumpa 20 tentera berkuda yang pelik dan kacak-kacak belaka. Kata salah seroang darinya "
Cakap
pada ketua kamu, kami sudah buat kerja kami"
Nabi S.A.W memberitahu bahawa itulah sekumpulan Malaikat yang
ALLAH turunkan untuk bantu kita. Malaikat datang untuk takut-takut kan mereka.
Sebab itulah Abu Sufyan putus asa. Jadi, perang Azhab pun
selesai. Nothing really happen walaupun perang itu dirancang dengan begitu teliti.
Marilah kita memahami lafaz takbir hari raya yang mengigatkan kita dengan peperangan Ahzab ini :
لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
صَدَÙ‚َ ÙˆَعْدَÙ‡ُ
yang benar janji-Nya
ÙˆَÙ†َصَرَ عَبْدَÙ‡ُ
dan yang menolong hamba-Nya
ÙˆَØ£َعَزَّ جُÙ†ْدَÙ‡ُ
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
ÙˆَÙ‡َزَÙ…َ الأَØْزَابَ ÙˆَØْدَÙ‡ُ
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ Ø£َÙƒْبَرُ Ùˆَللهِ الْØَÙ…ْدُ
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Bukti yang ALLAH mampu buat apa sahaja. Kerja kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal.