Belajar Sirah Secara Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS- SIRI 2 : Pemboikotan Rasulullah S.A.W dan orang Islam di Mekah.

By Friday, October 16, 2020 ,

Pemboikotan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabatnya berlaku pada tahun ke -7N ( kenabian) sehingga hampir 10N (kenabian). 

Selain dari berlakunya pemboikotan pada tahun ke-7N ini, Umar Al-Khattab R.A dan Hamzah R.A ( bapa saudara Nabi )  telah memeluk Islam. Dan selepas itu, lebih ramai orang Quraisy yang memeluk Islam.

Abu Jahal dan sekutunya tidak berpuas hati. Lantas mereka melakukan persidangan 'parlimen' di sebuah tempat yang bernama Darun Nadwah ( tempat memanggil )  yang terletak di antara Bukit Safa & Marwah. 

Abu Jahal adalah nama panggilan yang diberikan oleh Nabi dan sahabat-sahabatnya kepada dia. Namun, orang lain memanggilnya sebagai Abu Hakam. Nama sebenar Abu Jahal adalah Amru Ibn Hisham.

Antara cadangan yang disuarakan adalah untuk memboikot :

1) Bani Hashim

2) Bani Muttalib

Mereka tidak boleh berkahwin, mengadakan jual beli dan tidak dibenarkan untuk menunjukkan simpati kepada orang-orang dari kalangan Bani Hashim dan Bani Muttalib. 

Tidak banyak cerita yang dikongsikan sepanjang hampir tiga tahun pemulauan ini berlaku. Tetapi ada dua cerita yang dikongsikan oleh Dok Jefri semalam. 

Saʿd ibn Abī Waqqās salah seorang dari sahabat nabi pernah menceritakan 

"Aku berjalan-jalan di waktu malam, sehingga laparnya aku apabila terpijak sesuatu yang lembik. (Ketika itu dia fikirkan daging atau sesuatu yang boleh dimakan). Tanpa berfikir, aku ambil sahaja benda itu dan terus makan. Sehingga hari ini, aku tidak tahu apakah benda itu".

Selain daripada itu, ada juga yang yang menceritakan bahawa mereka pernah terjumpa kulit haiwan kering dan kulit itu direndam untuk diminum bersama-sama. 

Betapa sengsaranya keadaan Nabi dan sahabat-sahabat yang lain. Namun mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

Dalam keadaan yang getir dan menyedihkan ini, ada orang Quraisy yang bukan beragama Islam masih boleh berfikir dengan waras dan baik. Dia adalah seorang "Negarawan" bukan Islam kerana contoh yang ditunjukkannya sangat mahal.

Orang itu adalah bernama Mut'in Ibn Adi'.

Mut'in pernah menghalakan unta yang sarat dengan makanan untuk diberikan kepada orang-orang Islam yang berada di perkampungan mereka sendiri. Tidak jauh dari Mekah. Dia melakukan perkara ini beberapa kali tanpa pengetahuan Abu Jahal dan sekutunya yang lain.

Akhirnya, setelah hampir 3 tahun berlaku nya pemulauan ini beberapa orang Kafir Quraisy sedar bahawa sampai bila pemulauan terhadap saudara-mara mereka ini berterusan. 

Dalam mesyuarat seterusnya, Mut'in iIbn Adi' bersama empat orang lagi rakannya yang juga bukan bergama Islam, berpakat untuk mencadangkan supaya pemulauan terhadapa Nabi dan orang-orang Islam yang lain dihentikan. 

Antara strategi Mut'in dan rakan-rakannya adalah untuk tidak duduk bersama ketika persidangan berlangsung. Mereka perlu duduk jauh-jauh supaya Abu Jahal dan lain-lain tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Maka bersuara lah Mut'in dengan memberi cadangan untuk menghentikan sahaja pemulauan itu. Belum sempat Abu Jahal menjawab, terdengar satu suara di belakang yang menyokong cadangan Mut'in ini. Seterusnya lagi dua orang rakannya yang lain juga mencelah dan meyakinkan Abu Jahal dan sekutu-sekutunya tentang cadangan yang diutarakan oleh Mut'in tadi.

Akhirnya semua pun mengangguk tanda setuju dan berakhirlah pemulauan terhadap Nabi dan orang-orang Islam. Namun begitu, akibat daripada pemulauan ini ramai yang jatuh sakit termasuklah isteri dan bapa saudara kesayangan Nabi iaitu Saidatina Khadijah r.a dan Abu Talib. 

Bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib  meninggal dunia dahulu pada bulan Rejab dan selang tiga bulan selepas itu pada bulan Ramadan, isterinya pula Saidatina Khadijah pula meninggal dunia.

Pada ketika ini Nabi Muhammad S.A.W berasa sangat-sangat sedih. Kerana orang-orang yang sentiasa berada di sisinya kini sudah tiada. 

Kesedihan Nabi Muhammad S.A.W memberitahu kita it's OK untuk bersedih, it's OK untuk kita menangis. Janganlah kita cuba untuk menafikan perasaan sedih itu. Seperti kita ingin bagitahu pada orang yang dalam kesedihan itu yang dia tidak cukup Iman dan tidak cukup sabar. 

Jika kita teruskan sikap sebegini, orang yang dalam keadaan kesedihan itu akan lebih tertekan dan merana.

Selepas itu, Nabi berada di bawah perlindungan pakcik yang lain iaitu Abu Lahab. Namun begitu, ianya hanya bertahan selama 20 hari sahaja dan kemudian Abu Lahab memutuskan perlindungan tersebut akibat hasutan jahat yang didengari olehnya.

Lahab di sini bermaksud menyala-nyala. Ini adalah kerana wajahnya yang 'handsome' bercahaya , menyala-nyala. Abu Lahab juga kaya, berkedudukan dan mempunyai isteri yang cantik. Dengan namanya "Lahab" ini ALLAH S.W.T menyindirnya dalam surah Al-Lahab sempena namanya ( surah ke-111 )


سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ ٣

Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak

Kerana tiada siapa yang mahu memberikan perlindungan kepada Nabi S.A.W di Mekah, maka Nabi S.A.W yang ditemani oleh anak angkatnya Zaid Ibn Harithah  pergi ke Thaif.

Dari Mekah Nabi S.A.W dan Zaid Ibn Harithah r.a pergi mendapatkan perlindungan di Ta'if.

Yakinnya Nabi S.A.W bahawa ada ahli saudara keluarganya / kenalan di Ta'if yang dapat memberikan perlindungan kepada nya. Namun tidak seperti yang diharapkan.

Kesemua orang yang Nabi hampiri mereka menolak dan tidak dapat menerimanya. Salah seorang dari mereka berkata lebih kurang seperti ini :

"Kenapa? Tuhan dah tiada orang lebih baik dari kau ke?"

"Kalau kau Nabi, kedudukan kau tak sesuai dengan aku. Dan kalau kau penipu, juga tak sesuai dengan aku"

Betapa sedih dan kecewanya Nabi. Namun, terus berjalan dan cuba bercakap dengan orang lain pula. Tetapi dia dibaling dengan batu oleh kanak-kanak yang disuruh melakukan perkara tersebut.

Pergi la mereka keluar dari tempat itu dengan kedua-dua badan mereka luka. Sehingga sampai ke suatu kebun ( garden ). Setelah Nabi berdoa dan merintih kepada ALLAH S.W.T. 

Mendengar rintihan Rasulullah itu, Allah telah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". 

Jawab Rasulullah Saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” 

Lalu Jibril berkata, “Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang.

Pulang dari Thaif, mereka berdua menunggu di pintu masuk Mekah. Nabi utuskan surat kepada 4 /5 orang  untuk dapatkan perlindungan .

Surat pertama, kedua  dan ketiga   ditolak dengan cara yang baik. Nabi menerima dengan redha. Kemudian,  Surat yang ke empat / lima  surat sampai kepada Mut'im Ibn Adi' . Semangat kekitataan dan kerakyataannya terus naik. Terus dia berkata kepada empat org anak lelakinya. Pakai baju perang sekarang yang lengkap dengan pedang . Agak pelik apabila orang pakai baju perang ketika waktu aman.

Mut'im Ibn Adi' memerintahkan supaya anak-ananknya untuk pergi sehingga ke hujung Mekah, bawa Muhammad datang ke sini. Selepas Nabi sampai ke rumahnya,  Mut'im memakai  baju besi, bawa pedang dan berjalan sambil mengawal Nabi sehingga sampai ke Ka’bah. Mereka biarkan Nabi untuk tawaf dahulu. Habis sahaja Nabi bertawaf, Mut'im Ibn Adi' buat pengumuman dengan beraninya bahawa Nabi Muhammad S.A.W secara rasminya di bawah perlindungannya. 

Semua orang terkejut kerana Mut'im adalah antara ketua kabilah yang kuat, berpengaruh dan terkenal di kalangan orang Quraisy.

Mut'im melakukan ini adalah kerana dia menjalankan tugas nya sebagai ketua kabilah. Nabi berada di bawah perlindungannya selama dua - tiga tahun. Sehingga lah Nabi berhijrah ke Madinah.

Dipendekkan cerita, setelah Mutim bin Adi meninggal dunia, peristiwa Perang Badr pun berlaku di mana umat Islam menang dan mendapat ramai tawanan perang. Setelah mendapat tawanan perang yang ramai, Rasulullah SAW bersabda:

"Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan bebaskan dia." (HR Bukhari 4023)

Pada saya, ini adalah pengajaran dan iktibar yang perlu kita ambil perhatian. Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W melayan dan respons kepada orang yang belum / bukan muslim. Di manakah amalan dan pemikiran kita terhadap mereka yang muslim ini selama ini?

Saya selitkan juga artikel berkaitan dengan Mut'im Ibn Adi' versi Bahasa Inggeris. Tepat menuju ke hati. 

 https://aboutislam.net/reading-islam/about-muhammad/3-non-muslims-praised-prophet-muhammad/

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua. Habis siri ke-2. InshaALLAH, kita tunggu siri-3 pula ya.




You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.