Kelas Fencing ( Lawan Pedang ) untuk kanak-kanak di SPARTAN CENTRE Puncak Jalil ( PUJ )
Assalammualaikum w.b.t
Sebenarnya Uwais baru sahaja menyertai kelas fencing ini pada bulan Mac yang lalu. Tetapi disebabkan wabak Covid-19, jadi kelas direhatkan seketika sehingga bulan Julai baharu saya hantar dia semula ke kelas fencing.
Pusat fencing ini terletak di PUJ 3 /9 , Taman Puncak Jalil di tingkat atas ( menghadap jalan raya ). Kelas diadakan setiap sekali atau dua kali seminggu. Pada mulanya, saya hanya menghatar Uwais sekali seminggu sahaja iaitu pada hari Ahad . Namun, setelah saya lihat dia ada kesungguhan dan berminat untuk bermain, jadi saya hantar dia dua kali seminggu. Sabtu malam dan Ahad pagi. Tempoh kelas berlangsung pula adalah selama 1 jam 30 minit.
Kenapa fencing?
Sebab saya mahukan anak-anak saya selain dari belajar di sekolah, ada juga aktiviti lain dan kemahiran yang dia boleh gilap. Memandangkan dia masih muda, saya rasa ini waktu terbaik untuk masukkan dia ke dalam kelas fencing.
Sebenarnya di sekolah dia belajar ada juga kelas taekwondo, namun begitu dia tidak berapa minat. Setiap hari yang ada kelas taekwondo, selalu juga lah dia beri alasan tidak mahu ke kelas tersebut.Ditambah lagi apabila semua aktiviti kokurikulum direhatkan buat seketika sehingga keadaan benar-benar pulih. Mungkin sehingga tiada kes langsung. Juga mungkin pergerakan-pergerakan yang ada itu diulang-ulang selain perlukan hafalan untuk menaik tarafkan warna tali pinggang.
Untuk ke kelas catur pula agak jauh dari rumah saya iaitu di Putrajaya. Jika dahulu agak gigih juga ulang alik ke sana pada setiap hari Ahad. Tetapi segala-galanya berubah setelah PKP yang bermula pada bulan Mac yang lalu.
Yuran sebulan adalah RM150 sebulan untuk 4 kali kelas manakala RM200 untuk 8 kali kelas. Saya rasa harganya agak OK jika dibandingkan dengan kelas fencing lain yang pernah saya tinjau di alam maya.
Alatan sukan seperti pedang dan uniform boleh dibeli secara berperingkat memandangkan harga setiap satu barangnya memang boleh tahan mahal.
Dinyatakan di situ bahawa harga barang adalah bergantung kepada perubahan tukaran wang asing semasa ( USD ) 😅. Barang yang Uwais masih belum ada adalah chest protector , breeches dan wayar. |
Bersama ahli kumpulan ADIDAS BIRU |
Bersama kawan-kawan fencing SPARTAN dan coach. |
Sesiapa yang berminat mencari sukan fencing ( lawan pedang ) boleh lah menghubungi no. yang tertera seperti di dalam poster di atas.
Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca~
3 comments
Menarik.. jarang jarang jumpa orang ambil kelas fencing!
ReplyDeleteI really wanna try to play Fencing.. But idk where can i find a Fencing class in Perlis neither Kedah
ReplyDeleteIf anyone know any classes please reach me on gmail
Deleteqasehgamez@gmail.com
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.