SIRI-4 : Peperangan Uhud ( Belajar Sirah Secara Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS )
Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke-3H iaitu setahun selepas Perang Badar. Kaum Quraisy mahu menuntut bela di atas kekalahan Perang Badar yang berlaku pada tahun sebelumnya. Sebelum Perang Uhud ini berlaku, ada dua golongan yang berbincang tentang di manakah lokasi peperangan yang mereka setujui.
Golongan muda berpendapat bahawa berperang sahaja di luar kota Madinah manakala golongan yang agak berusia pula memilih untuk berperang di dalam Kota Madinah. Ini adalah kerana, Madinah itu sendiri adalah benteng. Dan orang-orang kampung termasuk golongan perempuan / kanak-kanak juga boleh membaling batu ke arah musuh dari dalam benteng itu sendiri.
Dua golongan ini bertelagah sesama sendiri dan akhirnya golongan yang agak berusia ini mengalah dan bersetuju untuk berperang di luar Kota Madinah. Nabi S.A.W mengikut sahaja pendapat majoriti. Lantas Nabi S.A.W pun menukar pakaiannya kepada pakaian perang.
Sewaktu itulah, mereka terus bertelagah. Datang rasa menyesal di dalam diri golongan muda ini. Lantas mereka menyuruh salah seorang sahabat Nabi S.A.W iaitu bapa saudara nya iaitu Hamzah Ibn Muttalib untuk memberitahu bahawa perang sahaja di dalam Kota Madinah.
Tetapi Nabi S.A.W bgaitahu bahawa tidak sesuai jika seorang Nabi yang sudah siap berpakaian perang untuk menukar semula pakaiannya. Lalu mereka pun pergi lah ke medan peperangan. Nabi S.A.W telah melantik Mus'ab Ibn Umair dari bani Abd Dar untuk memegang bendera.
Apa yang menariknya adalah, di sebelah pihak musyrikin Quraisy juga melantik seseorang dari keturunan Abd Dar untuk memegang bendera.
Keturunan Bani Abd Dar memang sudah ditugaskan untuk memegang bendera peperangan. Sudah menjadi adat orang Quraisy dari zaman datuk nenek moyang mereka bahawa setiap bani itu mempunyai tugas-tugas khas yang telah ditetapkan. Termasuklah pemegang kunci Ka'abah, pemberi minuman dan makanan kepada orang yang datang untuk mengerjakan Haji
Pengajarannya adalah :
Nabi meneruskan adat-adat yang tidak menganggu akidah. Ianya boleh diteruskan tidak ada sebarang masalah.
Strategi Peperangan :
Orang Islam berjumlah seramai 700 orang manakala di pihak lawan pula adalah seramai 3000 orang. Nabi S.A.W juga telah menempatkan seramai 50 orang pemanah di atas sebuah bukit yang bernama Jabal Rumat. Nabi S.A.W berpesan supaya jangan ditinggalkan bukit itu walau apapun yang terjadi. Biarpun mayat-mayat orang Islam ramai yang bergelimpangan. Tunggu sehingga arahan dari aku sampai.
Archers - Di situlah pemanah-pemanah orang Islam ditempatkan di Jabal Rumat.
Separuh masa pertama , orang Islam menang dengan mudah kerana
taktik yang sangat bagus. Apabila sudah menang, Orang Quraisy lari bergelimpangan.
Orang kafir Quraisy lari tinggalkan harta – harta yg ditinggalkan bukanlah beg duit, emas, katil dsb. Tetapi adalah benda-benda berat yang menyebabkan mereka susah hendak lari – baju perang, perisai dan pedang.
Lalu org Islam di dataran pun gotong royong kumpulkan harta. Pemanah di atas bukit tengok sahaja. Kita nak buat apa ini? Tunggu sahaja ke? Lalu ketua mereka pun mejawab 'ya tunggu sahaja' . Sampai kebosanan semuanya sebab menunggu. Akhirnya, 40 org dari 50 pemanah pun turun dari bukit tanpa ingat pesanan Nabi.
Dalam peperangan ini ketuanya adalah Abu Sufian, di kiri ada Khalid Al-Walid dan kanan adalah Ikrimah iaitu anak Abu Jahal.
Pertama kali kita dengar Khalid Al-Walid di dalam peperangan buat sesuatu. Semua orang lari semata-mata untuk selamatkan diri kecuali Khalid Al-Walid. Dia lari sambil pandang belakang dan berfikir, apa masalah kita sebenarnya. Sebab bilangan tentera jauh lebih ramai.
Lalu terlihatlah dia bahawa Jabal Rumat itu lah penyebab utama kekalahan mereka. Dia pun tangkap tentera yang berkuda lalu dibawanya ke bukit tersebut.
Apabila tinggal 10 orang sahaja di atas bukit itu maka mudahlah untuk dibunuh oleh Khalid dan tenteranya. Lantas mereka pula menghujani anak panah dari atas. Orang Islam waktu itu keliru dan bingung lalu lari lintang pukang.
Di dalam perang Uhud ini terbahagi kepada empat golongan :
1) 1) Nabi Bersama Talhah Ibn Ubaidallah dan Sa’ad B.Ibn Waqqas + 9 orang Ansar . ( 11 org )
2) 2) Golongan yang ingatkan Nabi sudah mati. Terkeliru dengan Musa'b kerana pakaian perangnya pun lebih kurang sama dengan Nabi punya. Mereka berputus asa, tertunduk.
3) 3) Lari dari medan perang – balik ke Kota Madinah – Saidina Uthman kerana keliru. Turunnya ayat Al-Quran bahawa ALLAH S.W.T telah megampuninya.
4) 4) Mereka yang masih kuat bertahan.
Khalid terlihat kumpulan yang cuba melindungi seseorang. Lalu mereka yang berjumlah 50 orang ini kejar mereka . Nabi fikir tidak logik untuk terus berlari. Perlu ada sesorang back up supaya berlawan dengan 50 org ini supaya Nabi dapat lebih masa untuk selamatkan diri.
Nabi S.A.W memberikan tawaran bahawa sesiapa yang tolong aku dan tahan aku, dia akan bersama dengan aku di Jannah. Tampil lah seorang demi seorang dari kaum Ansar berlawan dengan pihak musuh. Akhirnya kesemua org Ansar itu mati. Lalu, Nabi menoleh kedua-dua sahabatnya dan Nabi berkata. Aku rasa kita tidak adil berlaku kepada rakan-rakan kita.
Nabi menunjukkan yg kita semua manusia biasa. Walaupun kamu semua mati syahid, tetapi kami tetap rasa bersalah.
Tinggallah Talhad dan Sa'ad Ibn Waqqas bersama Nabi S.A.W.
Kedua sahabat ini bersunggh-sungguh tolak dada Nabi ke celah-celah gunung. Sebab Nabi sibuk beritahu dan tunjuk di mana musuh-musuh berada.
SA’AD IBN WAQAS
Nabi cuba untuk kutip anak panah dan bagi pada Sa’ad kerana Sa’ad adalah pemanah terbaik.
Ada satu masa, Nabi bagi pada Sa’ad. Dia terlihat anak panah itu sudah sumbing. Lalu, Sa’ad teragak-agak, Nabi pun berkata :
Irmi ya Saad! ( lemparkan sahaja Saad ) Aku korbankan mak dan bapa aku untuk kau – ini pertama kali Nabi guna perkataan orang Arab apabila mereka stress untuk beritahu sesuatu.
Fidda ka abi ya ummi ( kata penguat )
Umpama seperti : Laju giler, hebat giler,
Biasanya orang-orang mufti dia tak kan cakap perkataan seperti ini kerana tidak sesuai. Sa’ad sangat bangga dengan perkataan tersebut.
TALHAH Ibn Ubaidillah
Datang satu musuh dekat dengan Talhah. Pedang terkena tangannya. Terkena di uratnya lalu Talhah jerit “ISHHHH !!!!”
Nabi tegur, kalaulah kamu sebut ALLAH – Malaikat bersedia mengangkat mu ke Syurga.
Ada ulama berpendapat, Nabi nak indicate pada Talhah bahawa syurga sangat dekat Talhah.
Ada org tanya : apa contoh org yang syahid
Nabi jawab : kalau nak tahu, sambal dia tunjuk pada Talhah. Itulah Syahid tetapi masih bergerak di atas muka bumi. Kerana terlalu banyaknya luka yg dia dapat yang hampir dia terbunuh.
Talhah akan pergi ke peperangan lain selepas itu hanya sebagai simbolik kerana tangannya lumpuh akibat tercedera kerana mempertahankan Nabi S.A.W.
Peperangan Uhud dikenali sebagai Yaumul Talhah ( Hari Talhah ) kerana dia sangat perform pada hari peperangan itu .
Antara yang syahid di dalam peperangan Uhud ini adalah bapa saudara Nabi sendiri iaitu Hamzah Ibn Muttalib dan Mus'ab Ibn Umayr.
Kesimpulannya :
Tiada satu hadis pun yang ada mengatakan "sebab koranglah kita kalah. Even dari mulut Nabi S.A.W. Orang Islam tidak salahkan sesama kita kerana ianya takdir dan ada hikmah yang berlaku"
Itu antara pengajaran besar yang Doktor Jefri sampaikan sebelum mengakhiri kelasnya. Stop blaming each others and keep moving on. Mungkin pengajaran itu telah diketahui. Maka, tidak perlu lah mengungkit kembali kisah yang silam.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.