Belajar Sirah Secara Online Bersama Doktor Jefri Irwan Haris Anjuran PETRONITA & PETRONAS- SIRI 3 : Peperangan Badar

By Tuesday, October 20, 2020 ,

 

Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka dipaksa meninggalkan harta benda di kampung halaman mereka di Mekah. Salah seorang daripada mereka adalah Suhayb Ar-Rumi yang merupakan seorang hamba. Walaupun Suhayb seorang hamba, tetapi dia sangat kaya kerana 'bos' nya dahulu seorang yang berpangkat dan berharta. Segala harta kekayaan milik bosnya diberikan kepada hambanya iaitu Suhayb Ar-Rumi.

Selepas Suhayb meninggalkan Mekah dan menaiki unta nya untuk menuju ke Madinah, beberapa orang kafir Quraisy menahannya dan memaksa dia menyerahkan juga unta yang sedang ditunggangi. Lantas dia terasa sangat geram seperti seolah-olah dibuli.

Namun, dengan berat hati dia terpaksa juga menyerahkan unta nya itu kepada orang kafir Quraisy. Berjalan lah Suhayb menuju ke Madinah. Apabila Nabi yang ketika itu berada di Quba melihat Suhayb merangkak kerana terlalu letih dan mukanya penuh berdebu.

Berkata lah Nabi kepada Suhayb :

“Perniagaanmu telah untung"

Bermaksud, apa yang digadai dan dikorbankan adalah begitu setimpal dengan apa yang dilakukan olehnya.

Pada bulan JamadilAwal 2 Hijrah, Nabi mendapat tahu bahawa ada rombongan seramai 40 orang yang diketuai oleh Abu Sufian melakukan 'rehlah' iaitu perdagangan ke Syiria. Lalu, Nabi mengajak orang-orang Islam di Madinah untuk sekat dan merampas harta benda mereka. Kerana ingin mengmabil semula harta yang telah dirampas sebelum ini.

Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Abu Sufian dan terus Abu Sufian mengambil jalan yang lain iaitu tidak melalui Madinah untuk sampai ke Syiria.

Sumber carian : Wikipedia
 

Maka gagal lah ekspedisi pertama Nabi ketika itu. Selepas lebih kurang empat bulan berdagang di Syria, Abu Sufian dan rombongannya yang sarat dengan hasil dagangan mahu pulang ke Mekah. Sekali lagi, mereka tahu rancangan Nabi dan orang-orang Islam yang cuba untuk menahan mereka.

Lantas, Abu Sufian menghantar kudanya dengan pantas menuju ke Mekah untuk memberitahu Abu Jahal bahawa harta nya sudah dirampas oleh pasukan Nabi. Apabila, Abu Jahal menerima sahaja berita tersebut, lantas dia mengumpulkan pasukannya seramai 1000 orang.

Pada ketika itu, Nabi tidaklah berniat langsung ingin berperang. Dengan orang Islam yang berjumlah 300 orang. Orang Ansar seramai 240 dan orang Muhajirin seramai 60 orang.Mereka tidaklah lengkap berpakaian perang. 

Saidina Uthman r.a yang mahu mengikuti rombongan ini telah dihalang oleh Nabi kerana Nabi tahu keadaan isteri nya yang sedang sakit. Lagipun, ketika itu di dalam fikiran Nabi, memang tidak rancangan untuk berperang pun. Mereka hanya mahu gertak orang kafir Qurasy dan merampas harta-harta yang ada.

Ketika dalam perjalan pulang dari Syiria ke Mekah, Abu Sufian sekali lagi mengambil jalan yang lain sehingga tidak dijumpai oleh pasukan Nabi.

Dalam masa yang sama, pasukan Abu Jahal sudah bergerak dari Mekah menuju ke arah Madinah.

Sebelum berperang, Nabi sempat bertanyakan pendapatan kepada sahabat-sahabatnya tentang peperangan ini. Lantas Abu Bakar  r.a menjawab :

Kita perangi sahaja mereka Nabi.

Nabi terus bertanyakan lagi soalan yang sama. Kemudian, Umar Al-Khattab r.a pun bangun dan memberikan jawapan yang sama seperti Abu Bakar.

Nabi terus lagi bertanya.

Sehingga ada seorang ahli Ansar yang bernama Sa'ad Ibn Mu'az pun menjawab.Mungkin barangkali kamu mahu mendengar jawapan dari kami. Ya Rasulullah, semasa kami berbaiah dengan kamu dahulu, kami sudahpun berjanji untuk sehdup semati. Ajaklah kami walaupun masuk ke dasar lautan. Kami tetap bersama dengan mu.

lantas jawapan Sa'ad Ibn Mu'az itu disambut dengan laungan takbir dari sahabat-sahabat yang lain.

Dari kisah ini ketahuilah kita bahawa Nabi merupakan seorang yang sangat menepati janji. Ini kerana di dalam perjanjian Aqabah sebelum ini, tidak dinyatakan bahawa sekiranya peperangan berlaku di tempat mereka iaitu Madinah adakah mereka akan bersama-sama Nabi.

Walaupun Nabi tahu bahawa dia boleh menggunakan cara paksaan, tetapi Nabi tidak suka dengan cara tersebut.

Setelah saf disusun dengan rapi dan kemas. Nabi mengangkat tangan dengan tinggi dan berdoa dengan sungguh-sungguh kepada ALLAH S.W.T. Hal ini menyebabkan Saidina Abu Bakr datang dan menenangkan Nabi yang pada ketika itu kelihatan agak tertekan.

Antara doa Nabi adalah :

Ya Allah, jika kau tak menangkan kita hari ini. Aku takut nanti tiada orang yang mahu menyembah MU.

Kedengaran doanya seperti memaksa ALLAH. Tetapi, cuba kita semak semula doa-doa yang kita baca selepas solat. 

Semuanya memang 'minta'. Jauhkan aku dari api neraka. Jauhkan aku dari azab kubur. Masukkan aku ke dalam syurga. Berikan aku kesihatan yang baik.

Tiada pula kita menambah, ampunkan aku Ya ALLAH jika kau mahu. Bererti sememangnya kita selalu meminta pada ALLAH S.W.T bukan?

Apabila Nabi berdoa banyak kali meminta pada ALLAH, maka turunlah ayat Al-Quran 

 Al-Anfal ayat 9.

إِذۡ تَسۡتَغِيثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَڪُمۡ أَنِّى مُمِدُّكُم بِأَلۡفٍ۬ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُرۡدِفِينَ

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb-mu, lalu diperkenankan-Nya bagimu ‘Sesungguhnya aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut’.”

Setelah berdoa, Nabi pun masuk ke khemah.

Sa'ad Ibn Mu'az berkata kepada kepada Nabi supaya Nabi duduk sahaja di dalam khemah dan biarkan mereka yang berperang. Sa'ad juga berpesan kepada Nabi, jika nampak akan ada kekalahan nanti hantarlah 'distress note' supaya dapat bantuan dari penduduk Madinah yang lain. Ataupun pulanglah ke Mekah.

Jadi, janganlah salah faham mengatakan bahawa Nabi sentiasa berada di barisan pertama untuk setiap kali peperangan.

Menurut apa yang disampaikan lagi oleh Doktor Jefri berkaitan dengan malaikat ini. Ada Malaikat yang menyerupai Zubair Al-Awwam. Orang kafir Quraisy perasan bahawa kuda perang yang digunakan oleh Malaikat kelihatan berlainan warnanya. Juga mereka kelihatan sangat tampan dan kacak.

Antara cerita lain adalah, tidak semua orang yang dari Mekah itu betul-betul mahu berperang. Orang tersebut tidak pasti samada Islam ataupun tidak tetapi yang pasti memang penyokong Nabi. 

Dia adalah bapa saudara Nabi iatu Abbas. Bapa saudara nya ini sebenarnya adalah pengintip Nabi di Mekah. Semua cerita dan berita akan disampaikan kepada Nabi. 

Antara pesanan Nabi kepada orang Islam sebelum berperang bermula adalah, jika terjumpa Abbas, jangan dibunuh tetapi tangkap sahaja dia.

Sejam sebelum peperangan yang sebenar berlaku, adanya mubazarakh ataupun dual / sparring di antara pihak lawan.

Orang kafir Quraisy menghantar tiga orang iaitu :

Uthbah Ibn Rabi'ah - Ayah kepada Abu Hudaifah B. Uthbah

Al-Walid B. Uthbah - adik beradik kepada Abu Hudaifah B. Uthbah

Syaibah Ibn Rabi’ah - bapa saudara Abu Hudaifah B. Uthbah.

Ketika itu, Abu Hudaifah sahaja yang masuk Islam dan dia pihak sebelah Nabi. Melihat kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata. Dia rasa tidak adil kepad apa yang berlaku kepada bapa saudara Nabi iaitu Abbas.

Nabi berasa sedih  dan meminta Umar menjelaskan hal tersebut kepada Abu Hudaifah. Menangislah Abu Hudaifah kerana berasa kesal sekali dengan tindakannya yang tidak puas hati itu. 

Dia berkata, ALLAH takkan ampunkan dosanya selagi darahnya tidak tumpah untuk mempertahankan Nabi dan agama.

Setiap kali peperangan, pasti Abu Hudaifah akan menyertainya. Dia hidup sehingga Nabi wafat. Tetapi, tidak lama kemudian akhirnya dia gugur syahid di medan Perang Yamamah bersama dengan anak angkat kesayangannya Salim.

Peperangan Badar yang berlangsung selama lima jam ini dimenangi oleh orang Islam. Seramai 14 orang Islam yang mati. Di pihak lawan pula, seramai 70 orang mati dan 70 orang ditawan.

 


 

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.