Sudah lama saya tidak menerima tempahan menjahit sarung Al-quran. Permintaan seorang sahabat usrah di taman perumahan saya meminta untuk dijahitkan sehelai sarung Al-Quran buatnya. Dia juga meminta agar saya membuatkan tempat khas untuk diletakkan pen dan alat tulis yang lain.
Saya terpaksa melihat semula tutorial di Youtube kerana terlupa bagaimana mahu menjahit sarung Al-Quran yang ada poket serta zip di hadapannya.
Saya kongsikan tutorial menjahit sarung Al-Quran untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan dan rakan-rakan yang berminat ( jika ada )
|
Ini bahagian belakang sarung. Kedua kain yang bercorak hendaklah diletakkan seperti di dalam gambar di atas . Kain yang bercorak itu perlu dahulu dijahit di bahagian tepi untuk tujuan kekemasan. Ianya akan bertindak sebagagi poket di kiri dan kanan. Ukuran pula bergantung kepada saiz buku / Al-quran yang akan digunakan nanti. Pastikan kedua belah hujung poket atas dan bawah ada lebihan sedikit dalam setengah inci. Kemudian, jahit lurus ( kain di sebelah kanan ) untuk temukan satu bahagian dahulu . Kain yang ada pin tu, jangan dijahit dahulu ya.
|
|
Jahit lurus untuk temukan poket dengan kain kosong.
|
|
Antara bahagian-bahagian lain yang diperlukan untuk dijahit di bahagian panel hadapan sarung. |
| | | |
|
|
1x Kain A : Lebar adalah 4". Lipat setengah inci seperti gambar di atas. Panjang kain pula adalah 10.5 "
2x Kain B : Lebar adalah 2". Lipat dahulu di bahagian tengah. Kemudian, buka lipatan. Lipat lagi di kedua-dua bahagian kain supaya kelihatan seperti gambar di atas.
1x Zip : Panjangnya adalah 8"
2c Kain C : Lebar adalah 2' dan panjang adalah 3.25". Lipat dua bahagian seperti gambar di atas.
|
Jom kita cantumkan zip dahulu. Gantikan tapak jahitan dengan tapak untuk menjahit zip.
|
|
Selitkan salah satu kain B di bahagian atas zip dan kain C di kedua belah-belah hujung zip.Pinkan supaya nanti mudah untuk dijahit.
|
|
Jahit betul-betul tepi zip
|
|
Hasil akhir jahitan
|
|
Jahitkan kain A dengan zip di bahagian atas yang sudah dilipat sebanyak setengah inci. Pinkan satu lagi kain B di bahagian bawah kain A. Kemudian jahit lurus.
|
|
Kemudian, ambil satu lagi panel bahagian hadapan sarung Al-Quran. Letakkan bahagian poket seperti di dalam gambar di atas. Jarak dari hujung kain adalah lebih kurang 2 inci. Kemudian, jahit lurus untuk mencantumkan poket tersebut ke atas kain panel bahagian hadapan. | | | |
|
|
Letakkan kain panel luar yang mula-mula kita jahit tadi seperti gambar di atas. Poket sisi adalah di bahagian belakang bercantum dengan poket berzip.
|
|
Apabila diselak, begini keadaannya ya!
|
|
Jahit lurus seperti gambar di atas. Jangan jahit di sebelah yang ada pin-pin tersebut.
|
|
Apabila sudah siap dijahit keliling kain itu. Cabut pin-pin di sebelah yang tidak dijahit dan bawa keluar kain tersebut untuk diterbalikkan supaya menjadi seperti gambar di atas.
|
|
Jahit tepi dan kemudian terbalikkan supaya bahagian kain yang cantik akan berada di luar.
|
|
Rupa bahagian dalam sarung
|
|
Bahagian luar sarung
|
Sekian tutorial dari saya. Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua.
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.