Cerita anak-anak berkhatan di PCMC ( Prince Court Medical Center ) Hospital.
By NanyFadhly Wednesday, November 27, 2019 Parenting., Umair, Uwais
Assalammualaikum w.b.t
Pejam celik, hari ini sudah hari ke-9 Umair dan Uwais berkhatan. Luka semakin kering, gam pun dah ada yang menggelupas.
Seminggu sebelum mereka dikhatankan, kami berjumpa dengan doktor Syariz Izry Sehat seorang paediatric surgeon di Prince Court Medical Centre Hospital.
Jangan lupa request guarantee letter dari insurance company
Lebih kurang seminggu sebelum berkhatan, kami berjumpa dahulu dengan Doc Syariz Izry di PCMC. Tapi sebelum tuh, pastikan anda berjumpa dahulu dengan GP di mana-mana klinik di bawah AIA dan minta doktor buatkan referral letter. Selepas itu, request pula guarantee letter. Caranya? anda boleh emailkan / fax referral letter tersebut kepada company insurance masing-masing.
Jangan jadi macam kitaorang. Dah sampai baru nak nak terhegeh-hegeh request guarantee letter di PCMC. Maksudnya, hospital buatkan.
Maka, terpaksalah kami menunggu lagi sejam! Saya sebenarnya, betul-betul tak ingat bagaimana rupa guarantee letter tuh. Ingatkan referral letter sahaja sudah mencukupi.
Memang dah lama tak berurusan perkara begini. Memandangkan, anak-anak pun sudah besar dan jarang sangat mereka sakit dan berurusan dengan hospital.
Klinik Doc Syariz Izry berada di level 2 dan di bahagian 'multidisciplinary clinic'. Sampai di sana, berikan nurse file yang dapat semasa pendaftaran di level 1 tadi. Tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk ke dalam.
Sampai di bilik, Doc Syariz akan 'menemuramah' anak-anak dan sesi berkenalan pun bermula. Doc tunjuk video bagaimana proses khatan dibuat kepada Umair dan Uwais. Doc juga beritahu, nanti sebelum berkhatan akan ditidurkan. Jadi, nanti bangun-bangun terus dah sunat. Tak rasa pun sakit masa sunat tuh. Cuma, lepas habis ubat sunat tuh nanti. Akan terasa sakit lah juga.
Tiada istilah teknik "laser" yang digunakan di Malaysia
Berkenaan dengan teknik yang digunakan dalam berkhatan. Sebenarnya , tiada penggunaan laser di Malaysia. Harganya sangat-sangat mahal dan negara yang terdekat dengan Malaysia yang ada teknik laser ini adalah di Singapore.
Laser - merupakan terma yg salah. Cara potong guna alat yg berasaskan haba@heat dipanggil diathermy.
Teknik yang akan digunakan oleh Doc Syariz Izry adalah dinamakan teknik sutureless (potong dan gam tisu dermabond).
Kaedah gam juga memberi rasa kurang sakit selain boleh menyarungkan seluar selepas berkhatan ( yang ni depends pada budak-budak juga )
Proses penyembuhan berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari saja kerana gam digunakan itu membantu melekatkan kulit sebelum proses penyembuhan sepenuhnya.
"Kelebihan lain teknik ini adalah kita membuang dua lapisan kulit berbanding teknik biasa dan menjadikan kulit zakar tidak 'geleber', berbanding teknik klamp,"- Doc Syariz Izry
Boleh baca artikel penuh di sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/357343/kaedah-gam-kurangkan-trauma-kanak-kanak-berkhatan
Pemerhatian saya, doc Syariz seorang yang friendly dan pandai berinteraksi dengan anak-anak. Sesi berkenalan dan penerangan ini pada saya sangat membantu kanak-kanak untuk memahami proses berkhatan dibuat dengan tepat dan seterusnya dapat membantu emosi mereka untuk lebih bersedia.
Jangan tipu cakap sakit sikit jerrr..
Tentu ramai parents yang beritahu anak-anak yang sakit berkhatan ini seperti sakit digigit kerengga / semuat 😂. Saya dahulu juga begitu, namun setelah membaca artikel Doc Syariz dan berjumpa sendiri dengan beliau. Maka, adalah salah perbuatan kita 'menipu' anak dengan berkata begitu.
Memang berbeza budak dua orang ini. Si abang mungkin agak kuat menahan kesakitan. Tapi adik, kurang sikit ketahanan nya dan lebih traumatized berbanding abang. Mungkin juga faktor usia mereka juga kan? sorang 7 tahun 6 bulan, sorang lagi 8 tahun 11 bulan.
Berikan kata-kata positif dan sentiasa berada bersama mereka
18hb November 2019 ( Isnin )
Pre-circumcision :
Video di atas, sebelum Uwais ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Masa tuh, hati ibu mana yang tak risaukan. Tapi, sebab Uwais pun ceria and happy ajer. Ditambah dengan doc bius dan nurse-murse yang baik , friendly and pandai ambil hati kanak-kanak. Jadi, semua urusan pun lancar dan situasi pagi itu positif dan tenang sahaja.
Anak-anak perlukan sokongan emosi dari ibu-bapa / penjaga . Jangan lupa bahawa setiap manusia dikurniakan EQ ( emotional quotient ). Jadi, sentiasalah ada bersama-sama mereka di tempat yang dibenarkan pihak hospital berada. Dengan adanya kehadiran kita dan kata-kata semangat yang diberikan. InshaALLAH, itu akan lebih menenangkan mereka juga memudahkan proses berkhatan.
Post-circumcision :
Tak sampai 30 minit, settled semuanya. Umair sendiri terbangun dan reaksi dia macam mamai-mamai sikit and macam nak bangun awal pagi yang mama dia kejut nak pergi sekolah tuh. 😅
Then, he asked
"Mana Uwais ?"
Teringat juga dia kat adik dia dalam dia sedar tak sedar tuh. Lepas tuh, bawa ke tempat ward dan mereka direhatkan dalam 45min - sejam. Derang nak monitor jer kot-kot lah ada apa-apa yang tak diingini berlaku.
After 30 minutes, saya tanya Umair sakit atau tidak. Dia bagitahu sakit sikit dan boleh tahan katanya. Tak lama lepas tu, Uwais pun sampai dengan bantuan nurse tolak katil dia. Masa ni, dia masih mampu senyum and cakap tak sakit. After 10 minutes, dia bagitahu sakit dan bermulalah drama yang bertajuk "hujan setelah burungku hilang" 😂😂😂😂
Saya turun ke farmasi untuk ambil ubat dan beli makanan breakfast. Boleh tahan lapar sebab kami ni jenis breakfast awal. Sempat lah beli teh tarik, milo panas and latte.
Makanan pulak saya beli vegetarian noodles and donuts. Hospital ada juga beri biskut pada budak-budak ni. Sedap juga! sah-sah sebab kebulur! Bhahahah~
Bawa Kain Pelekat Kanak-Kanak ke Hospital
Jangan lupa untuk bawa kain pelekat kanak-kanak ke hospital sebagai persalinan mereka untuk pulang ke rumah. Saya beli kain pelekat mereka di Mydin USJ. Walaupun saiz kanak-kanak, mamanya pun muat nak pakai tau. 😅
Ingatkan saiznya memang just nice sahaja, rupanya agak besar untuk mereka. Tapi tak apalah, bukannya nak pakai beriya sangat pun. Just untuk cover sahaja bahagian hadapan mereka tu. Bagus juga besar, lebih luas dan banyak udara masuk. HAHAH!
Puasa sekurang-kurangnya 8 jam
Memandangkan mereka akan diberikan ubat bius penuh ( ditidurkan ) jadi doc suruh untuk berpuasa selama 8 jam.
Risau juga sebab berkhatan pukul 9:30am dan kebiasaannya kalau bangun awal pagi tuh, Uwais memang wajib ambil sarapan. Kalau tak nanti dia crancky jugalah.
Tapi, setelah kami terangkan baik-baik, dia faham dan OK sahaja tak breakfast. Cuma, bila sampai di hospital tuh, mereka sempat bermain kejar mengejar dan haus.
So, minumlah air masak 2 - 3 teguk pada pukul 7:15am pagi tuh. Nurse memang concern and muka dia macam risau sangat. Katanya, kalau minum banyak pakar bius will delay the procedure
Owh..semasa perjumpaan pertama harituh,
sempat saya tanya reason kenapa kena puasa. Doc jawab, nanti takut kalau bagi
ubat bius tuh ada budak akan pening dan muntah. Dia taknak makanan masuk ke
dalam paru-paru. Dah jadi complicated pulak la nanti kan. Dari yang nak
bersunat kena buat benda lain pulak. Kan dah haru?
Ajar anak solat baring / duduk
Boleh tengok di youtube ataupun dalam buku ataupun refer pada mana-mana ustaz. Pengalaman juga untuk budak-budak ini solat baring. Doc pun pesan "jangan tinggal solat ya!"
Makan makanan yang sihat
Makanan saya masak yang sihat-sihat dan yang tak gatal. Contohnya, no udang, ketam, sotong or daging. No deep fry too. Ikan pun saya bakar guna air fryer, ayam saya masak sup / halia. Saya tambah buah orange / kiwi . Nak bagi makanan pantang macam orang bersalin tuh pun tak boleh juga sebab derang kan kanak-kanak. Perlukan zat dan gizi yang secukupnya untuk tumbesaran. Susu atau yoghurt jangan dilupa.
Meja
Jepun Sebagai Penyelamat!
Saya tak pasti orang lain panggil meja macam ni meja apa. Saya panggil meja jepun. Hehehe...Meja ini saya beli di Mydin USJ suatu masa dahulu. Dah few years kot. Now, tibalah masanya untuk meja-meja ini beraksi semula.
Banyak kegunaan meja ni. Selain untuk halang penis derang dari terkena kain, meja ini juga boleh dijadikan tempat untuk makan, menulis dan bermain saidina.
Rendam penis dengan air garam
Doc juga ada pesan supaya mandi seperti biasa dan rendam dengan air garam. Tapi, disebabkan budak-budak ni macam takut pedih kena air, jadi saya pun tak berani nak buat. First and second day, saya lap-lapkan ajer badan mereka.
Masuk hari ke-3, Umair dah berani mencuba untuk mandi sepenuhnya. Uwais masih takut-takut lagi. Kemudian, hari ke-6 baru saya bagi rendam dengan air garam. Saya guna besen dan suruh mereka duduk dalam tu for about 10 minutes macam tuh.
Saya guna garam biasa saja. Tapi kalau korang nak guna garam bukit ke, garam gunung atau apa jenis garam pun tak ape. Tak ada masalah. Paling penting, pastikan bekalan garam ada mencukupi di rumah. Takut nanti nak masak, garam pulak habis sebab buat rendaman penis anak-anak. HAHA!
Kesan apabila selalu rendam, nanti akan perasan ada kesan gam yang kering dan nak tanggal. Jangan cabut atau tarik. Biar ajer gam tu kering sendiri.
Untuk yang nak tahu lebih lanjut tentang teknik berkhatan yang dikongsi oleh Doc Syariz ini, jemput tonton video ini ya.Beliau kongsikan beberapa perkara penting yang patut ibu-bapa ketahui sebelum membawa anak untuk berkhatan.
Sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat Doc Syariz Izry Sehat, boleh hubungi PCMC ataupun Avisena hospital. Beliau juga ada FB sendiri. Boleh click di sini : https://www.facebook.com/syariz.sehat
24hb November 2019
Hari ke-7
Cousins mereka datang melawat jauh dari Banting. Jauh ker? 😁 Dah boleh main PS4 dan kad boboboy sama-sama.
Esok, 28hb November turn Mu'az dan Zaid pula akan dikhatankan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian berdua ya. InshaALLAH, ada masa nanti kami pergi melawat ke Bandungting.
That's all guys. Thank you for reading.
Pejam celik, hari ini sudah hari ke-9 Umair dan Uwais berkhatan. Luka semakin kering, gam pun dah ada yang menggelupas.
Seminggu sebelum mereka dikhatankan, kami berjumpa dengan doktor Syariz Izry Sehat seorang paediatric surgeon di Prince Court Medical Centre Hospital.
Jangan lupa request guarantee letter dari insurance company
Lebih kurang seminggu sebelum berkhatan, kami berjumpa dahulu dengan Doc Syariz Izry di PCMC. Tapi sebelum tuh, pastikan anda berjumpa dahulu dengan GP di mana-mana klinik di bawah AIA dan minta doktor buatkan referral letter. Selepas itu, request pula guarantee letter. Caranya? anda boleh emailkan / fax referral letter tersebut kepada company insurance masing-masing.
Jangan jadi macam kitaorang. Dah sampai baru nak nak terhegeh-hegeh request guarantee letter di PCMC. Maksudnya, hospital buatkan.
Maka, terpaksalah kami menunggu lagi sejam! Saya sebenarnya, betul-betul tak ingat bagaimana rupa guarantee letter tuh. Ingatkan referral letter sahaja sudah mencukupi.
Memang dah lama tak berurusan perkara begini. Memandangkan, anak-anak pun sudah besar dan jarang sangat mereka sakit dan berurusan dengan hospital.
Klinik Doc Syariz Izry berada di level 2 dan di bahagian 'multidisciplinary clinic'. Sampai di sana, berikan nurse file yang dapat semasa pendaftaran di level 1 tadi. Tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk ke dalam.
Sampai di bilik, Doc Syariz akan 'menemuramah' anak-anak dan sesi berkenalan pun bermula. Doc tunjuk video bagaimana proses khatan dibuat kepada Umair dan Uwais. Doc juga beritahu, nanti sebelum berkhatan akan ditidurkan. Jadi, nanti bangun-bangun terus dah sunat. Tak rasa pun sakit masa sunat tuh. Cuma, lepas habis ubat sunat tuh nanti. Akan terasa sakit lah juga.
Tiada istilah teknik "laser" yang digunakan di Malaysia
Berkenaan dengan teknik yang digunakan dalam berkhatan. Sebenarnya , tiada penggunaan laser di Malaysia. Harganya sangat-sangat mahal dan negara yang terdekat dengan Malaysia yang ada teknik laser ini adalah di Singapore.
Laser - merupakan terma yg salah. Cara potong guna alat yg berasaskan haba@heat dipanggil diathermy.
Sumber : siakap keli |
Sumber : siakap keli |
Kaedah gam juga memberi rasa kurang sakit selain boleh menyarungkan seluar selepas berkhatan ( yang ni depends pada budak-budak juga )
Proses penyembuhan berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari saja kerana gam digunakan itu membantu melekatkan kulit sebelum proses penyembuhan sepenuhnya.
"Kelebihan lain teknik ini adalah kita membuang dua lapisan kulit berbanding teknik biasa dan menjadikan kulit zakar tidak 'geleber', berbanding teknik klamp,"- Doc Syariz Izry
Boleh baca artikel penuh di sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/357343/kaedah-gam-kurangkan-trauma-kanak-kanak-berkhatan
Pemerhatian saya, doc Syariz seorang yang friendly dan pandai berinteraksi dengan anak-anak. Sesi berkenalan dan penerangan ini pada saya sangat membantu kanak-kanak untuk memahami proses berkhatan dibuat dengan tepat dan seterusnya dapat membantu emosi mereka untuk lebih bersedia.
Jangan tipu cakap sakit sikit jerrr..
Tentu ramai parents yang beritahu anak-anak yang sakit berkhatan ini seperti sakit digigit kerengga / semuat 😂. Saya dahulu juga begitu, namun setelah membaca artikel Doc Syariz dan berjumpa sendiri dengan beliau. Maka, adalah salah perbuatan kita 'menipu' anak dengan berkata begitu.
Had fun with their new 'uniforms' |
Beritahu sahaja, berkhatan tersebut
sememangnya sakit. Tetapi, ada ubat untuk hilangkan rasa sakit tersebut. Untuk
Umair, so far Ahamdulillah. Dia memang tahan sakit. Sebaliknya Uwais, saya beri
dia ubat paracetamol yang dibekalkan oleh pihak hospital sebelum pulang ke
rumah. Threshold sakit individu itukan tak sama.
|
Macam-macam gaya posing |
Berikan kata-kata positif dan sentiasa berada bersama mereka
18hb November 2019 ( Isnin )
Pre-circumcision :
Video di atas, sebelum Uwais ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Masa tuh, hati ibu mana yang tak risaukan. Tapi, sebab Uwais pun ceria and happy ajer. Ditambah dengan doc bius dan nurse-murse yang baik , friendly and pandai ambil hati kanak-kanak. Jadi, semua urusan pun lancar dan situasi pagi itu positif dan tenang sahaja.
Anak-anak perlukan sokongan emosi dari ibu-bapa / penjaga . Jangan lupa bahawa setiap manusia dikurniakan EQ ( emotional quotient ). Jadi, sentiasalah ada bersama-sama mereka di tempat yang dibenarkan pihak hospital berada. Dengan adanya kehadiran kita dan kata-kata semangat yang diberikan. InshaALLAH, itu akan lebih menenangkan mereka juga memudahkan proses berkhatan.
Post-circumcision :
Tak sampai 30 minit, settled semuanya. Umair sendiri terbangun dan reaksi dia macam mamai-mamai sikit and macam nak bangun awal pagi yang mama dia kejut nak pergi sekolah tuh. 😅
Then, he asked
"Mana Uwais ?"
Teringat juga dia kat adik dia dalam dia sedar tak sedar tuh. Lepas tuh, bawa ke tempat ward dan mereka direhatkan dalam 45min - sejam. Derang nak monitor jer kot-kot lah ada apa-apa yang tak diingini berlaku.
After 30 minutes, saya tanya Umair sakit atau tidak. Dia bagitahu sakit sikit dan boleh tahan katanya. Tak lama lepas tu, Uwais pun sampai dengan bantuan nurse tolak katil dia. Masa ni, dia masih mampu senyum and cakap tak sakit. After 10 minutes, dia bagitahu sakit dan bermulalah drama yang bertajuk "hujan setelah burungku hilang" 😂😂😂😂
Masa ini dah settled. Kitaorg tukarkan terus dengan baju and pakaikan kain sarung masa ubat bius tuh masih ada. |
Makanan pulak saya beli vegetarian noodles and donuts. Hospital ada juga beri biskut pada budak-budak ni. Sedap juga! sah-sah sebab kebulur! Bhahahah~
Makan cookies hospital pun sedap! |
Vegetarian mee. Beli 2 packet jer pun sebab takut tak habis. Sekali berebut makan 4 orang 😆😝 |
Kesian, masa ni dah sakit. Sebab ini hal 'kelakian' maka kita kasi man-to-man talk gittew. Omma jadi photographer jer and tukang runner ambil ubat and beli makanan. |
Bawa Kain Pelekat Kanak-Kanak ke Hospital
Jangan lupa untuk bawa kain pelekat kanak-kanak ke hospital sebagai persalinan mereka untuk pulang ke rumah. Saya beli kain pelekat mereka di Mydin USJ. Walaupun saiz kanak-kanak, mamanya pun muat nak pakai tau. 😅
Ingatkan saiznya memang just nice sahaja, rupanya agak besar untuk mereka. Tapi tak apalah, bukannya nak pakai beriya sangat pun. Just untuk cover sahaja bahagian hadapan mereka tu. Bagus juga besar, lebih luas dan banyak udara masuk. HAHAH!
Sedih tu ha mukanya lepas kena zingg...zingg...zinggg ✂✂✂😂 |
Puasa sekurang-kurangnya 8 jam
Memandangkan mereka akan diberikan ubat bius penuh ( ditidurkan ) jadi doc suruh untuk berpuasa selama 8 jam.
Risau juga sebab berkhatan pukul 9:30am dan kebiasaannya kalau bangun awal pagi tuh, Uwais memang wajib ambil sarapan. Kalau tak nanti dia crancky jugalah.
Sampai hospital kita terus ke Day Care Center untuk
tujuan pendaftaran. Ambil masa juga nak proses ini. Jadi, datanglah awal ya.
Tengok jam tuh..belum pun lagi pukul 8.00am
|
So, minumlah air masak 2 - 3 teguk pada pukul 7:15am pagi tuh. Nurse memang concern and muka dia macam risau sangat. Katanya, kalau minum banyak pakar bius will delay the procedure
Ohsom sebab nak tentukan sapa kena sunat dulu.
Last-last mak juga yang buat decision . HAHAHAH~~~
|
Bukti minum air kosong
|
Ajar anak solat baring / duduk
Boleh tengok di youtube ataupun dalam buku ataupun refer pada mana-mana ustaz. Pengalaman juga untuk budak-budak ini solat baring. Doc pun pesan "jangan tinggal solat ya!"
Adik sedang solat dan abang sedang bermain
|
Makanan saya masak yang sihat-sihat dan yang tak gatal. Contohnya, no udang, ketam, sotong or daging. No deep fry too. Ikan pun saya bakar guna air fryer, ayam saya masak sup / halia. Saya tambah buah orange / kiwi . Nak bagi makanan pantang macam orang bersalin tuh pun tak boleh juga sebab derang kan kanak-kanak. Perlukan zat dan gizi yang secukupnya untuk tumbesaran. Susu atau yoghurt jangan dilupa.
Sup sawi, orange, chicken masak blackpepper masak guna
pressure cooker
|
Spaghetti carbonara ( kuah buat sendiri )
|
French toast
|
Ikan salmon dan ikan senangin bakar bersaama sup sawi.
|
Saya tak pasti orang lain panggil meja macam ni meja apa. Saya panggil meja jepun. Hehehe...Meja ini saya beli di Mydin USJ suatu masa dahulu. Dah few years kot. Now, tibalah masanya untuk meja-meja ini beraksi semula.
Banyak kegunaan meja ni. Selain untuk halang penis derang dari terkena kain, meja ini juga boleh dijadikan tempat untuk makan, menulis dan bermain saidina.
Hari ke-3 mereka berkhatan. Nasib korang la yer
anak-anak. Takkan nak mengadap kotak segiempat tepat tu ajer kan. Nah...terimalah
perasa tambahan 😂
|
Juga
dijadikan tempat makan.
|
Waktu malam juga mereka tidur di sini. Ini gaya mereka
tidur yer.
|
Inilah meja Jepun yang dimaksudkan tu. Bila dah tak guna, boleh lipat and simpan lah balik dalam stor. |
Rendam penis dengan air garam
Doc juga ada pesan supaya mandi seperti biasa dan rendam dengan air garam. Tapi, disebabkan budak-budak ni macam takut pedih kena air, jadi saya pun tak berani nak buat. First and second day, saya lap-lapkan ajer badan mereka.
Masuk hari ke-3, Umair dah berani mencuba untuk mandi sepenuhnya. Uwais masih takut-takut lagi. Kemudian, hari ke-6 baru saya bagi rendam dengan air garam. Saya guna besen dan suruh mereka duduk dalam tu for about 10 minutes macam tuh.
Saya guna garam biasa saja. Tapi kalau korang nak guna garam bukit ke, garam gunung atau apa jenis garam pun tak ape. Tak ada masalah. Paling penting, pastikan bekalan garam ada mencukupi di rumah. Takut nanti nak masak, garam pulak habis sebab buat rendaman penis anak-anak. HAHA!
Muka dah happy sebab dah tak sakit. Kalau tak lepas buang air kecil, dok pegang spray dekat setengah jam sebab risau sakit punya pasal. |
Untuk yang nak tahu lebih lanjut tentang teknik berkhatan yang dikongsi oleh Doc Syariz ini, jemput tonton video ini ya.Beliau kongsikan beberapa perkara penting yang patut ibu-bapa ketahui sebelum membawa anak untuk berkhatan.
24hb November 2019
Hari ke-7
Cousins mereka datang melawat jauh dari Banting. Jauh ker? 😁 Dah boleh main PS4 dan kad boboboy sama-sama.
Esok, 28hb November turn Mu'az dan Zaid pula akan dikhatankan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian berdua ya. InshaALLAH, ada masa nanti kami pergi melawat ke Ban
That's all guys. Thank you for reading.