Pengalaman Mengambil Online Course CELT-P ( Cambridge Class )

By Monday, November 04, 2019



Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya saya dah ambil course ini semenjak bulan April 2019. Nama penuh course ini adalah Certificate In English Language Teaching – Primary ( CELT-P ) yang ditawarkan under Cambridge Assessment English.

Course ini lebih kurang course CELTA (Certificate in Teaching English to Speakers of other Language )  , DELTA ( Diploma in Teaching English to speakers of other languages) , CELT-S, Train The Trainers , Certificates in EMI Skills  ( Sesiapa yang biasa dengan bidang TESL sure biasa dengar )

Sebenarnya ada macam-macam yang boleh dipilih. Sesuaikan dengan minat dan tujuan untuk jangka masa panjang ataupun korang punya plan. Macam yang saya ambil ini adalah course untuk melayakkan saya mendapat title as certified teacher yang mengajar kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6-12 tahun. Kiranya pelajar sekolah rendah lah senang cerita. 
 
Dah hampir tujuh bulan saya ambil course ini dan apa yang saya dapat ceritakan adalah so far, course ini sangat membantu saya untuk jadi guru yang lebih berstrategi. Kalau sebelum ini, saya main ikut suka jer nak ajar macamana. Now, dah ada ilmu pengetahuan jadi saya slowly asah skill mengajar tuh. 

Antara yang diajar tentang classroom management – nak bagi arahan, nak displinkan pelajar, nak handle students with different abilities. ICQ’s and CCQ’s – Dua benda ini yang paling saya suka sangat dan dapat ilmu baru. Tak pernah tau pun kena buat ICQ’s dan CCQ’s.

Memandangkan pelajar-pelajar saya tak ramai pun satu kelas, less than 10 pupils. Agak selesa untuk saya yang bukan datang dari background teaching cuba apply ilmu yang saya dapat dari CELT-P course ini. Sebab saya dulu degree in Bach Sc ( Applied Geology ).

Kaedah pembelajaran ?

Kombinasi  pembelajaran online , assignment ( once a month ) Teaching Practise ( once in 3 months ) and face-to-face session. Up to date, dah completed 6 modules dan 2 TPs. Yeayy!! Tak sangka dah lepas separuh perjalanan. 

Cabaran ?

Pembelajaran online :

Displin, displin, displin. 

Nampak tak? Saya dok emphasis perkataan ni 3 kali. Maknanya, memang kena setiap hari luangkan masa depan laptop untuk buat online study ni. Semuanya ada 9 modules yang kena dihabiskan dalam masa lebih kurang 11 bulan.

Setiap module tu ada topik yang berlainan. Contohnya, bulan lepas adalah module yang ke-5. Saya belajar tentang Classroom management. Banyak yang saya belajar antaranya, kena ada routine khas sebelum start the lesson. Seating arrangement, cara nak displinkan para pelajar. Bagaimana untuk handle  grouping / pairing activity. 
Online modules.
Assignment ( portfolio )

Habis jer sesuatu module tuh, diwajibkan untuk buat assignment pulak. Setiap assignment ada tajuk tersendiri. Template juga ada diberikan di akhir setiap module. Korang jangan risau, sebab ade certified trainer yang akan guide korang camane nak buat. 

Saya bagi contoh lagi. Latest assignment, saya kena buat Role-play activity secara pairing ataupun grouping. Jadi, berdasarkan pembelajaran online module ke-5 yang dah complete tuh, kena fikir apa jenis role-play yang nak dibuat dengan students. 

Then, kena isikan stages termasuk procedure dan instruction. Habis jer buat aktiviti tuh dengan students , then tulis pulak what went well, what did not go well and how you can improve for near future.
Ini contoh assingment Module-6

Teaching Practice 

Ini paling susah pada saya. Sebab kena plan in details on every stages. Kena masukkan apa yang dah dibelajar selama ini. Lepas tuh trainer akan datang observe kita selama 30 minit untuk lihat bagaimana kita mengendalikan aktiviti tersebut dengan students kita.

Habis jer observation, trainer akan jumpa kita for 30 minutes untuk discuss apa yang dah kita buat termasuklah perkara-perkara yang kita perlu perbaiki. Jangan risau, trainer korang InshaALLAH baik dan positives all the way. Nak belajar kena terima komen dan ambil ianya sebagai cabaran untuk kita memajukan diri.

Jumlah TP ( Teaching Practice ) yang kena buat adalah sebanyak 3 kali. Untuk TP yang terakhir adalah yang terpenting kerana ada pemarkahan di situ. Kalau kita performed, nanti sijil yang akan kita perolehi tuh kita akan dapat “Pass with Credit”  . Kalau biashe-biashe jer, takda lah perkataan “Credit” atas sijil kita tuh. Gitu la..fahamkan semua?

Semalam baru leas habis my second TP. Despite the hiccups i.e saya terlupa nak buat ICQ’s . I think I did better this time compared to the previous lesson. Mungkin juga factor kekerapan mengajar menyebabkan saya lebih yakin dan kali ini students saya agak balance dari segi capabilities mereka.

Tugasan untuk TP2 - Differentiation

Antara aktiviti yang students saya kena buat semasa tugasan TP2. Soalan tuh semua memang saya create and edit sendiri.
 Face-to face session.

Sekali sebulan sahaja. Normally, selepas kita siapkan setiap module tuh akan ada perjumpaan bersama trainer. Coursemates saya dalam 7 orang jer termasuk saya. Ada yang cikgu tadika juga, yang owner tadika pun ada tau ambil course ini. Yang dari Kuantan, KL dan Ipoh semua berjumpa di Wisma UOA II Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Perjumpaan setiap hari Sabtu dari pukul 10:00 pagi – 1:00 tengahari.  The eldest student is 50 years old and I adored her determination! Nak belajar memang tak kira usia kan? Janji ada minat dan sihat tubuh badan.

Kami juga akan diberikan beberapa latihan secara berkumpulan / individual tentang beberapa topik yang ada dalam sesebuah module tersebut. Jadi, sangat penting untuk korang habiskan module tuh sebelum Face-to-face ni. Kita akan lebih faham dan cepat tangkap kalau trainer discuss sesuatu topic tuh.
 
Antara aktiviti semasa Face to face session
Assessment:

Penilaian dibuat dengan dua cara :

1) Teaching Practice yang ke tiga akan diberi markah
2) Online modules
3) Ujian bertulis iaitu dipanggil -  TKT 

Kalau nak tau lebih details tentang TKT sila rujuk website ni yer : https://www.cambridgeenglish.org/teaching-english/teaching-qualifications/tkt/about-tkt/
Ada 3 modules yang akan masuk exam and lepas tuh, dari segi pemarkahan nya pula adalah berdasarkan band berapa yang kita dapat i.e Band 1, Band 2, Band 3 and Band 4. The best is band 4. . InshaALLAH, my TKT will be conducted in January next year. Kena lah study balik sebab nak amik exam gitu.

Yuran :

RM4500 per head. Tapi harituh ada early bird promotion, jadi mereka offer jadi RM3800. And lagi satu nak share, kalau korang nak buat installment payment pun boleh. Sebab harituh, saya macam was-was nak bayar RM3800 tu in one shot sebab tak pasti course ni camana. Yang paling penting, puas hati atau tak. Tapi after half way, I think I’m really satisfied and I learned a lot! 

Saya buat bayaran half sebanyak RM1900 and lepas few months,  saya langsaikan balance yuran tuh. Dengan harga yuran RM3800 ini kami dapat sekali 1 TKT Text Book worth RM135.

What will you gain ?

1) Of course la pengalaman dan ilmu pengetahuan  ( ini paling mahal )
2) Dua sijil dari Cambridge English Assesment : CELT-P dan TKT
Sijil-sijil ini tiada expiration date dan tak perlu renew pun. Laku seumur hidup kekdahnya. Kalau korang nak mengajar kat mana-mana institution / language center yang menawarkan English course untuk budak-budak sekolah rendah, korang bolehlah cuba apply jadi teacher kat sana dengan tunjuk sijil ini.

Persediaan lain :

1) CEFR ( Common European Framework of Referece ) level B1



Untuk melayakkan korang ambil course CELT-P ini korang perlukan  CEFR level  B1 and above for the minimum entry requirement. Tapi, kalau korang takde CEFR ini ini korang boleh jer buat online placement test dengan pihak Cambridge ni. 

Test dia ambil masa 40min dan akan test listening & reading skills. Bayaran pula RM25. Derang akan bagi portal link once korang dah buat bayaran tuh. Full marks utk test ini 50 and kena achieved 30 marks untuk melayakkan korang ambil course CELT-P ini. Alhamdulillah, saya punya marks arituh 45 and CEFR level adalah B2.

2) School / tuition center / institution 

Obviously, korang kena ada tempat mengajar. Sebab masa registration tuh nanti dia akan minta nama sekolah / institution place yang korang sedang bekerja. Yerla, sebab  nanti kana da teaching practice and assignment kena buat. 

Buat masa sekarang ini, saya mengajar di 2 buah tempat iaitu di Akademi Alfan dan SRI-Al-Amin Cheras Selatan. 

Jadi, perlu ada students untuk buat dua perkara ni. My advice is, kena at least ada 6 students dalam satu kelas and yang sebaik-baiknya kalau dalam tuh murid-murid punya level lebih kurang sama jer semuanya. Kalau tak, agak mencabar dan susah korang nak handle and buat lesson plan masa TP nanti. 

Tapi kalau bukan pasal TP pun, saya tetap rasa level of capabilities ini penting kalau kita nak mengajar.

Harapnya perkongsian saya tentang CELT-P ini serba sedikit dapat membantu sesiapa yang berminat untuk ambil course ni. Don’t stop to learn new thing! Good luck and all the best.

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam..buat skrg ni..masih di sri almin cheras selatan ke? saya guru al amin juga..mahu bertanya lebih lanjut pasal kursus ni

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.